95% Masyarakat Tidak Sedar Dijangkiti Hepatitis C

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Hepatitis C adalah sejenis keradangan hati yang disebabkan oleh virus Hepatitis C (HCV) dan boleh membawa kepada komplikasi seperti sirosis dan kanser hati jika tidak dirawat.

Di Malaysia, terdapat lebih kurang 380,000 orang yang menghidapi Hepatitis C dan kebanyakan daripada mereka tidak sedar mereka dijangkiti. Malah, terdapat lebih kurang 70 juta orang yang menghidapi Hepatitis C di seluruh dunia.

Manakala 80% kematian akibat kanser hati adalah disebabkan Hepatitis B dan C. Jumlah kematian akibat hepatitis kini melebihi penyakit kronik berjangkit lain seperti human imunodeficiency virus (HIV) dan batuk kering (tuberculosis, TB).

Presiden Hepatitis Free Malaysia (HFM) dan Perunding Hepatologi Pusat Perubatan Universiti Malaya (UM) Profesor Dr Rosmawati Mohamed berkata, kanser hati adalah antara penyebab utama peningkatan kadar kematian kes Hepatitis C di seluruh dunia, dipacu oleh epidemik Hepatitis C dan juga peningkatan umur mereka yang tidak sedar mereka berjangkit.

“Mereka yang dijangkiti HCV tidak akan mengalami sebarang simptom sehingga penyakit telah mencapai tahap lanjut dan ini menyukarkan usaha pengesanan awal dan rawatan segera bagi menghalang penularannya.

“HCV tidak mempunyai sebarang vaksin seperti Hepatitis B yang sudah menunjukkan penurunan ketara jangkitan. Oleh itu, masyarakat digesa untuk mendapatkan ujian darah bagi mengesahkan jangkitan Hepatitis C melalui ujian darah,” katanya pada Pelancaran Kempen “How’s Your Blood?” di Sunway Pyramid. 

Berdasarkan kajian diterbitkan pada 2017 daripada Global Burden of Disease Study, jumlah kes baru janser hati telah meningkat sebanyak 75% di antara tahun 1990 hingga 2015. Malah, kini ia merupakan penyebab kematian akibat kanser yang kedua tertinggi di seluruh dunia.

Hepatitis C lazimnya berjangkit melalui jangkitan darah. Mereka yang menerima transfusi darah atau produk darah yang tidak melalui ujian saringan sebelum tahun 1994 berisiko mendapat HCV. 

isiko lainnya adalah membuat tindikan badan atau tatu dengan peralatan yang tidak disteril, pengkongsian jarum semasa menyuntik dadah dan menjalani hemodialisis.

HCV tidak boleh disebarkan melalui susu ibu, makanan, air atau sentuhan dan perkongsian makanan atau minuman dengan orang yang terjangkit.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Ingin menjalani kehidupan yang lebih sihat?
Dapatkan tips dan informasi kesihatan serta gaya hidup sihat terus ke email anda.
Artikel yang Sama
kadar survival
Belajar Mengenainya
Kadar Survival Untuk Kanser Hati
planning-advanced-cancer
Bantu Pesakit, Menghadapi Penyakit Ini
Kanser Tahap Akhir: Bagaimana Menghadapinya
Belajar Mengenainya
Benarkah Hepatitis Toksik Tidak Boleh Dicegah?
Belajar Mengenainya
Mengenai Hepatitis A Yang Patut Anda Tahu
Anda mungkin berminat dengan artikel berikut