backup og meta

Mengapa Anda Perlu Makan Secara Sihat? Ini Manfaatnya Untuk Mental Dan Fizikal Anda!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 10/02/2023

    Mengapa Anda Perlu Makan Secara Sihat? Ini Manfaatnya Untuk Mental Dan Fizikal Anda!

    Tahukah anda, ada banyak kelebihan makan secara sihat? Tidak dinafikan, kebaikan makanan seimbang mempunyai manfaatnya yang tersendiri.

    Sama jugalah dengan amalan melakukan habit atau tabiat yang sihat setiap hati. Kebanyakan orang tidak memberi perhatian terhadap tabiat mereka dan kesannya kepada kehidupan masing-masing.

    Sebagai contoh, tabiat buruk seperti merokok bukan sahaja boleh memudaratkan kesihatan, ia boleh menyebabkan penyakit kronik seperti  kanser paru-paru.

    Manakala, tabiat yang sihat pula bukan sahaja bermanfaat dari segi kesihatan fizikal. Tetapi mental, emosi dan kehidupan sosial pengamalnya turut mendapat kebaikan yang sama.

    Baca artikel ini untuk mengetahui kebaikan makan secara sihat dan kebaikan makanan seimbang terhadap kesihatan. 

    Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Pemakanan Sihat, anda boleh klik di sini.

    Makanan sihat dapat mengawal berat badan

    kebaikan makanan seimbang

    Tabiat yang sihat termasuklah makan dengan betul dan bersenam secara tetap.

    Selain itu, antara kelebihan makan secara sihat adalah ia dapat membantu anda mengekalkan berat badan anda dan membuatkan anda bertenaga sepanjang hari.

    Selain itu, ia boleh membantu mencegah pelbagai penyakit yang berkaitan dengan perut.

    Makan hidangan utama anda 3 kali sehari dengan 2 atau 3 makanan ringan sepanjang hari memastikan tekanan darah anda stabil dan mengurangkan penyimpanan lemak.

    Pakar mendakwa bahawa mempunyai berat badan yang sihat atau beransur-ansur menurunkan berat badan berdasarkan pengambilan makanan seimbang dan terancang boleh mengurangkan risiko mempunyai penyakit jantung dan batu hempedu.

    Senaman bukan hanya untuk mereka yang ingin menurunkan berat badan. Senaman perlu bagi semua orang daripada semua peringkat umur dan jantina. 20 hingga 30 minit berjoging atau berjalan benar-benar boleh mengurangkan risiko seseorang mempunyai penyakit kardiovaskular.

    Makanan seimbang boleh meningkatkan tenaga

    Makanan yang tidak diproses boleh meningkatkan tahap tenaga dengan segala kebaikan semula jadi. Makan dengan penuh kesedaran dan bersenam selalu boleh membantu tidur anda. 

    Selain itu, satu lagi kelebihan makan secara sihat yang mungkin ramai terlepas pandang adalah kemampuannya untuk meningkatkan tenaga anda!

    Banyak kajian mendapati bahawa orang yang mempunyai masalah tidur mengalami tekanan darah tinggi, kencing manis, tekanan perasaan dan penyakit jantung.

    Untuk membaiki masa tidur anda, tetapkan jadual tidur, sediakan tempat tidur yang selesa tanpa bunyi bising dan cuba untuk mengikut  jadual tidur pada setiap malam.

    Baca juga:

    Dapat memanjangkan umur

    kelebihan makan secara sihat

    Sentiasa mengamalkan tabiat yang baik benar-benar memberi peluang untuk anda hidup lebih lama dan lebih bahagia.

    Oleh itu, rancanglah masa 30 minit berjalan kaki dengan orang yang tersayang untuk benar-benar menikmati kehidupan bersama-sama.

    Selain itu, umur yang panjang juga merupakan salah satu kelebihan makan secara sihat. Jadi, pilih makanan yang sihat dan kurangkan makanan segera dan mempunyai kandungan garam yang tinggi.

    Kelebihan makan secara sihat, dapat melawan penyakit!

    kelebihan makan secara sihat

    Terdapat banyak masalah kesihatan yang berkaitan dengan kurang senaman, seperti tekanan darah tinggi, artritis, kencing manis, penyakit kardiovaskular. 

    Pesakit kemurungan juga boleh mendapat manfaat daripada ini kerana aktiviti luar benar-benar boleh meningkatkan mood mereka dengan melepaskan sejenis bahan kimia dari otak yang membuatkan anda berasa lebih segar dan santai.

    Tidak seperti tabiat buruk, tabiat yang baik adalah sukar untuk diamalkan dan lebih sukar untuk dikekalkan. Ia memerlukan keinginan dan perubahan cara fikir anda untuk benar-benar menjadi sebahagian daripada gaya hidup anda.

    Walau bagaimanapun, sebaik sahaja anda berjaya mengamalkan tabiat yang sihat, anda pasti dapat menikmati kesan baiknya ke atas kesihatan anda.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Muhamad Firdaus Rahim

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 10/02/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan