10 Tip untuk Wanita Membuat Pilihan Makanan yang Lebih Baik

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Pilihan makanan anda menentukan perasaan dan penampilan anda. Oleh itu, bagi mendapatkan perasaan dan kelihatan terbaik, anda perlu memberi lebih tumpuan kepada diet anda. Berikut 10 tip nutrisi untuk membantu anda membuat pilihan makanan yang lebih baik.

Kenal pasti nutrisi yang diperlukan

Bergantung pada umur, ketinggian, berat badan, dan tahap aktiviti fizikal, anda memerlukan makanan yang berlainan. Gunakan penjejak nutrien (nutrient tracker) dalam talian atau cari pakar diet untuk mendapatkan pelan diet yang disesuaikan.

Kawal saiz hidangan anda

Beralih ke pinggan yang lebih kecil untuk membantu mengawal pengambilan makanan dan kalori anda. Luangkan masa untuk menikmati makanan yang lebih kecil.

Dapatkan makanan penjagaan tulang

Beli makanan yang tinggi kalsium seperti susu bebas lemak atau rendah lemak, keju, yogurt, dan susu soya yang diperkaya untuk menguatkan tulang. Pastikan kopi pagi anda menggunakan susu tanpa lemak atau rendah lemak.

Masukkan sayuran dan buah-buahan

Sayuran dan buah-buahan adalah penting. Jangan memilih. Makan semua jenis dan warna untuk memberi tubuh anda pelbagai vitamin dan mineral. Buah-buahan boleh menjadi snek atau sebahagian hidangan utama anda.

Minum banyak air

Tubuh anda memerlukan air untuk terus hidup. Sentiasa mempunyai sebotol air kosong adalah bermanfaat supaya anda boleh terhidrat sepanjang hari. Elakkan minuman beralkohol atau manis.

Tambah bijirin penuh

Separuh daripadabijirin anda haruslah bijirin penuh. Ia bukan sahaja membuatkan anda berasa kenyang, tetapi juga membekalkan tubuh anda dengan nutrien utama. Daripada roti putih, beras, atau produk bijirin yang lain, beli roti gandum, pasta, dan biskut; beras perang; dan oat.

Cuba baca label

Apabila anda pergi membeli-belah, membaca label akan memberi anda beberapa idea tentang apa yang anda perlukan dan apa yang harus anda hindari utnuk mendapatkan tubuh yang sihat. Secara umum, elakkan makanan yang telah ditambah gula atau lemak tepu sebagai ramuan pertama.

Hadkan pengambilan lemak dan gula

Elakkan daging lemak seperti tulang rusuk, bacon, dan hot dogs. Kek, biskut, gula-gula dan ais krim hanya sebagai ganjaran sekali-sekala.

Belajar memasak

Makan di rumah seberapa kerap yang mungkin membolehkan anda mengawal apa yang anda makan. Sekiranya anda tidak dapat mengelak daripada makan di luar, ingat untuk memeriksa dan membandingkan maklumat pemakanan.

Kekal aktif

Aktiviti fizikal adalah penting untuk gaya hidup yang sihat. Cuba untuk menggerakkan tubuh anda sebanyak mungkin. Jemput rakan dan keluarga anda untuk bersenam bersama akan membuat anda bermotivasi.

Penjagaan diri harus berada di atas senarai keutamaan anda. Bertanggungjawab terhadap apa yang anda makan dan luangkan masa untuk bersenam akan membantu anda mendapatkan tubuh yang sihat dan cantik.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan.

enEnglish

Rujukan
Anda mungkin berminat dengan artikel berikut