backup og meta

Perasan Tak Kalau Anda Di Tempat Baru Atau Keseorangan, Susah Betul Nak Tidur! Ini Puncanya!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli · Disemak pada 26/06/2020

    Perasan Tak Kalau Anda Di Tempat Baru Atau Keseorangan, Susah Betul Nak Tidur! Ini Puncanya!

    Tidur separa otak adalah merupakan salah satu keupayaan yang penting buat sebahagian binatang untuk menghindari bahaya. Walaupun kebolehan ini tampak lebih dramatik pada binatang, namun, tahukah anda bahawa manusia mempunyai kapasiti untuk meniduri separa otak walau tidak sehebat binatang? Ikuti artikel ini untuk penerangan selanjutnya.

    Separa badan berjaga…

    Jika anda merupakan seorang yang sering mengembara ke serata tempat, anda pasti biasa dengan situasi yang dipanggil first night effect. Ia merupakan keadaan di mana anda berasa penat walaupun mendapat rehat yang cukup di tempat asing. Tidak kira di mana anda berada, di hotel, di rumah tumpangan atau di dalam khemah, jika anda berada di tempat yang anda tidak biasa, anda akan letih berbanding dengan malam sebelumnya (di tempat yang anda biasa).

    Kajian yang dibuat oleh Yuka Sasaki dan Takeo Watanabe telah mendapati hemisfera otak kiri dalam kalangan 11 orang subjek kajian tidak mendapatkan tidur yang cukup pada malam pertama. Subjek-subjek tersebut telah diarahkan untuk tidur dibawah pengimbas neuroimaging bagi merakamkan gelombang otak ketika tidur. Hemisfera kiri mereka tidak menunjukkan pola gelombang sedalam hemisfera kanan namun pola gelombang ini kembali normal pada malam kedua apabila mereka diarahkan tidur di tempat yang sama.

    Ini menunjukkan bahawa hemisfera kiri merupakan bahagian otak yang lebih aktif dalam mengesan perubahan persekitaran ketika tidur di tempat asing. Kajian ini diteruskan dengan 13 subjek yang baru bagi mengekalkan ketidakbiasaan dengan lokasi tidur. 13 subjek ini perlu menggunakan fon telinga yang akan menghantar signal yang sama diselitkan dengan satu signal asing. Ketika mereka sedar, signal asing tersebut akan merangsang hemisfera kanan namun apabila mereka tidur, signal tersebut memberi kesan lebih kepada hemisfera kiri.

    Seperti 11 subjek yang pertama, rangsangan terhadap stimulasi asing tersebut kembali menjadi normal pada malam yang kedua.

    Rehat tidak cukup kerana tidur berseorangan

    Melalui kajian ini, kita boleh rumuskan bahawa otak kiri mempunyai kebolehan yang unik dalam memantau persekitaran yang asing bagi menghindarkan perkara yang merbahaya daripada berlaku.

    Kalau kita gunakan tentera sebagai contoh, mereka perlu berjaga-jaga dalam mengawasi kawasan agar penceroboh atau musuh tidak menyerang. Namun tidur merupakan perkara asas yang perlu dijaga kerana tanpa tidur, badan akan menjadi lemah dan pemikiran akan menjadi lembab. Sewaktu tidur, perkara yang mempunyai potensi untuk mereka lebih berjaga-jaga adalah hemisfera otak kiri mereka. Kebolehan ini tidak boleh dibandingkan dengan kebolehan tidur separa otak yang dimiliki oleh binatang.

    Sebagai contoh, ikan lumba-lumba, walau sewaktu tidur pun mereka perlu berenang ke permukaan air untuk mendapatkan oksigen. Tanpa tidur separa otak, mereka akan mati kelemasan. Manusia boleh dikatakan mempunyai kebolehan yang sederhana dalam konteks tidur separa otak. Kita masih tidur namun separa otak tidak tidur nyenyak.

    Apabila anda selalu tidur bersama dengan isteri anda, anda akan mendapati bahawa tidur adalah lebih berkualiti bersama dengannya berbanding dengan jika anda tidur berseorangan (jika isteri anda terpaksa bekerja lebih masa dan sebagainya). Otak kiri anda akan mengesan sesuatu yang hilang di persekitaran anda dan ini akan membuatkan ia lebih aktif berbanding otak kanan.

    Kesimpulan

    Jangan rasa pelik jika anda berasa letih walaupun anda tidur di hotel lima bintang pada malam pertama anda melancong ke negara lain. Ini adalah proses fisiologikal yang direka secara semula jadi untuk memastikan anda berada di persekitaran yang selamat. Anda akan berasa lebih selesa pada malam kedua.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Gabriel Tang Pei Yung

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli · Disemak pada 26/06/2020

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan