Kerja, Kemampuan Penaakulan dan Impaknya Terhadap Kesihatan

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Berdasarkan kajian terbaharu yang diterbitkan dalam Journal of Occupational Health Psychology oleh American Psychological Association (APA), pekerja yang lebih berusia yang mana kebolehan penaakulan (reasoning ability) mereka tidak lagi membenarkan mereka memenuhi tuntutan kerja mereka, berkemungkinan lebih cenderung untuk mendapat keadaan kesihatan yang kronik dan bersara lebih awal. Hal ini mungkin tidak sesuai untuk kedua-dua pekerja atau majikan. 

Apakah kebolehan penaakulan?

Kebolehan penaakulan atau reasoning ability adalah sesuatu yang difikirkan oleh minda seseorang berkenaan apa, mengapa dan bagaimana. Ia adalah keupayaan untuk mengambil input dari 5 organ deria, memproses data dari input dan memberikan penyelesaian relatif atau yang berkaitan. Satu-satunya cara untuk menguji keupayaan penaakulan ini adalah dengan kaedah menyelesaikan masalah dan menyemak masa yang diambil untuk menyelesaikan masalah tersebut. 

Apakah kaitan antara kebolehan penaakulan, tuntutan pekerjaan dan kaitannya dengan masalah kesihatan?

Anda mesti terfikir apakah kaitan antara kebolehan penaakulan, tuntutan pekerjaan dan kesannya terhadap masalah kesihatan. Menurut Margaret Beier yang merupaka penulis kajian tersebut, beliau menyatakan bahawa apabila kebolehan penaakulan mereka dipadankan dengan tuntutan tugas dan pekerjaan mereka, pekerja yang lebih tua atau berusia mengalami beberapa masalah kesihatan dan bekerja lebih lama berbanding daripada pekerja lain yang tidak mempunyai kebolehan penaakulan yang diperlukan untuk melaksanakan tugas mereka. Tambahan pula, pekerja yang berpengalaman menawarkan perkara yang lebih banyak berkenaan aspek pengetahuan berkenaan budaya syarikat dan berkemampuan untuk memberi tunjuk ajar kepada pekerja yang lebih muda. Oleh itu, menurut beliau lagi, kita mesti mencari cara yang terbaik untuk melanjutkan dan memanjangkan kerjaya mereka selain meningkatkan kesihatan mereka.

Dengan peningkatan jumlah orang dewasa yang lebih tua dalam tenaga kerja, Beier dan rakan penyelidiknya ingin mengetahui mengenai faktor-faktor yang terlibat dalam mengekalkan kesihatan dan menentukan pada waktu bilakah seseorang individu memilih untuk bersara.

Melalui penyelidikan tersebut, para penyelidik mendapati bahawa mempunyai kebolehan penaakulan yang sesuai dengan tuntutan pekerjaan adalah penting untuk pengalaman positif pekerjaan ketika bekerja pada umur yang sudah berusia. Apabila kebolehan penaakulan yang diperlukan oleh pekerjaan melebihi kebolehan seseorang pekerja, pekerja melaporkan lebih banyak masalah kesihatan dan lebih cenderung bersara. Apabila kebolehan penaakulan seseorang pekerja memenuhi atau melebihi tuntutan pekerjaan, mereka juga melaporkan keadaan kesihatan kronik yang lebih sedikit.

Menurut Beier, mereka mendapati bahawa ketidaksesuaian antara kebolehan penaakulan dan tuntutan pekerjaan mungkin menyebabkan pekerja yang lebih tua mengalami stres dan bebanan yang akhirnya bertindak mengeluarkan mereka daripada tenaga kerja.

Selain itu, Beier turut menyatakan bahawa kebolehan penaakulan akan semakin berkurangan seiring dengan usia. Oleh itu, sesebuah organisasi mestilah menyedari berkenaan bagaimana kesihatan pekerja boleh dipengaruhi secara negatif oleh tuntutan yang dikenakan kepada pekerja. Pekerja yang lebih berusia dapat mengendalikan pekerjaan yang sangat rumit selagi mana mereka memiliki sumber daya mental untuk memenuhi tuntutan pekerjaan.

Hasil penyelidikan ini dapat memaklumkan keputusan berkenaan bagaimana pekerjaan untuk pekerja yang lebih berusia perlu dirancang untuk mengurangkan potensi hasil kesihatan yang negatif selain mengekalkan pekerja veteran ini selama mungkin sebelum mereka bersara. Dengan usia persaraan purata yang semakin meningkat di seluruh negara dan penduduk yang lebih berusia itu sendiri menjadi sebahagian besar daripada penduduk, adalah penting untuk kita mengkaji bagaimana tuntutan yang diletakkan pada pekerja yang lebih berusia dalam tenaga kerja sepadan dengan kebolehan mereka.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Rujukan
Anda mungkin berminat dengan artikel berikut