Minum air lapan gelas sehari kedengaran mudah, betul tak? Namun hakikatnya, ramai yang mengabaikannya. Terdapat banyak kebaikan minum air ini yang mungkin tidak anda ketahui.
Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group
Minum air lapan gelas sehari kedengaran mudah, betul tak? Namun hakikatnya, ramai yang mengabaikannya. Terdapat banyak kebaikan minum air ini yang mungkin tidak anda ketahui.
Baca selanjutnya untuk mengetahui tentang manfaatnya serta cara minum air yang betul.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Pemakanan Sihat, sila dapatkannya di sini.
Pengambilan air mencukupi setiap hari adalah penting untuk kesihatan anda. Ia mencegah dehidrasi, yang menjadi punca pemikiran terjejas, perubahan mood, badan terlalu panas, sembelit dan batu karang 1.
Air tidak mempunyai kalori, jadi secara tidak langsung ia membantu menguruskan berat dan mengurangkan pengambilan kalori jika anda kerap mengambil minuman manis lain seperti air soda.
Badan memerlukan lebih banyak air jika anda:
Untuk dapat berfungsi dengan baik, semua sel dan organ badan memerlukan air. Berikut antara sebab mengapa kita perlu mengambil air secukupnya setiap hari 1, 2, 3, 4, 5:
Rawan, yang terdapat pada sendi dan cakera tulang belakang, mengandungi sekitar 80% air.
Dehidrasi berpanjangan boleh mengurangkan keupayaan menyerap kejutan sendi, punca sakit sendi.
Air liur membantu mencerna makanan dan memastikan mulut, hidung dan mata sentiasa lembap, sekali gus mencegah geseran dan gangguan fungsi.
Minum air juga dapat menjaga kebersihan mulut. Pengambilan air kosong berbanding minuman manis turut mengurangkan risiko kerosakan gigi.
Darah terdiri daripada 90% air dan ia berfungsi membawa oksigen ke bahagian badan yang berlainan. Oleh sebab itu, pengambilan air mencukupi sangat penting!
Jika anda mengalami dehidrasi, kulit menjadi lebih terdedah kepada gangguan kulit serta kedutan pramatang.
Dehidrasi boleh menjejaskan struktur dan fungsi otak, yang terlibat dalam pengeluaran hormon dan neurotransmitter.
Mengalami dehidrasi untuk tempoh yang panjang boleh menjejaskan cara pemikiran dan pertimbangan diri.
Air yang tersimpan di lapisan tengah kulit datang ke permukaan kulit sebagai peluh apabila badan menjadi panas. Apabila menyejat, ia menyejukkan badan.
Apabila dehidrasi, saluran pernafasan disekat oleh badan bagi meminimumkan kehilangan air. Ini boleh memburukkan keadaan asma dan alahan.
Usus memerlukan air untuk berfungsi dengan baik.
Dehidrasi boleh menyebabkan masalah penghadaman seperti sembelit dan perut berasid. Ini meningkatkan risiko pedih ulu hati dan ulser perut.
Buah pinggang mengawal cecair dalam badan. Air yang tidak mencukupi boleh menyebabkan batu karang dan masalah lain.
Manfaat lain pengambilan air secukupnya adalah:
Walaupun anda sedar pentingnya untuk kekal terhidrat, tetapi untuk melakukannya kadangkala sukar.
Berikut adalah 7 cara mudah untuk minum lebih banyak air 6, 7, 8, 9:
Air kosong sememangnya membosankan. Tetapi jangan jadikan ia sebagai alasan untuk tidak meminum air.
Tambah buah ke dalam air anda seperti lemon, limau dan oren. Timun, tembikai dan strawberi juga merupakan pilihan yang lazat.
Baca juga:
Menambah potongan cili dalam hidangan mendorong anda untuk mendapatkan lebih banyak air semasa makan. Cili yang pedas juga boleh meningkatkan metabolisme badan.
Cara mudah untuk meningkatkan pengambilan air adalah dengan minum segelas selepas bangun dan sebelum tidur.
Antara kebaikan minum air kosong selepas bangun tidur adalah ia akan menyegarkan tubuh anda dan meningkatkan kewaspadaan diri.
Manakala minum air sebelum tidur boleh menghalang daripada bangun dengan mulut kering dan nafas berbau.
Pengambilan segelas air sebelum makan boleh membantu anda mengurangkan berat badan. Ia juga akan mengurangkan risiko untuk terlebih makan.
Membawa bekalan air di dalam botol sangat membantu untuk kekal terhidrat.
Simpan botol air di dalam kereta, di atas meja anda atau di kawasan lain yang anda kerap menghabiskan masa.
Di kebanyakan negara luar, kebanyakan air paip selamat untuk diminum. Berbeza dengan di Malaysia yang biasanya mengamalkan minum air masak, yang dididih menggunakan pemanas air seperti cerek.
Namun jika ingin terus minum air daripada paip, mungkin anda boleh pertimbangkan untuk membeli penapis air 10.
Terdapat banyak pilihan penapis air di pasaran dan antara pilihan terbaik adalah memasang penapis air alkali berion.
Dengan penapis air alkali berion ini, air minuman anda bebas daripada 19 bahan berbahaya di dalam air paip biasa, bakteria dan zarah virus.
Ia menghasilkan air terion beralkali, berasid lemah dan tulen, paling penting selamat untuk diminum seisi keluarga.
Selain meningkatkan rasa air, kebaikan minum air daripada penapis air berion ini juga adalah ia menawarkan manfaat antioksidan. Malahan air berasid lemah yang terhasil mempunyai nilai pH >7, menjadikan ia lembut pada kulit.
Menggunakan penapis air juga lebih murah dan lebih mesra alam daripada membeli air botol, yang selalunya tidak berbeza dengan air paip.
Jika terlalu sibuk, apa kata anda tetapkan penggera (alarm) sebagai peringatan untuk minum air setiap satu jam. Kaedah ini dapat memastikan pengambilan air harian anda konsisten sepanjang hari.
Kini anda sudah mengetahui kebaikan minum air yang secukupnya dan ia penting untuk kesihatan keseluruhan.
Jadi sebaiknya, amalkan pengambilan air mengikut keperluan bagi mengelakkan risiko dehidrasi yang boleh menjejaskan kesihatan tubuh anda.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen