Jabatan pediatrik (kanak-kanak), sebagai contoh, tidak mewajibkan para doktor untuk memakai kot putih kerana kanak-kanak kebiasaannya akan menjerit dan menangis apabila melihat individu yang memakai pakaian tersebut. Jabatan psikiatri juga tidak menggalakkan doktor mereka untuk memakai kot putih kerana sukar untuk menjalinkan hubungan profesional ketika proses mengambil sejarah pesakit.
Pada situasi tertentu, pakaian tersebut boleh menjadi pelindung buat para doktor dan keluarga mereka. Sebagai contoh, seorang doktor melihat lebih daripada 10 pesakit sehari dan setiap seorang daripadanya mempunyai penyakit yang berlainan. Ada yang memegang bahu doktor, ada yang terbatuk ketika diperiksa oleh doktor. Apabila tamat waktu kerja, doktor tersebut akan pulang ke rumah, memeluk anak dan isteri. Nampak tak bagaimana pakaian tersebut dapat melindungi doktor dan keluarganya?
Risiko penyebaran penyakit nosokomial
Penyakit nosokomial adalah merupakan jangkitan kuman yang berlaku selepas 48 jam pesakit dimasukkan ke dalam hospital. Menurut satu kajian yang telah dijalankan pada tahun 2017, doktor yang memakai kot putih berlengan panjang mempunyai 25% risiko untuk menyebarkan penyakit kepada pesakit yang lain.
Perkara ini boleh berlaku disebabkan oleh:
- Doktor kebiasaannya berada pada posisi yang sangat rapat dengan pesakit ketika pemeriksaan fizikal
- Kain yang digunakan untuk membuat pakaian tersebut menjadi rumah kepada ribuan mikroorganisma tanpa disedari
Adakah ini bermakna doktor tidak boleh memakai pakaian tersebut Pada tahun 2012, satu kajian yang dibuat oleh Asima telah meletakkan beberapa rekomendasi buat mereka yang ingin memakai pakaian tersebut sewaktu bekerja:
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen