backup og meta

Bagaimana Membersihkan Berus Mekap

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 13/09/2019

    Bagaimana Membersihkan Berus Mekap

    Apabila anda menggunakan berus untuk memakai solekan pada wajah, sejumlah besar bakteria dipindahkan daripada kulit ke berus anda. Hari demi hari, bakteria tersebut akan merebak dan dipindahkan ke kulit anda setiap kali anda menggunakan berus. Untuk mengelakkan jerawat, anda perlu membersihkan berus mekap anda sekerap mungkin. Berikut adalah garis panduan untuk membantu anda dalam proses ini:

    Langkah 1

    Basahkan berus anda dalam air suam. Elakkan membasahkan pemegang berus kerana air akan melonggarkan gam pada pemegang berus dan menjadikannya mudah tercabut.

    Langkah 2

    Picit sedikit sabun atau syampu di telapak tangan anda, kemudian sapu berus anda pada telapak tangan. Tambah sedikit air untuk memastikan berus anda dicuci dengan sempurna.

    Langkah 3

    Perah sabun keluar daripada berus dengan lembut.

    Langkah 4

    Jika anda mendapati masih terdapat sisa mekap pada berus, ulangi langkah 2 dan 3 sehingga berus benar-benar bersih.

    Langkah 5

    Bilas berus anda di bawah air yang mengalir.

    Langkah 6

    Tekan berus untuk mengeluarkan sebahagian besar air keluar. Jangan tekan terlalu kuat.

    Langkah 7

    Letakkan berus anda pada permukaan yang rata dan bersih untuk membiarkannya kering.

    Berus solekan sepertimana juga produk mekap adalah penting untuk kemasan yang berkesan. Jika solekan anda tidak kemas sejak kebelakangan ini; atau jika anda mula mengalami jerawat atau jerawat anda semakin teruk, sudah tiba masanya untuk memeriksa kebersihan berus mekap anda. Bersihkan berus anda dan lihat betapa berbeza kesannya kepada kulit anda.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 13/09/2019

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan