backup og meta

Otot Pelvis Longgar Selepas Bersalin, Ini 3 Senaman Mudah Buat Ia Ketat Semula!

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 10/05/2023

    Otot Pelvis Longgar Selepas Bersalin, Ini 3 Senaman Mudah Buat Ia Ketat Semula!

    Ramai wanita yang bersalin secara normal mungkin akan ada masalah otot pelvis longgar. Persoalannya, wujudkah sebarang senaman pelvik atau senaman wanita yang boleh membantu mengelak dan merawat masalah ini?

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkannya di sini.

    Senaman pelvik untuk wanita lepas bersalin 

    1. Senaman Kegel 

    Senaman kegel menguatkan pelvis dan merupakan antara penyelesaian yang paling disyorkan oleh doktor.

    Anda boleh melakukan senaman kegel pada bila-bila masa.

    Kenal pasti dahulu otot yang berkaitan dengan cara kemutkan atau ketatkan otot-otot di sekeliling bahagian kelamin anda seperti sewaktu anda menahan diri daripada membuang air kecil.

    Setelah itu, cuba kemutkan otot ini dan kira hingga 10 sebelum melepaskannya.

    Anda boleh lihat cara membuat senaman ini dengan menonton video dalam pautan di bawah:

    https://www.facebook.com/watch/?v=349932603260394

    Pada mula anda melakukan senaman ini, anda mungkin tidak merasakan apa-apa.

    Dari masa ke masa, anda akan menyedari perbezaan pada pengecutan otot.

    Ia mungkin sukar pada mulanya sebelum anda dapat memegang otot selama 10 saat, kerana memerlukan banyak kekuatan pelvik.

    Latihan kedua untuk dicuba adalah mengecutkan otot anda hanya satu saat, dan cuba mengulangnya 10 kali.

    Kemutkan otot-otot dan kemudian biarkannya.

    Anda akan perhatikan pada mulanya ia mungkin sukar untuk mengulang dua atau tiga kali.

    Namun setelah lama mencuba, anda akan semakin pakar. 

    senaman pelvik

    2. Orgasma

    Sebenarnya, bukan senaman pelvik sahaja yang boleh membantu wanita mengelak dan merawat masalah ini.

    Kebanyakan wanita mengatakan bahawa mempunyai otot pelvik yang lebih kuat menyebabkan orgasma (puncak syahwat) jauh lebih memuaskan.

    Selain itu, sebaliknya juga benar.

    Apabila wanita mengalami orgasma, vagina mengalami kontrasi berirama, yang dipercayai oleh beberapa pakar boleh membantu membina kekuatan otot.

    3. Yoga

    Jika anda biasa dengan yoga, anda mungkin pernah mendengar tentang mula bandha, konsep “mengunci” tenaga dengan menutup otot pencerut (otot-otot dalam badan yang mengawal laluan keluar atau masuk ke dalam sesuatu rongga termasuklah laluan kencing).

    Ini pada asasnya adalah senaman kegel yang lebih luas dan turut melibatkan pelvis anda.

    Amalan mula bandha dilakukan bersama dengan uddiyana bandha iaitu penegangan abdomen dan otot teras.

    Dengan memberi tumpuan kepada otot pencerut dan abdomen anda sewaktu mengamalkan senaman ketatkan faraj seperti yoga, anda tentu dapat membantu menguatkan pelvis.

    Namun, sekiranya anda mengalami masalah pelvik yang teruk, segera temui doktor anda untuk pemeriksaan lanjut.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 10/05/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan