backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Bukan Rabun, Penglihatan Terjejas Akibat Keadaan Kesihatan

Disemak secara perubatan oleh Dr. Amy Kor · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 25/08/2023

    Bukan Rabun, Penglihatan Terjejas Akibat Keadaan Kesihatan

    Apa punca mata kabur, tidak jelas dan tidak fokus ya?

    Menurut Institut Mata Nasional (NEI), perubahan penglihatan adalah sebahagian daripada penuaan yang normal.

    Bagi mereka yang sudah mempunyai masalah penglihatan (rabun) ia mungkin memerlukan anda melakukan pemerikasaan mata terkini.

    Tetapi jika sebaliknya, anda mungkin perlu melakukan pemeriksaan keadaan kesihatan. Keadaan ini mungkin memberi isyarat sesuatu yang lebih serius.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Mata, sila dapatkannya di sini.

    Punca mata kabur

    Konjunktivitis

    Konjunktivitis atau mata merah biasanya disebabkan oleh adenovirus, iaitu virus yang boleh menyebabkan selesema, bronkitis dan sakit tekak.

    Konjungtivitis biasanya hilang dalam satu hingga dua minggu tanpa rawatan, tetapi jika anda mempunyai simptom yang teruk, berbincang dengan doktor mengenai ubat-ubatan antibiotik atau antiviral.

    Baca juga:

    Diabetes

    Pesakit diabetes menghadapi risiko keadaan retinopati diabetes.

    Retinopati diabetes disebabkan oleh gula dalam darah yang rendah yang mengakibatkan kerosakan pembuluh darah di retina.

    Saluran darah yang rosak boleh menyebabkan pembengkakan bahagian retina dipanggil makula, dan boleh menyumbang kepada degenerasi makula.

    Kemerosotan mata akibat diabetes ini boleh menyebabkan penglihatan kabur dan boleh menyebabkan kebutaan jika tidak didiagnosis dan dirawat dengan betul. 

    Sekiranya menghidap diabetes, pastikan anda mendapatkan pemeriksaan mata.

    Punca mata kabur #Glaukoma

    Orang berumur 60 tahun berisiko untuk mendapat glaukoma, keadaan penglihatan berkaitan dengan usia.

    Glaukoma disebabkan oleh tekanan tambahan di mata, yang merosakkan saraf optik, dan katarak, ia biasanya perlahan untuk berkembang.

    Mereka dengan glaukoma menyedarinya kerana kehilangan penglihatan mengambil tempoh yang panjang. 

    punca mata kabur

    Tekanan darah tinggi

    Anda mungkin tahu bahawa tekanan darah tinggi boleh menyebabkan strok dan penyakit jantung.

    Apa yang anda tidak tahu ialah ia juga boleh menyebabkan strok mini mata (vein occlusion). Pesakit tidak berasa sakit, tetapi apabila bangun tidur penglihatan mereka menjadi kabur.

    Strok

    Strok menghalang aliran darah di otak dan boleh menyebabkan penglihatan kabur, penglihatan berganda, atau kehilangan penglihatan yang tiba-tiba.

    Mata kabur dan pening merupakan antara tanda-tanda amaran strok lain, termasuklah lemah pada otot muka, masalah keseimbangan, kesukaran bercakap dengan jelas dan kehilangan deria dalam satu lengan.

    Multiple Sclerosis (MS)

    Penglihatan kabur yang tidak dijangka selalunya merupakan simptom terawal MS.

    MS menyebabkan keradangan di sepanjang saraf optik yang menyambungkan mata ke otak.

    Keadaan ini disebut neuritis optik, yang boleh menyebabkan penglihatan kabur, kehilangan penglihatan warna, dan kesakitan apabila anda menggerakkan mata.

    Ia sering berlaku hanya dalam satu mata. Simptom MS, keterukan simptom, dan kekerapan simptom berbeza-beza antara pesakit. 

    punca mata kabur

    Tumor otak, antara punca mata kabur

    Tumor di mana-mana bahagian otak boleh menyebabkan tekanan berkembang di dalam tengkorak. Itu boleh menyebabkan banyak simptom, termasuk penglihatan kabur.

    Tanda amaran lain dari tumor otak termasuk mengantuk yang luar biasa, sakit kepala yang tidak akan hilang, kejang, loya, dan muntah.

    Bila perlu berjumpa doktor?

    Anda perlu berjumpa doktor secepat mungkin jika:

    • Penglihatan tiba-tiba berubah dan tidak menjadi lebih baik selepas anda mengedip mata
    • Rasa sakit pada mata
    • Tidak boleh melihat di kawasan tertentu

    Anda perlu melakukan pemeriksaan mata setiap dua hingga empat tahun ketika berusia di bawah 40 tahun, setiap tiga hingga lima tahun dari umur 40 hingga 54, sekurang-kurangnya setiap dua tahun selepas umur 55 tahun dan setiap tahun selepas umur 65 tahun.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Amy Kor

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 25/08/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan