backup og meta

Berapa Kali Boleh Minum Boba Dalam Sebulan?

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab · Disemak pada 23/06/2020

    Berapa Kali Boleh Minum Boba Dalam Sebulan?

    Minuman teh susu gula perang bersertakan bebola ubi kayu atau brown sugar milk tea with boba telah menjadi satu fenomena yang luar biasa dalam kalangan konsumer di Malaysia. Walau bagaimanapun, minuman yang menjadi kegilaan golongan belia ini banyak dikritik oleh golongan professional perubatan akibat daripada kandungan gulanya yang tingi. Jadi, berapa kali sebenarnya anda boleh minum boba dalam masa sebulan?

    Minuman yang sarat dengan gula

    Kajian mendapati segelas (500 ml) minuman teh susu gula perang yang dicampur dengan bebola ubi kayu (tapioca) mengandungi sekitar 18 sehingga 20 sudu gula! Jumlah yang bersamaan dengan 100g gula ini melebihi jumlah pengambilan gula tambahan yang disyorkan sehari iaitu sebanyak 40g. Tambahan lagi, kandungan gula yang terdapat dalam minuman ini mengatasi kandungan gula yang terdapat dalam satu tin minuman bersoda dengan isi padu 320 ml, sebanyak tiga kali ganda.

    Bahaya pengambilan gula yang tinggi berpanjangan

    Dalam kadar yang sederhana, terkawal dan berkala, pengambilan gula membekalkan tenaga kepada tubuh badan. Bahkan, monomer atau bahan binaan asasnya (glukosa) merupakan ‘bahan bakar’ utama metabolisma badan kita, membekalkan tenaga untuk aktiviti sel, tisu dan juga organ-organ penting seperti otak. Namun yang demikian, rakyat Malaysia rata-ratanya mengamalkan gaya hidup sedentar walaupun mereka mengambil jumlah gula yang tinggi dalam diet harian mereka. Pengambilan gula yang tinggi dalam jangkan panjang ini akan mendorong kepada pelbagai keadaan kesihatan seperti obesiti, diabetes, tekanan darah tinggi dan juga beberapa komplikasi yang tidak diingini seperti strok dan serangan jantung.

    Jadi, berapa kali boleh minum boba?

    Isu kemanisan yang melampau ini telah mendapat perhatian pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sendiri. Pada 25 Julai yang lepas, pihak KKM telah menasihati rakyat Malaysia agar mengurangkan pengambilan gula yang berlebihan dan menjauhkan diri daripada mengambil minuman teh susu ini secara kerap. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dzulkefly Ahmad, menyeru agar rakyat Malaysia lebih cakna tentang kandungan gula dalam produk makanan dan minuman yang mereka ambil bagi melindungi diri mereka daripada penyakit-penyakit kronik yang tidak diingini. 

    Dalam memperhalusi persoalan ‘berapa kali boleh minum boba?’ ini, guru kecergasan dan pemakanan terkemuka tanah air, Kevin Zahri, telah berkongsi pendapat beliau yang lebih santai. Menurut beliau, walaupun minuman tersebut tinggi dalam kandungan gula, jika anda berasa anda berhak untuk mendapatkannya (sebagai satu ganjaran kepada diri sendiri), anda boleh berbuat demikian. Tambah beliau lagi, tiada hitam putih dalam dunia diet ini dan semuanya bergantung kepada keseimbangan dalam pengambilan nutrisi anda. 

    Terbaru, seorang ahli diet daripada seremban, Lai, telah memberikan rekomendasi beliau tentang berapa kali boleh seseorang itu minum boba. Menurut beliau, kekerapa minum boba yang disarankan adalah 2 kali sebulan atau kurang. Mengambil kira kandungan gula dalam minuman tersebut dan juga gaya hidup rakyat Malaysia, kekerapan ini dilihat masuk akal dalam memastikan risiko penyakit kronik berada pada kadar yang minima. 

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Gabriel Tang Pei Yung

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab · Disemak pada 23/06/2020

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan