backup og meta

Aktiviti Sukan Kurangkan Kemurungan dalam Kalangan Kanak-kanak

Fakta Disemak oleh Dr. Shelby


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 09/07/2020

    Aktiviti Sukan Kurangkan Kemurungan dalam Kalangan Kanak-kanak

    Kemurungan dalam kalangan individu dewasa telah lama dikaitkan dengan pengecutan hippocampus, bahagian otak yang memainkan peranan penting berkaitan memori dan respon terhadap stres. Bagaimana pula dengan keadaan kemurungan dalam kalangan kanak-kanak? Satu penyelidikan daripada Washington University in St. Louis telah menemui perhubungan diantara penyertaan dalam sukan-sukan berkumpulan dengan jumlah hippocampal yang lebih besar dalam kalangan kanak-kanak yang menyebabkan kurangnya kemurungan dalam kalangan mereka yang berumur diantara 9 hingga 11 tahun.

    Lisa Graham, pengarang utama bagi kajian ini dan seorang senior yang terlibat dalam pengkhususan neurosains kognitif di Arts & Sciences universiti tersebut memberitahu, kajian tersebut amat penting kerana ia membantu memperjelaskan hubungan diantara penglibatan dalam sukan, jumlah bahagian otak yang tertentu dan simptom kemurungan dalam kalangan kanak-kanak seawal umur 9 tahun. Beliau turut menambah, penglibatan dalam aktiviti sukan dan bukannya aktiviti bukan berbentuk sukan seperti musik dan seni, berkait rapat dengan jumlah hippocampal yang lebih besar dalam kalangan kanak-kanak lelaki dan perempuan dan berkaitan dengan pengurangan kemurungan dalam kalangan kanak-kanak lelaki. Beliau turut menyatakan bahawa hasil kajian ini boleh mencetuskan usaha kerja baharu berkenaan pencegahan dan perawatan risiko kemurungan dalam kalangan kanak-kanak.

    Deanna Barch, ketua Jabatan Sains Psikologi & Otak di Arts & Sciences dan Profesor Psikiatri di Washington University School of Medicine in St. Louis berkata, hasil kajian tersebut memberikan kebarangkalian yang agak menarik apabila terdapat manfaat tambahan pasukan atau komponen berstruktur sukan tersebut, seperti interaksi sosial atau keteraturan yang diberikan daripada aktiviti-aktiviti ini. Sementara kajian-kajian lain telah menunjukkan kesan aktiviti senaman dan sukan keatas kemurungan dan kaitannya dengan jumlah hippocampal dalam kalangan orang dewasa, kajian ini pula merupakan antara yang pertama yang menunjukkan bahawa penyertaan dalam sukan berkumpulan mempunyai kesan anti-kemurungan yang sama dalam kalangan kanak-kanak pra-remaja.

    Selain itu, Cameron Carter, editor Biological Psychiatry: Cognitive Neuroscience and Neuroimaging dan profesor psikiatri dan psikologi di University of California, Davis turut memberikan pendapat bahawa hasil kajian yang menarik ini memberikan petunjuk penting mengenai bagaimana manfaat sukan memberi manfaat kepada kanak-kanak dan mendedahkan peranan penting yang dimainkan oleh jantina dalam kesan ini.

    Kajian ini melibatkan sampel daripada seluruh Amerika Syarikat, dengan jumlah sampel seramai 4,191 kanak-kanak yang berumur daripada 9 hingga 11 tahun yang diperoleh daripada Adolescent Brain and Cognitive Development Study. Ibu bapa memberikan maklumat berkenaan penyertaan anak-anak mereka dalam aktiviti sukan dan aktiviti-aktiviti lain dan simptom kemurungan. Imbasan otak kanak-kanak turut menyediakan data berkenaan jumlah hippocampal dua hala.

    Hasil kajian ini yang jelas menunjukkan kesan sukan berkumpulan keatas perkembangan otak dan mood, dan ini memberikan sokongan kuat untuk menggalakkan kanak-kanak untuk menyertai sukan berstruktur yang memberikan manfaat bukan sahaja daripada aspek fizikal, malah mental dan interaksi sosial.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Fakta Disemak oleh

    Dr. Shelby


    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 09/07/2020

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan