backup og meta

5 Salah Faham Berkenaan Tekanan Darah Tinggi

Disemak secara perubatan oleh Prof Madya Dr Norsham Juliana Nordin · Kardiologi · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 09/11/2021

    5 Salah Faham Berkenaan Tekanan Darah Tinggi

    Mengalami tekanan darah tinggi kadangkala agak sukar dikawal. Anda mungkin berasa sihat tetapi sebenarnya tekanan darah tinggi anda sedang merosakkan badan anda. Tekanan darah tinggi kebiasaannya tidak menunjukkan sebarang simptom dan tidak dapat dikesan untuk bertahun-tahun. Sekiranya ia tidak dirawat, tekanan darah tinggi anda boleh menyebabkan masalah yang serius seperti strok dan penyakit jantung. Sekiranya doktor hanya mendiagnosis tekanan darah tinggi, juga dikenali sebagai hipertensi, anda boleh bermula sedikit sebanyak untuk mengetahui berkenaan realiti penyakit ini. Berikut adalah 5 perkara yang sering disalah anggap oleh sebilangan besar individu berkenaan tekanan darah tinggi.

    Salah faham 1: Tekanan darah tinggi bukanlah satu masalah besar

    Apabila sebarang gejala tidak menunjukkan kehadirannya, anda mungkin merasa tidak ada yang salah dengan kesihatan anda. Inilah sebabnya mengapa tekanan darah tinggi juga dikenali sebagai “pembunuh senyap.” Tekanan darah tinggi boleh menyebabkan kerosakan pada saluran darah, buah pinggang, jantung dan organ-organ lain dalam tubuh anda.

    Biasanya, jantung anda berdegup secara berkala untuk mengepam darah melalui saluran darah untuk menyampaikan oksigen dan nutrien ke seluruh badan anda. Apabila darah ditekan ke dinding salur darah anda, saluran darah akan menjadi lebar atau sempit untuk memastikan darah mengalir dengan baik. Apabila anda mempunyai tekanan darah tinggi, daya yang menolak darah terhadap saluran darah terlalu tinggi.

    Tekanan darah tinggi mungkin tidak terasa seperti masalah besar tetapi pakar perubatan bersetuju bahawa ia adalah masalah yang sangat besar. Adalah penting untuk mengesan tekanan darah tinggi pada peringkat awal untuk mendapatkan rawatan yang diperlukan dan mencegah komplikasi yang serius.

    Salah faham 2: Tekanan darah tinggi tidak boleh dicegah

    Anda mungkin mempunyai ahli keluarga yang mempunyai hipertensi atau pada usia yang memberikan risiko yang lebih besar. Jika anda mempunyai banyak faktor risiko untuk mempunyai tekanan darah tinggi, anda mungkin terfikir bahawa anda tidak boleh terlepas daripada menghidap tekanan darah tinggi.

    Walaupun anda mempunyai banyak faktor risiko, masih terdapat banyak cara untuk anda mengelakkan diri daripada mempunyai tekanan darah tinggi. Berikut adalah beberapa perkara yang boleh anda lakukan:

    • Mengekalkan berat badan yang sihat. Apabila anda makan dengan betul dan bersenam secara teratur, mengekalkan berat badan yang sihat bukanlah sesuatu yang sukar.
    • Makan makanan yang sihat. Ini termasuklah makan dengan jumlah makanan yang diperlukan oleh tubuh anda dan memilih makanan yang tinggi dengan nutrien dan rendah lemak, gula, dan garam.
    • Hadkan pengambilan garam anda. Kebanyakan sodium yang terdapat dalam diet anda adalah dalam bentuk garam. Ia mungkin garam yang anda masukkan ke dalam makanan atau garam yang terdapat dalam makanan yang telah diproses. Adalah lebih baik sekiranya anda memasak dirumah dimana anda boleh mengawal kadar garam dalam makanan dan masakan anda.
    • Hadkan pengambilan alkohol anda: Hadkan bilangan pengambilan hidangan alkohol yang anda minum setiap hari.
    • Jangan merokok. Jangan merokok, dan minimumkan pendedahan anda terhadap asap rokok.
    • Bersenam secara teratur. Anda perlu bersenam sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari, sekurang-kurangnya lima hari seminggu. Senaman melegakan stres dan membantu anda mengawal berat badan anda.
    • Menguruskan stres anda. Tubuh anda bertindak balas dengan stres dengan menghasilkan bahan kimia yang dapat membuat jantung anda berdegup dengan lebih cepat dan menyempitkan saluran darah anda, yang menyebabkan tekanan darah tinggi.

    Perubahan gaya hidup dan pengurusan stres adalah cara mudah untuk mencegah tekanan darah tinggi.

    Salah faham 3: Bacaan tekanan darah anda adalah normal selagimana salah satu nombor adalah normal

    Anda mungkin mendapati bahawa apabila doktor mengukur tekanan darah anda, bacaannya mengandungi dua nombor: nombor teratas dan nombor bawah. Nombor ini boleh mengelirukan. Nombor teratas, yang merupakan angka yang lebih tinggi, dipanggil tekanan darah sistolik anda. Nombor ini mengukur kekuatan darah yang mengalir melalui saluran darah anda setiap kali jantung anda berdegup. Berikut adalah maksud nombor sistolik anda:

    • 119 atau ke bawah adalah tekanan darah sistolik normal
    • 120-139 dianggap pra-hipertensi
    • 140 dan lebih besar adalah tekanan darah tinggi.

    Nombor bawah, yang merupakan angka yang lebih rendah, dipanggil tekanan darah diastolik. Nombor ini mengukur kekuatan darah yang mengalir melalui saluran darah anda apabila jantung anda sedang berehat, di antara degupan jantung. Berikut adalah maksud nombor diastolik:

    • 79 atau ke bawah adalah tekanan darah diastolik biasa
    • 80-89 dianggap pra-hipertensi
    • 90 dan lebih besar adalah hipertensi.

    Anda mungkin berfikir jika satu angka adalah normal maka tekanan darah tinggi anda adalah normal. Ini tidak benar. Kedua-dua nombor adalah sama pentingnya. Perlu diingat bahawa tekanan darah anda membaca perubahan sepanjang hari. Tekanan darah sistolik cenderung meningkat seiring dengan usia anda sementara tekanan darah diastolik berkurang. Jika setiap nombor secara konsisten lebih tinggi daripada biasa, maka anda perlu memberitahu doktor dengan segera. Anda boleh mencegah komplikasi apabila anda dapat merawat hipertensi anda lebih awal.

    Salah faham 4: Tekanan darah tinggi hanya dirawat dengan ubat

    Tekanan darah tinggi tidak hanya dirawat dengan ubat. Anda boleh membuat perubahan mudah dalam diet dan gaya hidup anda untuk mengurangkan tekanan darah anda. Terdapat banyak pilihan rawatan yang berbeza untuk tekanan darah tinggi. Dalam banyak kes, doktor mungkin mencadangkan gabungan pilihan ini untuk menyesuaikannya dengan keadaan anda. Pilihan rawatan anda mungkin termasuk perkara berikut:

    • Pelan diet DASH. The Dietary Approaches to Stop Hypertension (DASH) termasuklah dengan memakan bahan makanan yang kurang lemak dan makan lebih banyak buah-buahan segar, sayur-sayuran dan makanan berbijirin penuh. Pelan diet DASH juga mengehadkan penggunaan garam tanpa pengurangan rasa terhadap makanan. Anda juga harus mengehadkan jumlah alkohol dalam diet anda. Jumlah alkohol yang berlebihan boleh meningkatkan tekanan darah anda. Pakar mengesyorkan untuk tidak mengambil lebih daripada 2 minuman sehari untuk wanita dan kurang daripada 1 minuman sehari untuk lelaki.
    • Pengawalan Berat Badan. Seperti yang anda tahu, berat badan yang berlebihan atau obesiti boleh meningkatkan risiko tekanan darah tinggi anda. Anda harus bersenam dengan kerap semasa mengikuti pelan diet DASH untuk membantu menurunkan berat badan. Berbincang dengan doktor untuk mengetahui apakah berat sasaran anda untuk ketinggian anda.
    • Tidak merokok. Merokok boleh meningkatkan tekanan darah anda. Ia juga boleh menyebabkan kerosakan langsung ke jantung dan saluran darah anda. Jika anda seorang perokok, berbincang dengan doktor tentang cara-cara menghentikan tabiat merokok. Ia bukan sahaja akan mengurangkan tekanan darah tetapi akan meningkatkan kesihatan anda secara keseluruhan.
    • Terapi ubat. Doktor mungkin perlu memberi ubat untuk mengawal tekanan darah tinggi anda. Seringkali satu ubat mungkin tidak mencukupi untuk menurunkan tekanan darah anda. Anda mungkin memerlukan gabungan pelabagai ubat untuk menguruskan tekanan darah anda. Doktor akan memantau anda dengan teliti untuk mencari kombinasi yang betul yang berfungsi dengan kesan sampingan yang paling sedikit. Ubat yang digunakan untuk merawat tekanan darah tinggi termasuklah:
      • Diuretik, juga dikenali sebagai pil air, digunakan untuk mengurangkan lebihan cecair dalam badan anda dengan membantu badan anda menghilangkan sodium tambahan. Ia juga boleh menghilangkan toksin dalam badan.
      • ACE inhibitors, alpha-blockers, dan calcium channel blockers berfungsi dengan membuka saluran darah anda dan mengurangkan beban kerja di dalam hati anda.
      • Beta-blockers berfungsi dengan melambatkan kadar jantung anda untuk mengurangkan tekanan pada hati anda sambil menghalang pembuluh darah anda dari terkawal.

    Mencari kombinasi rawatan yang betul adalah sesuatu yang mencabar dan akan mengambil sedikit masa untuk mencari rawatan yang sesuai untuk anda. Maklumkan kepada doktor  bagaimana anda bertindak balas terhadap setiap rawatan. Adalah penting untuk mengetahui jika anda mengalami kesan sampingan agar doktor dapat menguruskan keadaan anda dengan lebih baik.

    Salah faham 5: Rawatan tekanan darah tinggi tidak berkesan

    Rawatan tekanan darah pertama anda tidak semestinya akan menjadi rawatan yang paling berkesan. Anda perlu mengetahui bahawa doktor akan mengubah rawatan anda beberapa kali sebelum mencari kombinasi yang betul dan yang paling berkesan. Berikut adalah beberapa tip untuk membantu anda memaksimumkan manfaat rawatan anda:

    • Semak tekanan darah anda seberapa kerap seperti yang disyorkan oleh doktor.
    • Ikuti pelan rawatan anda seperti yang diarahkan oleh doktor. Maklumkan kepada doktor dengan segera jika anda mengalami sebarang kesan sampingan atau mengalami masalah dengan rawatan anda.
    • Pastikan anda berjumpa doktor dengan kerap. Bawa buku catatan bacaan tekanan darah anda dan apa-apa nota berkenaan tindakbalas rawatan anda. Ini akan membantu perbincangan anda bersama doktor menjadi lebih berkesan dan anda akan mempunyai lebih banyak masa untuk bertanya.
    • Fahami ubat anda dengan bertanya kepada doktor atau ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut mengenai setiap ubat yang ditetapkan. Dengan mengetahui bagaimana ubat tersebut bertindak dan berfungsi dan apa kesan sampingan yang perlu dipantau, anda akan tahu bila anda perlu memaklumkannya kepada doktor sekiranya terdapat sebarang masalah.

    Mempelajari mengenai salah faham tekanan darah tinggi dapat membantu anda mengetahui kebenaran tentang tekanan darah tinggi. Dengan memahami lebih lanjut mengenai tekanan darah tinggi, anda dapat membuat keputusan kesihatan yang lebih baik dalam menguruskan keadaan anda.

     

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Prof Madya Dr Norsham Juliana Nordin

    Kardiologi · Hello Health Group


    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 09/11/2021

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan