Imun Terhadap Penyakit Berkembang pada Zaman Kanak-kanak

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 04/12/2019 . 3 mins read

Kanak-kanak yang mengalami trauma dan kanak-kanak yang mempunyai alahan yang pelbagai, cenderung untuk menderita dengan penyakit keradangan kronik dan gangguan psikiatri ketika mereka dewasa. Para penyelidik di University of Zurich dan University of Lausanne telah membuktikannya dalam satu kajian di mana mereka mengenal pasti lima kelas pengaturcaraan sistem imun awal.

Sistem imun tubuh manusia terbentuk semasa zaman kanak-kanak: “hygiene hypothesis” memberikan perspektif yang sangat luas mengenai hal ini. Ia menyatakan bahawa kebersihan yang lebih baik, perubahan dalam pertanian dan pembandaran telah menyebabkan sistem imun kita berhadapan dengan mikroba tertentu secara jarang dalam hidup berbanding daripada sebelumnya. Perkembangan ini telah membawa kepada peningkatan kejadian penyakit keradangan kronik, alahan dan gangguan mental seperti kemurungan.

Mengambil hygiene hypothesis sebagai titik permulaan, sekumpulan penyelidik di University of Zurich dan University of Lausanne menganalisis data epidemiologi daripada kohort hampir seramai 5,000 orang yang dilahirkan pada pertengahan abad ke-20. Mereka menumpukan kepada kejadian alahan, penyakit jangkitan virus dan bakteria, dan tekanan psikososial pada zaman kanak-kanak. Berdasarkan corak morbiditi awal, saintis mengenal pasti lima kumpulan individu yang dikategorikan dengan ciri-ciri biomarker (jumlah sel darah putih, penanda radang) dan, langkah seterusnya, dengan pola perkaitan mereka dengan penyakit keradangan kronik dan gangguan psikiatri semasa dewasa .

Satu daripada lima individu mempunyai sistem imun yang sangat tahan

Kumpulan utama, yang terdiri hampir 60% daripada jumlah kohort yang dianalisis, memiliki sistem imun “neutral” yang biasa. Beban penyakit mereka pada zaman kanak-kanak adalah rendah. Beban penyakit pada zaman kanak-kanak bahkan lebih rendah untuk kumpulan kedua terbesar yang terdiri lebih dari 20% daripada jumlah kohort: kumpulan tersebut mempamerkan sistem imun yang “berdaya tahan”. Walaupun simptom-simptom penyakit pada zaman kanak-kanak seperti campak, beguk atau rubella yang tidak dapat dicegah pada pertengahan abad ke-20, ianya kelihatan jauh lebih kerap dalam kumpulan ini berbanding daripada kumpulan “neutral”.

Kumpulan “berdaya tahan” disambungkan oleh tiga kumpulan yang lebih kecil. Kumpulan “atopic” (7% daripada jumlah kohort) memperlihatkan kejadian pelbagai penyakit alahan. Kelompok “bercampur” yang berukuran sama (kira-kira 9%) dicirikan oleh gangguan alahan tunggal seperti alahan ubat sebagai contoh, dan juga oleh penyakit kanak-kanak seperti bakteria dan ruam seperti demam scarlet, pertusis atau rubella. Yang terkecil daripada lima kumpulan (kira-kira 5%) terdiri daripada individu yang mengalami trauma pada zaman kanak-kanak. Mereka lebih mudah terdedah kepada penyakit alahan tetapi bertindakbalas secara relatif terhadap penyakit virus zaman kanak-kanak yang biasa.

Imun dan ketahanan terhadap penyakit

Analisis perbandingan menunjukkan bahawa kumpulan “neutral” dan “berdaya tahan” lebih besar dalam kalangan individu yang lahir terdahulu berbanding daripada mereka yang berada dalam kalangan individu yang lahir terkemudian.

Perbezaan antara kumpulan juga ditunjukkan melalui tahap kesihatan di kemudian hari. Individu yang tergolong dalam kumpulan “berdaya tahan” dilindungi dengan lebih baik pada zaman dewasa bukan sahaja terhadap penyakit keradangan kronik, tetapi juga terhadap gangguan mental. Sebaliknya, kumpulan-kumpulan “atopic” dan “bercampur-campur” terdedah kepada peningkatan risiko kesihatan somatik dan psikiatri di kemudian hari. Kumpulan yang “trauma” juga mempamerkan kecenderungan yang lebih besar terhadap penyakit psikiatri pada zaman dewasa serta risiko yang lebih tinggi menderita penyakit radang kronik. Walau bagaimanapun, menurut Ajdacic-Gross, penemuan kajian menunjukkan bahawa sistem imun manusia berfungsi sebagai papan suis antara proses somatik dan psikis. Kajian tersebut membantu kita memahami mengapa ramai individu yang tidak mempunyai sejarah trauma psikososial, mendapat gangguan mental dan, sebaliknya, mengapa individu yang mengalami trauma menunjukkan kecenderungan untuk menghidap penyakit keradangan kronik.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    PERHATIAN! Ini 10 Jenis Vaksin Bayi, Remaja & Orang Dewasa Perlu Ambil, Siap Ada Harga Lagi

    Suntikan vaksin melindungi anda daripada penyakit yang boleh membawa maut. Ketahui 10 jenis vaksin bayi dan orang dewasa yang boleh anda ambil.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 23/04/2020 . 5 mins read

    JAGA! Si Manja Boleh Dapat Serangan Strok Haba HANYA Dalam Bilik Tidur, Ini Apa Boleh Terjadi

    Wahai ibu bapa, ketahuilah bahawa punca strok haba bukan hanya sebab anak main panas di luar sahaja ya? Di dalam rumah pun boleh terkena!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Keibubapaan, Tips Keibubapaan 09/03/2020 . 3 mins read

    Ini RAHSIA BESAR Untuk Ajar Anak Makan Ubat. Tak Perlu ‘BERGADUH’ Dengan Si Kecil Lagi Selepas Ini

    Anda mesti selalu 'berperang' dengan si kecil apabila tiba waktu untuk mereka makan ubat. Di sini kami kongsikan rahsia untuk ajar anak anda makan ubat.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Keibubapaan, Penjagaan Kanak-kanak 11/02/2020 . 4 mins read

    Adakah Coronavirus Turut Menjangkiti Kanak-kanak?

    Rata-rata laporan tentang jangkitan coronavirus melibatkan individu dewasa. Bagaimana pula impak coronavirus pada kanak-kanak?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Coronavirus, COVID-19 03/02/2020 . 4 mins read

    Artikel lain untuk anda

    kawan imaginasi

    Normalkah Jika Anak Berimaginasi Ada Teman Bermain? Ini Pandangan Pakar!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 03/06/2020 . 3 mins read
    vaksin anak

    Takut Nak Bawa Anak Pergi Vaksin Masa COVID-19? Dengar Apa Jawapan Pakar Tentang Imunisasi

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 29/05/2020 . 3 mins read
    pembelajaran online

    Dah Lama Sangat Cuti, Anak Ingat Lagi Ke Buku? Ini Kaedah ‘Fun’ Belajar Di Rumah Sepanjang Musim PKP

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 21/05/2020 . 3 mins read
    anak

    Hari Keluarga Antarabangsa: Ini 7 Sebab Mengapa Perlu Luang Masa Dengan Famili, No 4 Paling Penting

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 15/05/2020 . 3 mins read