8 Punca Rendah Libido Dalam Kalangan Lelaki

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Update Date November 28, 2019

Mempunyai libido yang rendah merujuk kepada situasi di mana seseorang itu mengalami ketandusan keinginan untuk melakukan seks atau nafsu berahi. lazimnya, libido ini dipengaruhi oleh kombinasi faktor biologi, peribadi dan hubungan sesorang. Tahap libido seseorang adalah berbeza antara satu sama lain. Bagaimanapun, jika paras libido seseorang itu kekal rendah dalam jangka masa yang lama, ianya boleh mempengaruhi aspek peribadi kehidupan seseorang. Berikut adalah 8 punca rendah libido dalam kalangan lelaki.

Testosteron rendah

Testosteron adalah hormon lelaki yang membantu membina otot, jisim tulang dan juga merangsang penghasilan sperma. Justeru, paras testosteron mempengaruhi nafsu berahi dan libido seseorang. Seseorang yang mempunyai paras testosteron yang lebih rendah daripada 300 hingga 350 nanogram per deciliter (ng/dL) mengalami keinginan seks yang rendah dan dikira sebagai menghidap masalah. Kebanyakkan punca testosteron rendah adalah disebabkan penuaan. Dalam situasi ini, berjumpalah dengan doktor anda untuk menentukan rawatan atau makanan tambahan yang sesuai untuk anda.

Kemurungan

Kemurungan adalah keadaan psikologi di mana hampir semua orang pernah melaluinya pada satu fasa dalam kehidupan mereka. Menghidap kemurungan membawa kepada penurunan keseluruhan paras tenaga dalam badan dan minda seseorang sekaligus menjadi punca rendah libido kepada kaum lelaki yang menghidapnya. Selain itu, sesetengah ubat antikemurungan, khususnya ubat penghalang pengambilan semula Serotonin (SSRI), berupaya untuk menjadi punca rendah libido kerana itu adalah kesan sampingannya.

Alkohol atau Ubat-ubatan 

Seperti yang telah disebut di atas, ubat-ubatan berupaya untuk mengakibatkan masalah rendah libido kerana halangan kepada penghasilan hormon testosteron. Pengambilan alkohol yang tinggi berupaya untuk mengakibatkan kurangnya keinginan terhadap seks selain membawa kepada masalah kepada sistem saraf.

Stres

Stres mempengaruhi pelbagai hormon dalam badan manusia. Stres juga mengakibatkan rembesan hormon adrenalin dan kortisol, yang berupaya untuk menghadkan aliran darah dengan cara mengecilkan saluran darah sekaligu membawa kepada masalah disfungsi ereksi. Secara tak langsung, ia boleh membawa kepada masalah prestasi seks dan menjadi puna rendah libido.

Tidak cukup tidur 

Tidur yang mencukupi adalah penting bukan sahaja untuk memastikan badan anda sihat, malah ianya dapat memastikan paras libido anda berada pada tahap yang aktif. Tidak cukup tidur boleh meningkatkan hormon kortisol yang akhirnya membawa kepada masalah rendah libido.

Masalah Disfungsi Ereksi

Disfungsi ereksi boleh mempengaruhi keyakinan seorang lelaki. Untuk mereka yang pernah mengalami masalah ereksi disfungsi, mereka mungkin dihantui oleh ketakutan bahawa masalah tersebut akan berlaku semula, membawa kepada penurunan libido mereka.

Kurangnya penghargaan diri

Penghargaan diri seseorang itu berkait secara langsung dengan keyakinan mereka, menyebabkan mereka melihat diri mereka sebagai lebih seksi atau lebih menarik. Justeru, seseorang yang mempunyai tahap penghargaan diri yang rendah akan mempunyai keinginan seks yang rendah juga.

Kesan sampingan ubat-ubatan 

Sesetengah ubat-ubatan seperti ubat untuk tekanan darah tinggi mampu untuk mempengaruhi, secara negatif, prestasi seksual seseorang khususnya berkaitan dengan ereksi dan juga ejakulasi. Ini disebabkan oleh penurunan paras testosteron yang mampu menjadi punca rendah libido kepada kaum lelaki.

Sekiranya anda mendapati diri anda mengalami simptom-simptom di atas dan terkesan dengan masalah rendah libido, berhubung dengan doktor anda untuk mendapatkan penilaian yang menyeluruh dan rawatan yang bersesuaian. Rawatan bagi masalah libido boleh melibatkan rawatan semula jadi mahupun ubat-ubatan.

Hello Health Group tidak memberi nasihat perubatan, diagnosis mahupun rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Hari-hari Mahu, Patutlah Pasangan Selalu Ajak Buat ‘Projek’, Tak Sangka Ini Manfaatnya!

    Pasangan suami isteri sebenarnya perlu cuba untuk melakukan jimak setiap hari jika mampu. Kenapa? Klik untuk tahu dengan lebih lanjut!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Ahmad Farid

    JANGAN Basuh Vagina Dengan Sabun, Ada Cara Yang Lagi Selamat Nak Bersihkan Miss V

    Penjagaan faraj perkara penting perlu dititikberatkan oleh wanita. Adakah anda tahu cara membersihkan miss v yang betul atau anda main buat sahaja?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa

    Anda Sudah Hilang Minat Dengan Seks? AWAS, Ia Mungkin Tanda Penyakit Ini!

    Ada individu yang tidak berminat langsung untuk berhubungan intim walaupun bersama pasangan tercinta. Kenapa? Klik artikel untuk tahu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid

    Kenapa Wanita Mengerang Semasa Berhubungan Intim? Ia Bukan Sekadar Tanda Bahagia…

    Adalah normal untuk wanita mengerang semasa berhubungan intim. Pun begitu, pernahkah anda terfikir apa sebab ia berlaku? Klik artikel untuk tahu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid

    Artikel lain untuk anda

    cara mengatasi tekanan perasaan

    7 Cara Bagaimana Seks Membantu Legakan Tekanan Perasaan, #5 Memang Power!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada Mei 21, 2020
    kesan melancap

    Kerap Ejakulasi Pun Bahaya Buat Lelaki, Lagi-lagi Jika Selalu Pancut Disebabkan Onani

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada Mei 21, 2020
    hubungan seks

    Sudah Lama Tak Sentuh Pasangan? Ini 11 PUNCA UTAMA Buat Anda Hilang Minat Bersetubuh Dengan Si Dia

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada Mei 20, 2020
    bersama suami selepas bersalin

    Bersediakah Anda Untuk Berasmara Selepas C-Sec? Ada 7 Perkara Perlu WASPADA

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada Mei 19, 2020