Malaysia tidak terkecuali dalam masalah kesihatan mental, bahkan angkanya semakin bertambah dari tahun ke tahun. Pencegahan perlu dipergiatkan melalui pembaikan ekonomi dan sistem pendidikan serta kesedaran terhadap bahaya penyakit mental dalam kalangan masyarakat, khsuusnya kanak-kanak dan remaja.

Untuk memahami sejauh mana kesihatan mental menjejaskan rakyat Malaysia, lihat 7 statistik berikut mengenai kesihatan mental di Malaysia.

1. Jumlah keseluruhan

Jumlah keseluruhan adalah penghidap penyakit mental di Malaysia ialah 11.2 peratus. Ini bersamaan sekitar 3.3 juta dari keseluruhan 30 juta rakyat Malaysia. Bangsa Cina mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 31.1 peratus.

2. Jantina

Wanita lebih ramai mengalami penyakit mental iaitu sebanyak 55 peratus berbanding lelaki sebanyak 45 peratus.

3. Penempatan

Dari segi penempatan pula, penduduk bandar lebih banyak terjejas iaitu sebanyak 12.6 peratus berbanding luar bandar sebanyak 8.5 peratus. Faktor-faktor seperti tekanan kerja dan beban ekonomi banyak menyumbang kepada masalah kesihatan mental dalam kalangan penduduk di bandar.

4. Tahap pendidikan

Masalah kesihatan mental lebih tinggi dalam kalangan mereka yang tidak berpendidikan atau berpendidikan rendah iaitu sebanyak 15 hingga 16 peratus.

5. Status perkahwinan

Statistik menunjukkan bahawa golongan yang paling tinggi mengalami masalah kesihatan mental ialah mereka yang bercerai (13.6 peratus), diikuti dengan bujang (13.1 peratus), balu (12.2 peratus) dan paling rendah ialah mereka yang berkahwin (10.5 peratus).

6. Pemikiran untuk membunuh diri

Peratusan keseluruhan yang mempunyai pemikiran untuk membunuh diri dalam kalangan pesakit mental ialah sebanyak 6.4 peratus. Kadar tertinggi melibatkan remaja dan peringkat awal dewasa berumur antara 16 hingga 24 tahun iaitu 11 peratus.

7. Gangguan tidur (insomnia)

Mereka yang mengalami insomnia adalah sebanyak 14 peratus dengan golongan paling banyak terkesan adalah warga emas berumur antara 70 hingga 74 iaitu sebanyak 20 peratus.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Rujukan
Ingin menjalani kehidupan yang lebih sihat?
Dapatkan tips dan informasi kesihatan serta gaya hidup sihat terus ke email anda
Anda mungkin berminat dengan artikel berikut