backup og meta

5 Sebab Hubungan Kelamin Boleh Menyakitkan Anda Atau Pasangan

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 28/04/2021

    5 Sebab Hubungan Kelamin Boleh Menyakitkan Anda Atau Pasangan

    Hubungan kelamin adalah amat penting dalam perkahwinan kerana ia bukan sahaja perkongsian suami isteri tetapi juga adalah komunikasi intim yang tidak anda alami dengan orang lain. Namun ada sesetengah pasangan yang mengalami hubungan kelamin sakit. Mengapa ya? 

    Oleh itu, jika anda sedang mencari penyelesaian bagi masalah ini, ketahulah meklumat berikut.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Seksual, sila dapatkannya di sini.

    Punca kesakitan semasa hubungan kelamin

    Kekurangan pelincir

    pelincir seks

    Sesetengah wanita dilahirkan dengan faraj kering, menjadikannya sukar untuk melakukan hubungan kelamin secara normal. Jika anda tidak cukup pelincir semula jadi , penembusan akan menjadi menyakitkan.

    Tekanan dan ketegangan

    Tekanan dari sejuta kerja setiap hari akan membuat anda tertekan. Keletihan mungkin terasa sehingga ke waktu tidur. Dengan tekanan dan ketegangan hidup, anda mungkin tidak dapat menikmati keintiman dengan selesa. Oleh itu, kadangkala anda mengalami rasa sakit semasa hubungan kelamin.

    Jangkitan kelamin

    Terdapat pelbagai jenis jangkitan kelamin seperti herpes, dan trichomoniasis. Jangkitan ini mungkin menyebabkan perubahan dalam vulva dan vagina yang menyumbang kepada rasa sakit semasa hubungan kelamin dan membuat hubungan kelamin tidak menyeronokkan.

    Endometriosis

    ‘Secondary Dysmenorrhea’ Bukan Senggugut Biasa - endometriosis

    Kira-kira 7% daripada wanita mengalami endometriosis. Dalam keadaan ini, tisu lapisan dalam rahim ditemui pada bahagian lain. Oleh itu, ia akan menyebabkan kesakitan semasa hubungan kelamin.

    Menopaus

    Dalam tempoh menopaus atau selepas menopaus tamat, faraj dan vulva mungkin bertambah sensitif. Oleh itu, mempunyai hubungan kelamin semasa waktu ini mungkin menyakitkan.

    Sindrom Usus Iritabel

    Jika anda mempunyai simptom biasa IBS; tempoh kekejangan usus, dan sembelit bermusim, dan / atau cirit-birit, rasa sakit ketika melakukan hubungan kelamin tidak dapat dielakkan.

    Rawatan

    Jika anda kekurangan pelincir, cari pelincir yang sesuai. Gunakannya dari awal hubungan supaya anda boleh mengelakkan kesakitan semasa hubungan kelamin. Penggunaan dari  permulaan juga mengelakkan keperluan pelincir ketika sedang klimaks, yang boleh merosakkan waktu intim tersebut.

    Jika anda mengalami tekanan atau ketegangan, cuba beberapa kelas yoga untuk menghilangkan kekusutan fikiran anda.

    Jika anda mendapat jangkitan kelamin, anda perlu menghubungi doktor dan menjalani ujian yang sesuai.

    jika anda mengalami endometriosis, anda mungkin perlu menjalani pembedahan laparoskopi. Rawatan yng terbaik adalah berjumpa dengan doktor dahulu.

    Hubungan kelamin menyumbang  kepada kebahagiaan perkahwinan. Jika anda masih berasa sakit semasa melakukan hubungan kelamin dengan pasangan anda, anda perlu mengikuti langkah-langkah di atas atau dapatkan nasihat daripada pakar.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 28/04/2021

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan