Kematian akibat tembakau lazimnya disebabkan oleh penggunaannya yang memakan masa bertahun malah berdekad lamanya. Namun yang demikian, seperti apa yang disaksikan oleh pegawai kesihatan di Amerika Syarikat, kesan kesihatan akibat vape sudah mula boleh dilihat dalam tempoh hanya beberapa minggu atau bulan. Menurut pelbagai laporan, kesemua 6 kematian akibat penyakit respiratori baru ini membabitkan penggunaan alat ini yang secara relatifnya singkat. Kerosakan paru-paru akibat daripada alat ini adalah sangat drastik sehingga salah seorang daripada mangsa yang dikejarkan ke hospital, Adam Hergenreder, 18 tahun, disahkan mengalami tanda-tanda kerosakan kekal persis paru-paru seseorang yang berusia 70 tahun!
2.Ketidakpastian kandungan
Meneka apa yang mungkin terkandung dalam cecair vape ibarat cuba menembak sasaran di dalam gelap. Anda mungkin terkena beberapa sasaran tetapi lebih tinggi kemungkinan untuk tembakan anda tersasar dan tekaan anda meleset. Mustahil untuk anda tentukan apa yang terkandung dalam mana-mana cecair kerana resepi setiap perisa itu adalah berbeza walaupun daripada penghasil yang sama. Ini diterukkan lagi oleh kepelbagaian adunan daripada pengeluar yang berbeza dan juga kebebasan pengguna untuk mengadun sendiri campuran cecair mereka daripada perisa lain. Keadaan ini akan menggalakkan interaksi antara bahan kimia yang berpotensi untuk menghasilkan kompaun berbahaya. Contoh mudah adalah penghasilan asetal akibat tindak balas propilen glikol (PG) dan juga perisa berasaskan aldehid. Asetal adalah sejenis kompaun yang menghasilkan kesan kerengsaan kepada saluran pernafasan. Namun, asetal tidak dilabelkan dalam maklumat produk kerana penghasil tidak mengetahui tindak balas kimia yang menyebabkan pembentukannya.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen