11 Rahsia Isteri Yang Suami Tidak Tahu

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Wanita, adalah individu yang sangat misteri untuk kebanyakan lelaki di dunia. Banyak rahsia disimpan walau dari suaminya sendiri. Ini kerana sifat mengambil berat yang sangat tinggi dalam diri seorang wanita. Jadi terdapat beberapa rahsia sama disimpan oleh wanita di dunia ini. Untuk memahami hati seorang isteri, pastinya artikel ini dapat membantu suami di luar sana.

Kurang dari nilai sebenar

Ya, dalam sebuah hubungan perkahwinan, kejujuran adalah kunci utama. Namun demi mengelakkan sebarang pertelingkahan mengenai harga sesuatu barang, contohnya baju atau kasut, sesetengah wanita mengakui mereka cenderung menyatakan separuh daripada harga pakaian yang dibeli. Ini adalah cara untuk menyembunyikan tabiat berbelanja yang buruk dari pengetahuan suami mereka.

Seks bersama suami, sentiasa difikiran wanita

Wanita juga memikirkan tentang seks dalam kehidupan sehariannya, malah mungkin sepanjang hari. Tetapi penghujung harinya, disebabkan keletihan, wanita akan mengatakan ‘TIDAK’ untuk seks dan memilih untuk tidur.

Komitmen? Ada gementarnya

Ramai individu menyatakan perkahwinan penamat hubungan percintaan kerana setiap pasangan akan terikat dengan tanggungjawab untuk keluarga. Tiada lagi kebebasan, pesta dan berparti atau mungkin keluar malam bersama teman. Jadi sejujurnya, sama ada wanita atau lelaki, ketakutan terhadap perkahwinan tetap ada. Wanita biasa mengimpikan tentang lelaki idamannya, perkahwinan yang romantik, rumah idaman dan kehidupan yang bahagia, namun datang kepada realitinya, segala apa yang diimpikan mungkin akan membuatkan mereka gementar.

Boleh berdikari, namun lemah di hadapan suami

Wanita memang terbukti sangat misteri. Mereka ingin tampil moden dan bebas di hadapan ketua, rakan sekerja, kawan, atau individu yang tidak dikenali. Sebaliknya, mereka menjadi sangat lemah, manja di mata suami mereka. Seorang suami perlu menjadi bagaikan lelaki sejati dan terhandal buat isteri anda seperti membawa beg besar, membuka pintu dan segalanya.

Suamilah yang terhebat

Setiap isteri pasti akan memuji dan menyanjungi kehebatan anda ketika melakukan hubungan seksual. Wanita akan jarang mengakui seandainya bekas teman lelakinya juga sama hebat seperti anda. Namun suami, jangan salah faham. Benar bekas teman lelakinya juga mungkin hebat, tetapi itu semua tidak ada makna kerana anda adalah lelaki yang dipilih menjadi individu dalam sebuah hubungan perkahwinan.

Risau menjadi seperti ibu

Jangan sesekali pernah mengatakan “Awak seperti ibu awak” atau “Awak bagaikan emak saya” kepada isteri anda. Mereka mungkin tidak membalasnya, namun akan ada kesedihan di hati mereka. Seorang isteri menginginkan untuk menjadi teman hidup anda, bukan penjaga seperti seorang ibu. Mereka mungkin akan menimbulkan persoalan seperti “Adakah dia berkahwin dengan saya kerana saya seperti ibunya?”. Jangan pernah sekali membandingkan isteri anda dengan ibu anda jika anda mahukan cinta anda kekal mekar.

Tolong cemburu

Cemburu adalah tanda cinta. Adalah bagus untuk merasa cemburu apabila isteri anda digoda oleh lelaki lain. Sifat cemburu anda akan membuatkan isteri anda rasa disayangi, dikasihi dan diperhatikan. Tetapi harus ingat, ia haruslah berpada dan jangan melampaui batasan yang diracuni oleh rasa iri hati dan benci.

Ada fantasi

Seorang selebriti lelaki biasanya adalah berotot, kacak dan seksi. Isteri anda mungkin suka bercakap mengenai selebriti pujaan mereka. Tetapi jangan pernah terfikir untuk meniru gaya mereka kerana selebriti hanya satu fantasi semata-mata, sedangkan anda adalah realiti.

Lebih berkongsi dengan sahabat

Ini berlaku hampir kepada semua isteri di dunia. Mereka berkongsi hampir segalanya mengenai kehidupan perkahwinan, mengadu tentang keluarga mertua, dan mungkin mengeluh tentang hobi anda. Itu adalah kebenaran, kerana kasih sayang bererti untuk berkongsi dan dikongsi. Namun jangan risau, isteri anda masih tahu had dan batasan. Mereka akan tetap menyimpan memori manis anda berdua di hatinya.

Menghargai semua bantuan

“Tanggungjawab melakukan kerja rumah adalah tugas isteri” merupakan satu tradisi lupuk dan tidak matang tetapi masih wujud dalam kehidupan masa kini. Adalah tidak adil sekiranya anda hanya melihat isteri anda melakukan kerja rumah. Anda seharusnya membantu isteri anda, walaupun dengan hanya tugasan kecil dan mungkin anda tidak dapat melakukannya setiap hari. Perbuatan anda adalah sebagai bukti anda menyayangi mereka dan ia secara tidak langsung dapat mengerat hubungan anda sebagai pasangan suami isteri.

Sentiasa sayang

Ada masanya isteri anda mempunyai keinginan untuk memiliki satu perasaan jatuh cinta lagi bersama lelaki lain. Namun apabila sudah berkahwin, mereka menyedari bahawa semua itu tidak mungkin berlaku lagi, dan ada masanya isteri anda merindui akan perasaan itu. Walau bagaimanapun, anda tidak perlu gusar, kerana seorang isteri sentiasa tahu batasannya dan akan sentiasa menyayangi dan mencintai anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

enEnglish

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut