backup og meta

Gangguan Neurokognitif

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 29/11/2019

    Gangguan Neurokognitif

    Apa itu gangguan neurokognitif?

    Gangguan neurokognitif merujuk kepada sebilangan gangguan yang boleh menjejaskan fungsi kognitif seseorang. Tahap penyakit adalah daripada kes kurang serius seperti kelemahan kognitif ringan (MCI), sehinggalah kepada keadaan yang menghilangkan upaya iaitu gangguan neurokognitif utama, yang juga dikenali sebagai demensia.

    Masalah neurokognitif mempengaruhi fungsi seperti:

    • Memori
    • Perhatian
    • Bahasa
    • Pertimbangan (seperti kawalan gerak hati; membuat keputusan)
    • Belajar (mengekalkan maklumat baharu)
    Rajah 1: Fungsi kognitif berbeza yang terjejas akibat kerosakan kognitif.

    Fakta tentang masalah neurokognitif

    • Sesetengah penyakit dialami kerana gangguan seperti ketumbuhan, jangkitan atau sebab-sebab genetik. Yang lain pula mungkin disebabkan oleh kecederaan otak
    • Seseorang menghadapi risiko lebih tinggi mengalami masalah neurokognitif jika mereka berusia lebih 60 tahun, mengalami masalah penyalahgunaan bahan atau bermain sukan yang berkemungkinan mengalami trauma kepala seperti ragbi (menurut Sindrom Otak Organik, Healthline)
    • Tiada penawar bagi gangguan kognitif yang timbul daripada masalah perubatan kekal; bagaimanapun kesannya boleh diperlahankan menerusi rawatan rehabilitasi

    Bagaimanakah masalah neurokognitif boleh dikenal pasti?

    Terdapat pelbagai gejala kelemahan kognitif. Selain daripada faktor yang jelas seperti masalah daya ingatan dan perhatian, gejala kadangkala boleh muncul dalam bentuk tingkah laku berasaskan gerak hati, kemurungan, kegelisahan dan sikap tidak peduli.

    Ini menimbulkan persoalan penting: jika masalah ini begitu berbeza cirinya dan sukar dikenal pasti, bagaimana seseorang boleh tahu jika mereka mengalami masalah kognitif?

    Oleh kerana gejala gangguan neurokognitif kadangkala tidak begitu jelas, terdapat ujian yang boleh menentukan sama ada individu mengalami ciri neurokognitif yang tidak normal.

    Diagnosis gangguan neurologi:

    • Pengimejan otak: imbasan CT kranium dan MRI
    • Elektroensefalogram (EEG): Mengukur aktiviti elektrik otak
    • Penilaian: Ujian Penilaian Kognitif Montreal (yang mana Presiden Donald Trump lulus ujian tersebut, mengejutkan para pengkritiknya)
    • Penilaian: Ujian melukis jam
    Rajah 2 Pakar klinikal menggunakan ujian mudah untuk menentukan keperluan pesakit menjalani pemeriksaan kognitif: Dengan meminta mereka melukis jam yang menunjukkan waktu tertentu.

    Apa yang boleh dilakukan untuk menangani gangguan neurologi?

    Tahap kesedaran orang ramai terhadap rehabilitasi kognitif masih rendah. Begitu juga teknik yang boleh dan patut digunakan untuk menangani masalah tersebut. Rehabilitasi kognitif menjadi penentu dalam usaha merawat sebarang keabnormalan berhubung dengan fungsi otak.

    Gangguan kognitif seperti masalah daya ingatan mungkin disebabkan oleh gangguan perubatan, ataupun boleh berlaku kerana kecederaan otak. Kunci kepada usaha menjamin kesejahteraan kognitif ialah:

    • Mengetahui gejala yang perlu dipantau
    • Mengetahui penilaian yang perlu dilaksanakan
    • Mendapatkan rawatan rehabilitasi seawal yang mungkin

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Fakta Disemak oleh

    Hello Doktor Medical Panel


    Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 29/11/2019

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan