Jika anda kekurangan pelincir, cari pelincir yang sesuai. Gunakannya dari awal hubungan supaya anda boleh mengelakkan kesakitan semasa hubungan kelamin. Penggunaan dari permulaan juga mengelakkan keperluan pelincir ketika sedang klimaks, yang boleh merosakkan waktu intim tersebut.
Jika anda mengalami tekanan atau ketegangan, cuba beberapa kelas yoga untuk menghilangkan kekusutan fikiran anda.
Jika anda mendapat jangkitan kelamin, anda perlu menghubungi doktor dan menjalani ujian yang sesuai.
jika anda mengalami endometriosis, anda mungkin perlu menjalani pembedahan laparoskopi. Rawatan yng terbaik adalah berjumpa dengan doktor dahulu.
Hubungan kelamin menyumbang kepada kebahagiaan perkahwinan. Jika anda masih berasa sakit semasa melakukan hubungan kelamin dengan pasangan anda, anda perlu mengikuti langkah-langkah di atas atau dapatkan nasihat daripada pakar.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen