Jika anda ingin memperbaiki masalah kesihatan anda, daripada kegelisahan hingga masalah tidur yang kurang baik, anda mungkin ingin mempertimbangkan minyak aromaterapi.
Jika anda ingin memperbaiki masalah kesihatan anda, daripada kegelisahan hingga masalah tidur yang kurang baik, anda mungkin ingin mempertimbangkan minyak aromaterapi.
Dapatkan lebih banyak info tentang Rawatan Tradisional & Herba, anda boleh klik di sini.
Ia adalah minyak yang diperbuat daripada bunga, herba, dan bahagian pokok, seperti kulit, akar, dan kelopak.
Sel-sel yang memberikan tumbuhan bau harumnya dipanggil intipati dan apabila ia diekstrak dari tumbuhan, ia akan menjadi minyak pati.
Ia adalah satu kaedah rawatan penyembuhan holistik yang menggunakan ekstrak tumbuhan semulajadi yang dipanggil minyak pati (essential oil).
Berfungsi untuk membantu meningkatkan kesihatan fizikal dan emosi, ia digunakan dengan cara bernafas melalui hidung atau meletakkannya pada kulit anda.
Sesetengah individu meletakkan minyak pada kulit mereka sebagai minyak urut aromaterapi atau mandi.
Untuk menghasilkan minyak pati, ia memerlukan banyak tumbuhan. Lebih daripada 200 paun bunga lavender digunakan untuk membuat hanya 1 paun minyak pati lavender.
Tidak semua produk yang dibuat dengan intipati tumbuhan adalah minyak pati kerana minyak pati sejati tidak dicampur dengan bahan kimia atau wangian lain dan dibuat dengan menggunakan proses tertentu yang tidak mengubah kimia tumbuhan.
Beberapa jenis minyak pati yang sering digunakan untuk aromaterapi adalah seperti lemon, chamomile, lavender dan kayu cedar.
Pakar berpendapat aromaterapi akan mengaktifkan reseptor bau di bahagian hidung anda, yang akan menghantar mesej melalui sistem saraf ke otak.
Minyak boleh mengaktifkan bahagian-bahagian tertentu pada otak, seperti sistem limbik, yang memainkan peranan dalam emosi.
Ia juga memberi kesan kepada hipotalamus, yang mungkin bertindak balas terhadap minyak dengan menghasilkan bahan kimia otak yang sihat seperti serotonin.
Sesetengah pakar berpendapat bahawa apabila anda meletakkan minyak pati pada kulit anda, ia akan menyebabkan tindak balas pada kulit dan bahagian lain badan, seperti sendi.
Aromaterapi yang berfungsi melalui deria bau dan penyerapan kulit menggunakan produk seperti:
Anda tidak digalakkan menggunakan aromaterapi dan mengenepikan rawatan perubatan biasa anda.
Tetapi terdapat beberapa keadaan menunjukkan aromaterapi memberikan mungkin dapat memberikan manfaat kesihatan, seperti:
Aromaterapi turut mempunyai potensi untuk merawat pelbagai keadaan kesihatan, termasuk:
Baca juga:
Secara umumnya, kaedah aromaterapi adalah selamat.
Namun terdapat beberapa langkah berjaga-jaga perlu diambil ketika menggunakan minyak pati terutamanya jika anda mengambil ubat preskripsi kerana ia menyebabkan kesan sampingan seperti:
Jangan menyapu minyak pati terus ke kulit anda dan sentiasa gunakan carrier oil untuk mencairkan pati.
Lakukan ujian patch terlebih dahulu pada kulit anda. Jangan mencuba untuk meminum minyak pati kerana ia boleh mencederakan buah pinggang atau hati anda kecuali ia adalah atas arahan doktor anda.
Sekiranya anda masih baru untuk minyak aromaterapi, pastikan anda mendapat nasihat dan pandangan doktor atau pakar terapi.
Untuk kanak-kanak dan wanita hamil atau sedang menyusukan bayi, harus menggunakan minyak pati dengan berhati-hati dan dibawah pengawasan doktor.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen