Ringkasan Intipati Bajet 2020 Untuk Sektor Kesihatan

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 03/12/2019 . 2 minit bacaan

Ini merupakan kali kedua kerajaan Pakatan Harapan membentangkan belanjawan negara. Sidang pembentangan Bajet 2020 yang bermula pada pukul 4 petang tadi dibentangkan oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.

Pembentangan Bajet 2020 bertemakan “Kemakmuran Bersama: Menjana Pertumbuhan Inklusif yang Berkualiti ke Arah Ekonomi Berpendapatan Tinggi.”

Berikut merupakan intipati Bajet 2020 terhadap sektor kesihatan:

  1. Memperuntukkan RM25 juta kepada Majlis Pelancongan Penjagaan Kesihatan Malaysia (MHTC) untuk mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai destinasi pilihan bagi pelancongan kesihatan di ASEAN untuk onkologi, kardiologi dan rawatan kesuburan.
  2. Kerajaan akan meneliti semula Akta Kerja 1955 termasuk meningkatkan tempoh cuti bersalin daripada 60 hari kepada 90 hari mulai 2021.
  3. Memperuntukkan RM1.6 bilion untuk pembinaan hospital baru dan menaik taraf hospital sedia ada. Antara hospital yang terlibat ialah Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Hospital Kampar, Perak, Hospital Labuan dan Pusat Kardiologi Hospital Queen Elizabeth II.
  4. Memperuntukkan RM319 juta untuk membina dan menaik taraf klinik-klinik kesihatan, pergigian dan kemudahan kuarters. Lokasi yang terlibat adalah Setiu, Sg Petani, Cameron Highlands, Kudat dan Sg Simunjan.
  5. Memperuntukkan RM227 juta menaik taraf peralatan perubatan sedia ada.
  6. Memperuntukkan RM95 juta untuk mengubah suai infrastruktur dan kemudahan perubatan.
  7. Memperuntukkan RM60 juta bagi memberikan vaksin pneumokokal kepada golongan kanak-kanak. Buat masa sekarang, kos vaksin ini adalah sekitar RM325 bagi setiap dos.
  8. Memperuntukkan RM59 juta untuk menambah dan memperbaiki ambulans sedia ada dengan kerjasama ambulans NGO.
  9. Menyediakan RM31 juta bagi menaik taraf kemudahan ICT termasuk project Electronic Medical Record (EMR).
  10. Memperuntukkan RM5 juta untuk perkhidmatan klinik bergerak bagi memudahkan penduduk di kawasan luar bandar terutamanya komuniti Orang Asli.
  11. Program MySalam akan diperluaskan kepada mereka yang disahkan menghidap penyakit kritikal. Mereka akan menerima wang pampasan sebanyak RM8,000 tunai. Bagi mereka yang dirawat di hospital kerajaan, bayaran penggantian sebanyak RM50 sehari boleh dituntut untuk tempoh maksimum 14 hari.
  12. Program MySalam akan dipanjangkan kepada: Perlindungan ke atas 45 penyakit kritikal termasuk penyakit terminal dan polio, Individu yang berusia 65 tahun, Individu yang mempunyai pendapatan kasar tahunan sehingga RM100 ribu.
  13. Menurunkan had umur bagi peserta program Peduli Kesihatan (PEKA) dari 50 kepada 40 tahun dan ke atas.
  14. Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) akan menyediakan insentif sebanyak RM10,000 kepada pasangan yang ingin mendapatkan rawatan kesuburan seperti kaedah persenyawaan in-vitro (IVF).
  15. Memberikan pelepasan cukai sebanyak RM6,000 kepada mereka yang ingin mendapatkan rawatan kesuburan.
  16. Kerajaan bercadang untuk membenarkan pengeluaran wang simpanan sebelum tempoh persaraan bagi kos rawatan kesihatan selaras dengan syarat KWSP dan tidak dikenakan penalti cukai.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    5 Tanda Anda & Pasangan SUDAH Bersedia Untuk Kahwin, No #4 Paling Penting!

    Di sini, kami ingin menyenaraikan 5 tanda, jika anda dan pasangan bersedia untuk hidup bersama (berkahwin). Baca artikel ini.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 17/11/2019 . 3 minit bacaan

    Salah Diagnosis Diri Dengan Penyakit Kronik Kerana Percayakan Dr.Google

    Kalau kita nak tahu tentang sesuatu, sure pilihan utama adalah search dekat Google, bukan? Tapi boleh percaya ke kalau tanya Dr.Google ni?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gaya Hidup Sihat, Sihat Bergaya 11/11/2019 . 2 minit bacaan

    Ingin Jadi Lebih Sihat Dalam Masa 30 Hari? Cuba Teknik Ini!

    Percaya tak kalau ada yang kata anda boleh ubah tahap kesihatan dalam tempoh 30 hari? Tak percaya? Haaa...jom ikuti perkongsian artikel Hello Doktor ini.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 11/11/2019 . 2 minit bacaan

    Maut Diserang Strok Akibat Ketagihan Permainan Video

    Seorang remaja dari Thailand telah ditemui mati di biliknya selepas bermain permainan video sepanjang semalam ketika musim cuti sekolah. 

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 06/11/2019 . 2 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    ibu-bapa-5-tip-penjagaan-kesihatan

    6 Beradik Sekelip Mata Jadi Yatim Piatu – Ini Pentingnya Ibu Bapa Jaga Kesihatan Diri

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 13/05/2020 . 3 minit bacaan
    bipolar

    Perubahan Mood Tak Semestinya Tanda Bipolar

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 06/01/2020 . 4 minit bacaan
    kesihatan

    6 Trend Kesihatan Menjelang 2020

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 30/12/2019 . 4 minit bacaan
    azam-tahun-baru-melibatkan-kesihatan

    Azam Tahun Baru Melibatkan Kesihatan, Takkan Berjaya?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 27/12/2019 . 4 minit bacaan