Gigi Palsu: Keperluan untuk Warga Tua

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Penjagaan gigi merupakan antara komponen penting dalam kehidupan seharian. Namun, apabila tiba masa, kita pasti akan kehilangan gigi kekal dan diganti dengan penggunaan gigi palsu. Namun, sedarkah tentang kepentingan dan cabaran dalam penggunaannya? 

Menurut Pengarah Pemasaran dan Ketua Digital Asia Tenggara GlaxoSmithKline Consumer Healthcare, Venaig Solinhac, “Gigi palsu mempunyai pengaruh besar terhadap kualiti kehidupan dan keyakinan diri bagi individu yang memakainya. Sesetengah pemakainya akan mendapat ia memberi kesan terhadap cara mereka memilih makanan, minuman atau cara mereka untuk berinteraksi dengan individu lain”.

Tinjauan kaji selidik yang dijalankan oleh GSK untuk mengumpulkan maklumat tentang  pengguna gigi palsu mendapati bahawa 56% daripada penggunanya tidak sedar akan cara yang sewajarnya untuk memastikan gigi mereka bersih, dengan memilih untuk menggunakan berus gigi atau ubat gigi biasa untuk membersihkan gigi palsu. Di samping itu, kira-kira 49% daripada  pengguna gigi palsu ini tidak berjumpa dengan doktor gigi mereka secara berkala tetapi hanya berjumpa mereka apabila ada masalah dengan gigi mereka.

Pemeriksaan Berkala Gigi Palsu

Bagi Pensyarah  dan Pakar Prostodontik, Pusat  Pergigian Restoratif, Fakulti Pergigian, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Ho Ting Khee berkata, “Setiap individu perlu mengunjungi doktor gigi bagi setiap enam bulan untuk pemeriksaan gigi dan juga gigi palsu. Anda adalah dinasihatkan untuk tidak menunggu sehingga ia mempunyai masalah yang serius. 

Ujar Dr Ho, “Saya sentiasa menasihati pesakit saya mengenai cara penjagaan gigi palsu yang sewajarnya, dan tidak mudah mempercayai beberapa mitos tentang cara pembersihannya yang boleh dibaca melalui carian internet. Pesakit perlu memberikan perhatian kepada kebersihan gigi tersebut supaya dapat mencegah pembentukan plak dan kalkulus pada tapak gigi itu. Pertumbuhan bakteria dan kulat di plak gigi cenderung untuk menyebabkan mulut berbau dan berisiko untuk mendapat penyakit mulut lain yang tidak diingini. 

Presiden Persatuan Pergigian Malaysia, Dr Leong Kei Joe memberitahu, “Gigi palsu lazimnya adalah 10 kali lebih lembut daripada gigi asli. Maka penggunaan cara dan kaedah pembersihan menggunakan kaedah normal pada gigi biasa hanya akan menjejaskan kesihatan oral dan menyebabkan wujudnya kos perbelanjaan yang tidak diingini. 

Tambah beliau lagi, “Individu yang menggunakannya harus mengunjungi doktor gigi mereka dari masa ke masa untuk pemeriksaan. Jika dilengahkan sebarang pertemuan, ia berkemungkinan akan menimbulkan kerumitan lain pada gigi tersebut dan berisiko untuk menjejaskan tahap kesihatan secara keseluruhannya”.

Gigi Palsu: Keperluan untuk Warga Tua

Cipta Detik Manis

Menerusi kempen ‘Senyum  Bersama Dengan Yakin’ anjuran Polident menjadi wadah untuk mendekatkan  hati ibu bapa yang memakai gigi palsu dengan anak-anak mereka dengan mencipta detik-detik manis menerusi pengalaman menjamu selera ‘Dinner in the Sky’ (Makan Malam  Di Langit) dan ‘Plane  in the  City’ (Kapal  Terbang di  Bandar Raya). Kempen  ini juga berusaha meningkatkan kesedaran anak-anak tentang cabaran yang dihadapi oleh ibu  bapa mereka dengan gigi palsu dan menekankan penggunaan set gigi palsu yang baik demi kesejahteraan umum mereka.

Kempen anjuran GlaxoSmithKline Consumer Healthcare Sdn Bhd (“GSK”), yang merupakan pemilik jenama Polident, dianjurkan bersempena dengan sambutan Hari Ibu Bapa, yang diraikan pada hari Ahad pertama bulan Julai di Malaysia.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Anda mungkin berminat untuk membaca artikel berikut: