backup og meta

11 Kumpulan Otot Utama

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 28/11/2019

    11 Kumpulan Otot Utama

    Bahagian otot anda boleh dikategorikan ke dalam kumpulan tertentu. Mengetahui kumpulan otot tertentu yang ingin anda sasarkan sangat membantu apabila anda hendak membina rutin senaman yang sesuai.

    Kuadriseps

    Kuadriseps terdiri daripada empat otot besar pada bahagian depan peha anda. Kumpulan otot ini sering disasarkan sewaktu senaman seperti Squats (bangun bertinggung) dan Lunges (kaki terkangkang dengan sebelah kaki lurus, sebelah kaki bengkok ke sisi atau ke hadapan).

    Hamstrings

    Ramai yang cenderung untuk lupa hamstrings mereka apabila bersenam, mungkin kerana kumpulan otot ini sukar dilihat. Hamstring adalah otot di paha belakang, yang turut terkesan dengan Squats.

    Betis

    Otot betis sering diabaikan ketika membina badan. Pembina badan profesional sendiri berasa selesa dengan betis kecil sedangkan badan besar. Betis sukar untuk dibina kerana anda perlu melatih setiap otot di kawasan betis.

    Dada

    Kumpulan otot dada mungkin antar yang paling banyak mendapat perhatian. Semua orang mahu membina otot dada kerana ia antara yang paling mudah untuk ditunjuk-tunjuk. Tetapi, perlu diingat bahawa anda hanya patut membina otot dada sebanyak mana anda membina kumpulan otot yang lain.

    Belakang Badan

    Kumpulan otot belakang badan adalah salah satu daripada kumpulan otot terbesar dalam badan. Anda perlukan Deadlifts (angkat berat daripada posisi separa duduk) untuk membangunkan otot belakang anda. Walau bagaimanapun, berhati-hati dengan postur dan teknik anda kerana Deadlifts yang tidak betul boleh memudaratkan kesihatan anda.

    Bahu

    Kumpulan otot bahu terdiri daripada deltoid depan deltoid sisi dan deltoid belakang. Ramai orang mengalami sakit bahu, disebabkan itu, senaman untuk menguatkan bahu sangat disyorkan.

    Triseps

    Otot-otot triseps membentuk 2/3 daripada lengan atas. Walau bagaimanapun, kebanyakan mereka yang mahu membina otot lengan hanya mengambil berat tentang biseps yang hanya membentuk 1/3 lengan. Jika anda mahu  tangan yang lebih kuat, jangan lupa untuk memasukkan latihan triceps seperti reverse grip bench press (mengangkat beban sambil berbaring) close grip bench press (mengangkat beban dekat dengan dada sambil berbaring), dan dips (tekan tubi).

    Biseps

    Seperti yang dinyatakan di atas, biseps membentuk 1/3 daripada lengan atas. Kumpulan otot ini aktif semasa senaman belakang jadi kebanyakan orang tidak memerlukan senaman biseps yang banyak.

    Lengan

    Anda boleh membina otot lengan dengan hampir semua jenis senaman. Tindakan mudah seperti memegang juga dikira sekali. Anda perlu memberi perhatian yang lebih kepada lengan anda kerana kumpulan otot ini terlibat dalam pelbagai aktiviti, maka lengan yang lemah boleh menjejaskan senaman lain.

    Trapezius

    Trapezius merujuk kepada otot bahagian atas belakang yang besar. Daripada titik di tengah-tengah bahagian atas belakang anda, trapezius membentuk segi tiga. Trapezius aktif semasa Deadlifts. Satu lagi senaman yang  boleh anda gunakan untuk menyasarkannya ialah power shrug (mengangkat berat dari posisi berdiri).

    Abs

    Hampir semua orang mempunyai abs yang baik tetapi ia sering ditutup dengan lapisan lemak badan yang tebal. Apabila lemak badan anda cukup rendah, enam abs anda dapat didedahkan. Latihan abs tidak banyak membantu membakar lemak di sekitar abs anda. Hanya diet yang sihat dan latihan kardio konsisten dapat menjayakannya.

     

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 28/11/2019

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan