backup og meta

Buli Siber Memburukkan Kualiti Tidur, Kemurungan

Fakta Disemak oleh Dr. Shelby


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 10/07/2020

    Buli Siber Memburukkan Kualiti Tidur, Kemurungan

    Remaja yang mengalami buli siber lebih cenderung untuk mengalami tidur yang kurang baik, yang seterusnya meningkatkan tahap kemurungan. Ia berdasarkan penyelidikan yang dijalankan oleh University di Buffalo.

    Walaupun penyelidikan telah mengkaji hubungan antara buli siber dan kemurungan, penyelidikan yang dijalankan oleh University of Buffalo adalah salah satu daripada beberapa penyelidikan untuk meneroka hubungan antara mangsa buli siber dan kualiti tidur.

    Penyelidikan tersebut telah meninjau lebih daripada 800 remaja bagi aspek kualiti tidur, serangan siber dan kemurungan.

    Penyelidikan tersebut akan disampaikan oleh Misol Kwon, pengarang pertama dan pelajar kedoktoran di University of Buffalo School of Nursing, di SLEEP 2019, mesyuarat tahunan ke-33 Associated Professional Sleep Societies di San Antonio, Texas dari 8 hingga 12 Jun 2019.

    Menurut Kwon, buli siber di internet dan media sosial adalah satu bentuk pembulian rakan sebaya yang unik yang juga satu kebimbangan kesihatan mental yang berkembang dalam kalangan remaja. Menurut beliau lagi, memahami perkaitan ini menyokong keperluan untuk menyediakan pendidikan tidur yang baik dan pencegahan risiko serta intervensi kepada kanak-kanak yang menunjukkan tanda-tanda dan simptom kemurungan.

    Menurut U.S. Office of Adolescent Health, hampir satu pertiga remaja mengalami simptom kemurungan, yang merupakan tambahan kepada perubahan pola tidur, termasuk kerengsaan yang berterusan, kemarahan dan pengeluaran daripada lingkungan sosial.

    Menurut Kwon lagi, hampir 15 peratus pelajar sekolah tinggi di Amerika Syarikat melaporkan yang mereka dibuli secara elektronik. Pada tahap yang lebih parah, kemurungan boleh mengakibatkan gangguan prestasi persekolahan, merosakkan hubungan atau mendorong kejadian bunuh diri.

    Risiko membiarkan kemurungan menjadi lebih teruk menonjolkan keperluan penyelidik dan ahli klinikal untuk memahami dan memberi fokus terhadap kualiti tidur dan faktor risiko lain yang berpotensi memburukkan lagi gangguan tersebut.

    Buli siber bukan sahaja memberikan kesan semasa kepada mangsa buli, tetapi turut memberi kesan jangka panjang kepada mereka yang terkesan. Gangguan mental seperti kemurungan, keresahan dan serangan panik akan sentiasa menghantui diri mangsa buli siber seterusnya menjejaskan pelbagai fungsi hidup mangsa.

    Baca juga:

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Fakta Disemak oleh

    Dr. Shelby


    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 10/07/2020

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan