backup og meta

Kurangkan Makan Boleh Galakkan Kita Bersenam - Kajian

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 23/06/2020

    Kurangkan Makan Boleh Galakkan Kita Bersenam - Kajian

    Tidak dinafikan, memang susah memotivasikan diri untuk bersenam, bukan? Ini kerana terlalu banyak halangan dan godaan yang akan dihadapi setiap kali memasang niat untuk melakukan aktiviti fizikal. Jadi, apa yang boleh kita lakukan?

    Obesiti, epidemik berbahaya di seantero dunia

     

    Seperti yang sudah ramai tahu, obesiti adalah satu epidemik yang sedang melanda seluruh dunia. Jadi, sesuatu perlu dilakukan untuk melawannya. Antara strategi paling utama sudah dan perlu dilakukan adalah kurangkan makanan dan lebihkan senaman.

     

    Pun begitu, bagaimana untuk memastikan individu untuk terus bermotivasi untuk bersenam? Jawapannya adalah pada ghrelin, atau lebih dikenali sebagai ‘hormon kelaparan’. Eh, apa kaitan hormon ini dengan motivasi untuk melakukan aktiviti fizikal pula, ya?

    Untuk pengetahuan anda, hormon ini akan dikeluarkan oleh tubuh badan apabila kita berasa lapar untuk meningkat motivasi kita untuk makan. Pun begitu, dalam masa yang sama juga ia secara tidak langsung sebenarnya akan meningkatkan motivasi untuk melakukan aktiviti fizikal untuk memenuhi keperluan bagi mendapatkan tenaga.

     

    Kajian terbaharu dari Jepun

    Menurut kajian yang dijalankan oleh Dr Yuji Tajiri dan pengkaji dari Kurume University School of Medicine di Jepun, mengehadkan pengambilan makanan mungkin boleh meningkatkan motivasi kita untuk bersenam! Sejauh manakah kebenaran kajian ini? Jom teruskan pembacaan dengan lebih lanjut.

    Kajian ini dijalankan dengan menggunakan ekor tikus makmal sebagai subjek kajian untuk melihat tindak balasnya terhadap pengurangan makanan. Hasilnya, pengkaji mendapati bahawa tikus yang kurang makan akan meningkat paras hormon dan ghrelin sekali gus menjadikannya lebih banyak melakukan aktiviti fizikal. 

    Kajian yang dikeluarkan oleh Journal of Endocrinology ini kemudiannya menyimpulkan bahawa diet yang lebih terkawal; mengurangkan pengambilan makanan atau berpuasa mampu menggalakkan individu melakukan rutin senaman yang lebih baik. 

    Ini sekali gus akan membantu individu terutamanya yang mempunyai berat badan berlebihan untuk mengurangkan berat badan dan meminimakan risiko komplikasi penyakit berbahaya seperti sakit jantung dan kencing manis.

    Menurut Dr Tajiri lagi, dapatan kajian ini menunjukkan bahawa pengeluaran hormon ghlerin ketika sedang kelaparan akan meningkatkan motivasi untuk bersenam apabila kurang bekalan makanan. Jadi, memastikan rutin diet yang sihat mungkin boleh menjadi satu usaha untuk individu dengan berat badan berlebihan untuk lebih bermotivasi untuk bersenam. 

    Konklusi

    Kesimpulannya, kajian ini mungkin menunjukkan bahawa kurangkan makan mungkin boleh galakkan kita untuk bersenam. Akan tetapi, kajian lanjutan masih perlu dijalankan untuk memastikan bahawa dakwaan kajian ini benar-benar terbukti atau tidak. 

    Apa yang lebih penting, cuba tegah diri anda daripada terlalu cepat terpedaya dengan halangan dan godaan untuk bersenam ini, ya?

    Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

    Baca juga:

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Gabriel Tang Pei Yung

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 23/06/2020

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan