backup og meta

Apa Sebenarnya Hand Sanitizer Ni?

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli · Disemak pada 15/06/2020

    Apa Sebenarnya Hand Sanitizer Ni?

    Kalau kita lihat di wad hospital, pada setiap katil, mesti ada hand sanitizer. Nak tau apa sebenarnya fungsi hand sanitizer? Ikuti artikel ini untuk mengetahuinya dengan lanjut.

    Cuci tangan dapat menghindarkan penyakit berjangkit?

    Apabila Ignaz Semmelweis mengutarakan pendapat berkaitan dengan agen penyebaran penyakit melalui sentuhan tangan pada zaman sebelum penemuan mikroorganisma, beliau dikecam hebat oleh ahli akademik yang lain. Kata mereka, “Tidak mungkin penyakit ini disebarkan melalui agen kecil yang kita tidak boleh lihat dengan mata kasar. Penyakit disebarkan oleh miasma (kabus yang berisi zarah dari jisim reput)”.

    Namun setahun selepas kematian Ignaz, mereka menemui bukti berkenaan dengan teori yang diutarakan olehnya melalui mikroskop yang dicipta oleh Antoni van Leeuwenhoek. Ini menunjukkan bahawa penyebaran penyakit dapat dielakkan dengan mengamalkan satu langkah mudah sebelum melakukan sesuatu; basuh tangan. Maka tidak hairanlah, Ignaz berjaya menurunkan kadar kematian perempuan bersalin dengan hanya mewujudkan polisi basuh tangan sebelum memeriksa pesakit yang lain. Ia dapat mengurangkan risiko penyebaran penyakit berjangkit!

    Hand sanitizer, kaedah efektif dalam menjamin kebersihan tangan?

    Terdapat beberapa kaedah yang dapat digunakan dalam memastikan tangan kita sentiasa bersih, salah satu daripadanya adalah dengan menggunakan hand sanitizer. Hand sanitizer adalah merupakan cecair yang mengandungi alkohol bagi membasmi mikroorganisma. Ini sering dianggap sebagai satu kaedah yang selesa dan boleh diterima pakai oleh setiap individu dalam memastikan tangan tidak basah dek air dan sabun. Tambahan pula, ia boleh dibawa kemana-mana dengan mudah. Anda boleh membeli sebotol kecil hand sanitizer di mana-mana cawangan farmasi atau kedai runcit dan ia boleh dimasukkan ke dalam poket.

    Namun ada sesetengah perkara perlu kita gunakan air dan bukan hand sanitizer seperti selepas menggunakan tandas, sebelum dan selepas menjamu selera menggunakan tangan dan jika tangan kotor selepas menggunakan baja kerana menurut Pusat Kawalan Penyakit Berjangkit (CDC), ia tidak boleh membasmi bahan kimia yang terkandung di dalam baja. Jangan pula selepas menjamu selera di kedai mamak, anda tidak membasuh tangan dan hanya menggunakan hand sanitizer. Itu bukanlah satu langkah yang bijak!

    Menurut pandangan doktor pakar penyakit berjangkit, Dr Aaron E Glatt, membasuh tangan menggunakan air dan sabun sepatutnya dijadikan sebagai satu prioriti buat setiap individu. Hand sanitizer boleh digunakan namun perlulah digunakan sebagai cecair tambahan bagi mencegah penyebaran kuman kepada individu yang lain. Bakteria seperti Clostridium difficile tidak boleh dibasmi dengan hanya menggunakan hand sanitizer, begitu juga dengan Norovirus. Oleh itu, amat penting bagi kita untuk memahami bahawa fungsinya ini adalah seperti suplemen makanan. Kebersihan tangan boleh diperkuatkan dengan penggunaan hand sanitizer.

    Konklusi

    Bagi mereka yang gemar menggunakan hand sanitizer, perlulah diingatkan bahawa fungsinya tidak dapat menggantikan kaedah membasuh tangan dalam menjamin kebersihan tangan kita. Namun, ia merupakan satu alternatif yang berkesan dalam membasmi sekumpulan besar mikroorganisma terutamanya hand sanitizer yang mempunyai kepekatan alkohol yang tinggi.

    Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli · Disemak pada 15/06/2020

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan