Perkara yang Tidak Patut Diperkatakan Pada Orang Sedang Berhenti Merokok

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 15/11/2019 . 2 minit bacaan

Adalah penting untuk mengetahui bagaimana menjadi penyokong yang baik kepada mereka yang berhenti merokok, tanpa mengira keadaannya. Walaupun ada di antara mereka banyak kali kecundang dengan misi ini, elakkan mensabotaj mereka dengan kata-kata yang mungkin tidak membantu dan mungkin menambahkan tekanan mereka.

1. “Berhenti lagi…”

Jika keluarga atau rakan anda seorang perokok, mereka mungkin pernah cuba untuk berhenti sebelum ini. Jadilah seorang yang menyokong tindakan mereka. Anda sepatutnya berbangga kerana mereka masih mencuba untuk menghentikan tabiat buruk itu. Oleh itu, bantu mereka untuk mencapai matlamatnya!

2. “Awak akan dapat kanser…”

Apa yang tidak kena dengan kenyataan ini? Anda bukan peramal, dan ramalan yang mengancam ini mungkin hanya akan menimbul kemarahan. Sebagai peraturan umum, bagi orang yang memerlukan bantuan berhenti merokok, adalah lebih baik untuk menekankan aspek positif berhenti merokok. Fikirkan sesuatu yang anda ketahui menghiburkan mereka (selain daripada aktiviti yang berkaitan dengan merokok), dan fokuskan pada betapa mudahnya untuk menikmati kehidupan selepas berhenti merokok.

3. “Awak tak kisah jika saya merokok?”

Perokok masih dapat menyokong seorang teman yang merokok, tetapi perlu ada nilai hormat. Wujudkan ruang dan elakkan merokok berhampirannya. Dan yang pastinya, jangan tawarkan rokok atau meminta mereka untuk memegang rokok anda, walaupun anda tidak mempunyai teman merokok.

4. “Jika awak sayangkan saya berhenti merokok…”

Orang yang memerlukan bantuan berhenti merokok tidak akan termotivasi oleh perjalanan rasa bersalah ini. Masalahnya ialah kasih sayang anda tidak berkait dengan ketagihan orang itu kepada tembakau atau kejayaan berhenti merokok. Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC), nikotin boleh menjadi ketagihan seperti heroin, kokain, atau alkohol. Jadim lebih baik hanya mengingatkan mereka bahawa anda mencintainya dan menyokong usaha baiknya itu.

5. “Saya tahu betapa sukarnya…”

Jika anda tidak pernah mencuba untuk berhenti merokok, anda mungkin tidak menyedari betapa sukarnya berhenti merokok. Percubaan anda yang berniat baik untuk bersimpati itu boleh membangkitkan kebencian, jadi sebaiknya menghidari daripada melakukan perkara itu. Sebaliknya, cuba menjadi pendengar yang baik untuk mereka bercakap mengenai cabaran berhenti merokok. 

6. “Tak risau berat badan naik…?”

Pertambahan berat badan menjadi kerisauan semua orang termasuk orang yang sedang berusaha berhenti merokok. Oleh tu, sebagai seorang yang menyokong tindakan mereka itu, jangan ingatkan apa-apa kesukaran yang melibatkan rokok. Sebaliknya, tawarkan mereka untuk bersenam atau masak makanan yang sihat.

7. “Awak dah alama merokok, apa gunanya berhenti…?”

Adalah tidak pernah terlambat untuk berhenti. Selepas dua hari bebas daripada merokok, deria rasa dan bau mungkin mula kembali normal. Selepas dua minggu hingga tiga bulan bebas merokok pula, risiko perokok untuk mendapat serangan jantung mula berkurang dan selepas satu hingga sembilan bulan, sesak nafas perokok berkurang. Ini menunjukkan terdapat banyak peningkatan untuk meningatkan perokok.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Vape BUKAN Idea Bagus Sebagai Pengganti Rokok, Kes Kematian Evali Ini Antara Sebabnya!

    Terdapat kes yang memberikan persepsi bahawa penggunaan vape bukanlah satu idea yang bagus bagi menggantikan rokok. Ikuti artikel ini untuk maklumat lanjut.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Gaya Hidup Sihat, Berhenti Merokok 04/11/2019 . 3 minit bacaan

    Vape Sebagai ‘Gateway Drug’ Baru?

    Dengan penginaktan popularitinya, timbul satu persoalan - Adakah penggunaan vape ini dikira sebagai gateway drug yang baru?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab
    Gaya Hidup Sihat, Berhenti Merokok 24/10/2019 . 3 minit bacaan

    Sikit Atau Banyak, Kesan Merokok Tetap Sama

    “Hari ini aku hisap sebatang ‘aje weyh’, so kuranglah sikit kesan merokok ‘tu.” Tetapi adakah ia benar atau kuantiti rokok tidak membawa perbezaan?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa

    Anda Fikir Vape Lebih Selamat Berbanding Rokok? Tanggapan Anda Ternyata SALAH!

    Seorang wanita yang berusia 50 tahun daripada Amerika Syarikat telah mengalami kematian yang disebabkan oleh masalah pernafasan yang teruk akibat vape

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Kecergasan 17/09/2019 . 2 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    atasi-tiub-fallopio-tersumbat-cara-semula-jadi

    Hah! Ada Kaedah Natural Atasi Masalah Tiub Fallopio Tersumbat? Berhasil Ke?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 11/06/2020 . 3 minit bacaan
    berhenti merokok semasa ramadan

    Ingin Berhenti Merokok Bulan Puasa Ini? Buat 5 Tip Di Bawah Confirm Anda Tak Hisap Lagi

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 05/05/2020 . 3 minit bacaan
    covid

    Bukan Main-main! AMARAN Perokok 14x Ganda Lebih Mudah Dijangkiti COVID-19

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 30/03/2020 . 4 minit bacaan
    perut-buncit-dan-masalah-kesihatan

    Perut Buncit Jika Mandi Lepas Makan? Bukan Ini Saja, Ada 4 Lagi Mitos Lain

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 27/02/2020 . 3 minit bacaan