backup og meta

Adakah Teh Menyebabkan Ketagihan?

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 13/05/2022

    Adakah Teh Menyebabkan Ketagihan?

    Menurut The Tea Association of the USA., Inc, manusia mengambil teh lebih banyak berbanding minuman lain. Walaupun teh mempunyai beberapa faedah, jumlah besar kafein di dalam teh mungkin tidak benar-benar baik untuk kesihatan anda. Berdasarkan cara dan berapa kerap anda minum teh, jenis kafein ini boleh membawa banyak kesan positif atau negatif. Dalam jumlah yang sederhana, teh boleh membuatkan fikiran anda sedar dan memberikan lebih tumpuan serta menambah tenaga anda. Sebaliknya, jika anda minum teh terlalu kerap atau dalam kuantiti yang luar biasa untuk masa yang lama, anda mungkin menjadi ketagih kepada kafein.

    Ketagihan Kafein

    Kafein adalah perangsang kepada sistem saraf pusat, dan penggunaan kafein yang teratur tidak menyebabkan pergantungan fizikal yang sederhana. Kafein dalam teh tidak memberikan risiko terhadap fizikal anda seperti yang berlaku kepada kepada ketagihan dadah. Walau bagaimanapun, sebaik sahaja anda ketagih kafein secara fizikal, anda mungkin perasan bahawa pergantungan kepada kafein adalah tidak begitu ketara. Badan anda sudah terbiasa dengan kafein di dalam sistem anda. Oleh itu, badan anda akan sentiasa meminta anda untuk mengambil lebih banyak untuk mendapatkan kesannya, seperti kecerdasan atau tenaga, yang anda rasakan sebelum ini.

    Penagih boleh mengalami insomnia jika minum teh terlalu banyak kurang daripada 6 jam sebelum tidur. Di samping itu, orang yang lebih sensitif mungkin bukan sahaja sukar untuk tidur tetapi juga mempunyai kesan sampingan kafein seperti cemas dan gangguan gastrousus.

    Penarikan

    Jika anda berhenti mengambil kafein secara tiba-tiba, badan anda akan “kehilangan” jumlah biasa kafein. Maka ia boleh membuat anda berasa tidak senang dalam beberapa hari dengan simptom tertentu. Simptom penarikan kafein termasuk:

    • Sakit kepala.
    • Keletihan.
    • Kebimbangan.
    • Cepat marah.
    • Kemurungan.
    • Tidak boleh fokus.
    • Sakit otot.

    Simptom penarikan ini tidaklah serius seperti ketagihan dadah atau alkohol. Ia biasanya akan hilang dengan serta-merta selepas anda terus minum teh dalam jumlah yang sama atau lebih dari sebelum ini.

    Pencegahan

    Untuk mengelakkan diri daripada ketagih kafein dalam teh, anda boleh mengikuti beberapa cadangan berikut:

  • Turunkan jumlah kafein yang anda
  • ambil. Anda boleh mengurangkan jumlah kafein dalam teh anda dengan menggunakan satu beg teh untuk 3-4 kali, memendekkan tempoh masa anda membancuh teh dan menurunkan suhu air teh anda.

    • Minum teh hijau, putih, oolong atau herba

    Teh hitam mengandungi banyak kafein. Jadi, anda perlu menukar tabiat anda dengan mencuba teh hijau, putih, oolong atau herba.

    • Cuba minuman yang telah dibuang kafein atau bebas kafein

    Daripada meminum minuman berkafein, anda boleh berfikir tentang beberapa alternatif lain seperti minuman yang telah dibuang kafein atau bebas kafein.

    • Elakkan meminum teh berkafein tinggi terlalu kerap.
    • Perlahan-lahan mengurangkan pengambilan kafein anda

    Jangan berhenti mengambil teh serta merta. Ia boleh menyebabkan beberapa simptom yang tidak dijangka. Cuba berhenti secara perlahan-lahan. Ia boleh membantu anda mengelakkan simptom yang teruk.

    Seperti kopi, teh dipilih sebagai minuman untuk mengecas tenaga anda dan membuat fikiran anda fokus serta-merta. Walau bagaimanapun anda perlu ingat untuk minum secara sederhana atau anda boleh menjadi ketagih kepada teh dan mengalami banyak kesan sampingan kafein.

     

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 13/05/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan