Berat Badan Berlebihan dan Pengurusannya Melalui Saxenda

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Sejak tahun 2015, Malaysia kekal sebagai sebuah negara yang mempunyai penduduk yang paling obes di Asia Tenggara dan antara yang paling obes di dunia. Melalui statistik Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) pada tahun 2015, setiap seorang daripada dua orang dewasa di Malaysia mempunyai berat yang berlebihan atau juga dikenali sebagai obes. Bukan itu sahaja, kanak-kanak juga kini lebih mudah untuk mempunyai berat badan yang berlebihan. Berat badan yang berlebihan mendorong seseorang individu untuk mempunyai penyakit-penyakit yang tidak berjangkit atau NCD seperti penyakit jantung, tekanan darah tinggi dan diabetes atau kencing manis. 

Faktor risiko berat badan yang berlebihan

Berpandukan portal MyHealth oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, terdapat beberapa faktor risiko yang menyumbang kepada peningkatan berat badan berlebihan terhadap seseorang individu. Faktor-faktor risiko berikut adalah:

  • Umur. Umur yang semakin meningkat akan membuatkan kadar metabolisma menurun. Oleh itu kenaikan berat badan akan berlaku dengan ketara walaupun tiada sebarang pertukaran di dalam tabiat pemakanan dalam aspek jumlah, jenis dan kekerapan.
  • Jantina. Kaum wanita mempunyai lebih kebarangkalian untuk menjadi obes berbanding dengan lelaki. Ini adalah kerana wanita mempunyai kadar metabolisma yang rendah berbanding kadar metabolism yang tinggi dalam kalangan kaum lelaki. Masalah obesiti ini akan menjadi semakin teruk apabila wanita mencapai menopause.
  • Faktor keturunan.
  • Aktiviti fizikal. Kurangnya dalam melakukan aktiviti fizikal dan tidak menjaga pemakanan adalah faktor yang sangat berpengaruh di dalam peningkatan obesiti.
  • Faktor psikologi. Ramai individu akan makan secara berlebihan apabila menghadapi tekanan atau mempunyai ketidakstabilan emosi.
  • Penyakit. Walaupun tidak kerap, obesiti boleh berlaku dalam kalangan pesakit yang mempunyai penyakit hypothyroidism, kemurungan atau penyakit di bahagian otak yang menyebabkan pesakit makan secara berlebihan.
  • Ubat-ubatan. Ubat seperti steroid atau ubat untuk merawat kemurungan boleh menyumbang kepada peningkatan berat badan berlebihan.

Kini, golongan kanak-kanak bukan sahaja terdedah kepada diabetes jenis 1 yang terjadi sejak daripada mereka masih kecil, malah mereka juga berpotensi untuk mendapat diabetes jenis yang terhasil akibat daripada pengamalan gaya hidup yang tidak sihat. Kajian yang dilaksanakan oleh Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNICEF) Malaysia turut menyatakan bahawa Malaysia mempunyai kadar kanak-kanak obesiti kedua tertinggi di Asia selepas negara Brunei yang berada di tempat yang pertama.

Sehubungan dengan itu, Novo Nordisk, sebuah syarikat penjagaan kesihatan global telah mengumumkan mengenai ketersediaan ubat Saxenda yang telah diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Saxenda digunakan secara bersama dengan diet yang kurang kalori dan peningkatan aktiviti fizikal untuk pengurusan berat badan jangka panjang dalam kalangan individu dewasa dengan masalah obesiti (BMI ≥30 kg / m2) atau berat badan berlebihan (BMI ≥27 kg / m2 hingga <30 kg / m²). Individu yang berkaitan adalah mereka yang obes dengan masalah perubatan yang berkaitan dengan berat badan seperti tekanan darah tinggi, kadar kolesterol yang tinggi, diabetes jenis 2, atau apnea tidur obstruktif.

Melalui pelancaran Saxenda, Novo Nordisk menawarkan pilihan rawatan yang terbukti secara klinikal untuk membantu individu bagi mencapai berat badan yang ideal. Pelancaran ini di Malaysia merupakan peristiwa penting dalam komitmen jangka panjang mereka untuk memperbaiki kehidupan yang lebih baik kepada individu yang mempunyai penyakit kronik seperti obesiti di Malaysia. 

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Rujukan
Anda mungkin berminat dengan artikel berikut