Manakala, selenium dipercayai membantu sendi kerana sifat antioksidan yang melindungi daripada kerosakan dan memainkan peranan penting dalam menghasilkan sel-sel baru.
5. Ikan berlemak
Ikan berlemak seperti salmon, makarel dan sardin sangat bermanfaat untuk kesihatan sendi kerana menjadi sumber yang kaya asid lemak omega-3.
Ia membantu mengurangkan kesakitan sendi dan kekakuan dengan menekan pengeluaran enzim yang menghakis rawan dan protein yang mengawal keradangan, kata Brian D. Golden, MD, Profesor Rheumatologi Klinik di NYU Langone Medical Center.
Salmon khususnya, merupakan sumber kalsium dan vitamin D yang sangat baik, yang membantu mengekalkan kekuatan tulang.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen