backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Elak Sakit Semasa Seks, Jadi Guna Pelincir Faraj? MESTI Patuhi 6 Hal Ini Dulu!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 12/12/2023

    Elak Sakit Semasa Seks, Jadi Guna Pelincir Faraj? MESTI Patuhi 6 Hal Ini Dulu!

    Pelincir untuk wanita atau pelincir seks berfungsi sebagai bahan bantuan untuk hubungan kelamin yang selesa dan lancar, terutamanya kepada wanita yang mempunyai vagina yang kering atau tidak cukup lembap secara semula jadi apabila terangsang.

    Selain itu, jika anda menggunakan kondom untuk mengelakkan penyakit kelamin, lube atau pelincir boleh menjadikan hubungan kelamin lebih mudah dan lebih menyenangkan.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Kesihatan Wanita, anda boleh klik di sini.

    Bagaimana pelincir untuk wanita berfungsi?

    Pelincir datang dalam bentuk gel atau cecair dan digunakan pada vagina dan vulva, atau pada zakar, sebelum bersetubuh.

    Selepas disapukan, pelincir diserap ke dalam kulit. Terdapat tiga jenis pelincir sama ada berasaskan air, minyak dan silikon.

    Pelincir berasaskan silikon sesuai untuk kebanyakan keadaan sementara jenis berasaskan minyak mungkin tidak berkesan apabila menggunakan kondom.

    Apakah terdapat alternatif untuk pelincir seks?

    Kadangkala, ada yang menggunakan alternatif lain apabila tidak mempunyai pelincir. Minyak urut, minyak bayi atau minyak semula jadi (zaitun atau kelapa) adalah produk alternatif yang biasa digunakan.

    Walau bagaimanapun, pelincir tidak boleh digantikan dengan produk ini. Alternatif tersebut boleh merosakkan kondom yang longgar.

    Selain itu, produk alternatif yang tidak sesuai boleh menyebabkan risiko jangkitan vagina.

    Walau bagaimanapun, dalam beberapa kes, vitamin E atau gel lidah buaya boleh digunakan jika sesuai dengan kondom lateks.

    Adakah pelincir untuk wanita komersial menyebabkan kerengsaan atau alahan?

    pelincir untuk wanita

    Pelincir untuk wanita komersial kebiasaannya mengandungi benzocaine, anestetik, capsaicin dan mentol. Bahan-bahan ini boleh menyebabkan kerengsaan atau alahan kepada pengguna.

    Selain itu, pelincir yang wangi atau berperisa boleh menyebabkan tindak balas alahan kepada pengguna dengan kulit sensitif.

    Komponen paraben (disenaraikan sebagai metil, butil, etil, dan propyl-paraben) juga boleh menyebabkan keradangan.

    Apakah itu pelincir semula jadi?

    Pelincir semula jadi disyorkan bagi mereka yang mempunyai alahan dengan bahan kimia dalam pelincir komersial.

    Produk semula jadi mengandungi vitamin E atau lidah buaya dan mampu bertahan semasa hubungan kelamin.

    Di antara semua pelincir semula jadi, lidah buaya paling disarankan kerana ia jarang menyebabkan sebarang reaksi alahan.

    Di samping itu, apabila menggunakan produk semula jadi, pengguna harus membaca maklumat produk untuk memastikan ia boleh digunakan dengan kondom lateks.

    Apakah risiko penggunaan pelincir untuk wanita dengan spermisid?

    pelincir untuk wanita

    Untuk mengelakkan kehamilan yang tidak dirancang, pelincir wanita dalam versi yang mengandungi spermisid (bahan mematikan sperma) merupakan pilihan terbaik.

    Walau bagaimanapun, spermisid diperbuat daripada nonoxynol-9, yang boleh menyebabkan kerengsaan dan ketidakselesaan.

    Selain itu, spermisid boleh meningkatkan risiko penyakit kelamin dengan menyebabkan kerengsaan dan luka pada kulit.

    Oleh itu, kondom dan pelincir biasa adalah pilihan terbaik untuk mengelakkan kehamilan yang tidak dirancang dan penyakit kelamin.

    Apakah itu pelincir berperisa?

    Sama seperti kondom berperisa, pelincir seks berperisa disarankan oleh ramai orang untuk menjadikan seks oral lebih menyeronokkan.

    Sesetengah wanita takut menghadapi seks oral kerana rasa malu pada bau vagina mereka. Dalam keadaan ini, pelincir berperisa dapat membantu.

    Walau bagaimanapun, cuba dahulu rasa pelincir tersebut untuk mengelakkan rasa yang pelik seperti perasa durian.

    Selain itu, mereka yang mengalami diabetes perlu berhati-hati dengan pelincir dengan formulasi yang mengandungi gula.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Muhamad Firdaus Rahim

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 12/12/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan