Anemia: Risiko Tinggi Pada Vegetarian

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Selain vegetarian, terdapat sesetengah orang yang tidak memakan daging atau produk haiwan seperti susu, keju, dan telur dengan pelbagai alasan. Namun sebenarnya ia boleh meningktkan risiko anemia, keadaan yang berisiko serius yang mana tubuh tidak dapat membuat sel darah merah yang mengandungi oksigen dengan mencukupi.

Bagi vegetarian, mengelakkan daging daripada menu hidangan menyebabkan anemia akibat kekurang zat besi. Sementara itu, bagi vegan, yang menghindari semua produk haiwan termasuk susu, telur dan bahkan madu, menyebabkan anemia akibat kekurangan vitamin B12.

Oleh itu, bagi anda yang mengamalkan diet vegetarian atau vegan, dapatkan diet yang seimbang dengan mendapatkan zat besi dan vitamin B12 yang diperlukan daripada sumber lain bagi mencegah anemia.

Anemia dan kekurangan zat besi

Punca paling umum anemia adalah kekurangan zat besi. Keadaan ini bermakna bahawa anda tidak mendapatkan zat besi yang mencukupi dalam diet anda. Zat besi diperlukan untuk membawa oksigen ke dalam hemoglobin sel darah merah. Sel-sel ini akan membawa oksigen ke keseluruhan tubuh anda dan memberikan anda tenaga. Kepenatan adalah simptom yang paling umum daripada anemia. Tetapi ramai yang tidak menyedari bahawa mereka memilikinya.

Berikut kandungan zat besi yang diperlukan oleh tubuh seseorang pada setiap hari:

  • Perempuan berusia 14-18 tahun: 15 miligram (mg)
  • Perempuan berusia 19-50 tahun: 18 mg
  • Wanita berusia 51 tahun dan ke atas: 8 mg
  • Lelaki berusia 14- 18 tahun: 11 mg
  • Lelaki berusia 19 tahun dan ke atas: 8 mg

Beberapa makanan yang boleh dimakan oleh vegetarian bagi meningkatkan zat besi dalam diet mereka adalah:

  • Sayuran berdaun hijau
  • Bijirin
  • Biji-bijian
  • Beras atau pasta
  • Biji labu
  • Jus prune
  • Buah kering, terutama kismis

Adalah dicadangkan untuk menggbungkan pengambilan zat besi dengan makanan yang tinggi vitamin C kerana ia vitamin C membantu penggunaan zat besidalam tubuh anda. Sebagai contoh, anda boleh memakan salad bayam dengan oren atau segelas jus oren dengan bijirin pada setiap pagi.

Multivitamin juga mengandungi zat besi, terutama yang dilabelkan untuk wanita di bawah umur 50 tahun. Bagaimanapun, anda perlu berbincang dengan doktor terlebih dahulu sebelum mengambil apa-apa suplemen.

Anemia dan kekurangan vitamin B12

Anemia ini juga dikenali sebagai anemia pernisius. Anemia jenis ini adalah disebabkan oleh kekurangan vitamin B12 dalam diet anda. Vitamin B ini memainkan peranan penting dalam mebuat sel darah merah. Vitamin ini terdapat dalam dagingn atau produk haiwan, dan disebakan itu vegan perlu mencari sumber lain untuk memasukkannya ke dalam diet. Vegetarian yang memakan telur dan susu biasanya mendapat vitamin B12 yang mencukupi daripada sumber itu.

Ketika membaca label pada bungkusan, cuba untuk mencari makanan yang diperkaya dengan vitamin B12. Berikut adalah beberapa contoh makanan yang mengandungi vitmain B12:

  • Beras atau susu soya
  • Bijirin atau produk biji-bijan
  • Sumber penggantu daging (semak label untuk vitamin B12)
  • Suplemen makanan seperti yang dilabelkan sebagai B-Kompleks
  • Yis pemakanan

Jika anda ingin menggunakan suplemen, beberapa perkara perlu diingatkan. Contohnya, mengetahui bahawa tubuh yang sihat tidak mudah menyerap semua suplemen vitamin B12. Berbincangan dengan doktor untuk mendapatkan jumlah vitamin B12 tambahan yang diperlukan tubuh anda.

Bagaimanapun, sama ada memilih pola pemakanan vegetarian atau vegan, anda perlu belajar cara untuk membuat keseimbangan yang sihat dengan pengambilan zat besi dan vitamin B12 yang mencukupi untuk mencegah anemia dan memberikan anda banyak tenaga.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Rujukan
Anda mungkin berminat dengan artikel berikut