backup og meta

5 Khasiat Halia Yang Mustahil Anda Akan Tahu Kalau Belum Baca Artikel Ini!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 10/02/2023

    5 Khasiat Halia Yang Mustahil Anda Akan Tahu Kalau Belum Baca Artikel Ini!

    Bagi mereka yang sudah biasa dengan makanan Asia, khasiat halia bukanlah perkara yang asing.

    Untuk pengetahuan anda, halia telah terbukti dan digunakan sebagai ubat sejak berkurun lamanya.

    Nutrisi dan kompaun bioaktif yang terkandung di dalam halia akan membawa banyak manfaat kepada badan dan otak anda.

    Sila baca sehingga penghujung artikel ini untuk mengetahui kebaikan terhadap kesihatan yang mungkin anda tidak tahu.

    Khasiat halia #1. Merawat mual dan muntah

    Manfaat halia telah terbukti sangat efektif dalam merawat mual dan muntah dari pelbagai sebab:

    • Bagi pesakit kanser yang menjalani kemoterapi, mengunyah halia mentah atau meminum teh halia boleh menghilangkan rasa mual dan muntah selepas pembedahan
    • Bagi wanita hamil yang mengalami mual dan muntah, halia dalam bentuk permen dan gula-gula boleh membantu
    • Ketika pening lalat atau laut, ia adalah waktu terbaik minum air halia dan telah digunakan sejak dahulu lagi

    Banyak kajian menunjukkan bahawa manfaat halia ini mungkin mempunyai kesan yang hampir sama dengan ubat preskripsi dari doktor.

    khasiat halia

    Khasiat halia #2. Mengurangkan rasa sakit

    Kajian telah menganggarkan bahawa pengambilan halia setiap hari boleh mengurangkan sakit otot semasa senaman sebanyak 25%.

    Kajian lain dalam mereka yang menjalani senaman bahu menunjukkan bahawa pengambilan harian halia sebanyak 2 gram dalam tempoh 11 hari dapat mengurangkan sakit otot secara signifikan.

    Manfaat halia dalam mengurangkan sakit otot adalah progresif iaitu kesannya akan semakin baik dari hari ke hari.

    Sebagai tambahan, halia telah ditemui mampu mengurangkan kekejangan semasa haid dan simptom-simptom senggugut.

    83% wanita yang mengambil kapsul halia di dalam satu kajian menunjukkan bahawa sakit mereka berkurang manakala hanya 47% mereka yang menggunakan plasebo melaporkan perkara yang sama.

    #3. Halia membantu mencegah demam biasa

    Khasiat halia boleh menghalang rhinovirus yang boleh menyebabkan demam biasa.

    Cara yang bagus untuk mengekalkan badan anda dalam keadaan hangat semasa musim sejuk ialah dengan mengambil secawan teh halia panas.

    Halia adalah diaforetik iaitu ia merangsang peluh. Peluh boleh menghangatkan badan dari dalam. Maka, ini boleh membantu mengelakkan demam.

    khasiat halia

    #4. Membantu merawat kondisi osteoartritis

    Manfaat halia dengan kuasa antiradangnya boleh membantu penyakit osteoartritis yang merupakan masalah kesihatan yang kerap berlaku.

    Osteoartritis ialah keadaan muskoluskeletal yang berkaitan dengan degenerasi sendi. Pesakit osteoartritis mengalami sendi yang sakit dan kaku.

    Mengambil ekstrak halia membantu pesakit mengurangkan rasa sakit dan mengehadkan mengambilan ubat tahan sakit.

    Tambahn pula, penggunaan campuran halia, kayu manis, mastic dan minyak bijan secara topikal boleh mengurangkan kesakitan dan kekakuan dalam pesakit osteoartritis.

    #5. Membantu menguruskan masalah penghadaman

    Halia telah terbukti membantu masalah ketidakhadaman yang disebabkan oleh kelewatan pada pengosongan perut.

    Ia juga dipercayai mempercepatkan proses pengosongan perut dan mengurangkan sakit serta ketidakselesaan.

    Kompaun phenolic di dalam halia juga boleh membantu merawat masalah penghadaman yang lain.

    Ia mengurangkan iritasi pada gastrousus, merangsang penghasilan air liur dan hempedu, dan menahan kontraksi perut dan pergerakan makanan di dalam saluran usus.

    Tambahan pula, halia menghalang bakteria seperti Salmonella yang boleh menyebabkan cirit-birit.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 10/02/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan