backup og meta

Jom Lawan Barah Dengan Pengambilan 5 Makanan Antikanser Ini

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 17/01/2023

    Jom Lawan Barah Dengan Pengambilan 5 Makanan Antikanser Ini

    Untuk mencegah kanser, cara terbaik adalah dengan mengambilan makanan antikanser. Tetapi apakah jenis makanan yang sesuai untuk melawan kanser? Ini yang perlu anda ketahui…

    5 jenis makanan antikanser 

    Cara terbaik untuk merawat kanser adalah dengan mencegahnya dari berlaku. Lebih-lebih lagi jika anda mempunyai sejarah kanser dalam keluarga, pencegahan perlu dititikberatkan.

    Selain ujian saringan kanser, pemakanan juga membantu mencegah kanser, khususnya dengan pengambilan makanan antikanser.

    Jom lihat apa makanan antikanser yang boleh anda amalkan.

    1. Buah-buahan dan sayur-sayuran

    Boleh dikatakan bahawa semua buah-buahan dan sayur-sayuran adalah baik sebagai diet antikanser. Banyakkan pengambilannya. Ia secara tidak langsung dapat mengurangkan pengambilan makanan lain yang kurang berkhasiat terutamanya yang tinggi gula dan minyak.

    Sebaiknya, jadikan sayur-sayuran sebagai ulam kerana memasak sayur boleh mengurangkan beberapa nutrisinya.

    2. Teh hijau

    mencegah kanser

    Kandungan antioksidan yang tinggi di dalam teh hijau menjadikannya salah satu makanan antikanser yang efektif. Ia mungkin membantu dalam mencegah kanser pankreas, hati dan payudara. Nikmati hari anda dengan sihat bersama teh hijau.

    3. Minyak zaitun

    Minyak zaitun adalah minyak yang paling sihat di dunia. Sebab itulah tidak pelik jika harga lebih mahal berbanding minyak bunga matahari atau minyak kelapa sawit.

    Kandungan lemaknya adalah jenis monotepu yang lebih sihat berbanding lemak di dalam minyak lain.

    Kes kanser payudara di negara Mediterranean yang banyak mengamalkan minyak zaitun dilaporkan lebih sedikit berbanding di Amerika Syarikat, menjadikan minyak zaitun makanan anti-kanser yang popular.

    4. Halia dan bawang

    Kajian menunjukkan bahawa halia dan bawang mampu mencegah pembentukan nitrosamin, sejenis bahan kimia penyebab kanser di beberapa bahagian badan termasuk usus besar, hati dan payudara.

    Di sebalik aromanya yang menambah rasa makanan, ia juga merupakan pilihan makanan antikanser yang baik.

    5. Ikan

    Ikan berlemak seperti salmon dan tuna kaya dengan asid lemak omega-3 yang membantu mengurangkan risiko kanser prostat. Jika anda jarang makan ikan, anda boleh cuba masukkanya ke dalam diet anda.

    Untuk mengetahui risiko kanser anda, anda boleh berjumpa dengan doktor anda untuk mendapatkan nasihat serta ujian saringan yang relevan.

    Sekiranya anda mempunyai sejarah kanser dalam keluarga, anda sangat digalakkan untuk mendapatkan ujian saringan berkala bagi mengenalpasti status anda.

    Sementara itu, bolehlah anda praktikan diet pemakanan antikanser seperti dalam artikel ini.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 17/01/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan