Nutrien sayur-sayuran adalah sangat baik untuk tubuh badan. Itulah sebabnya kita perlu memasukkan ia ke dalam sajian harian kita. Dalam artikel ini, disertakan tip menambah minat untuk mengambil sayur dalam diet seharian!
Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group
Nutrien sayur-sayuran adalah sangat baik untuk tubuh badan. Itulah sebabnya kita perlu memasukkan ia ke dalam sajian harian kita. Dalam artikel ini, disertakan tip menambah minat untuk mengambil sayur dalam diet seharian!
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Pemakanan Sihat, anda boleh klik di sini.
Ramai mungkin kurang gemar untuk menikmati nutrien sayur-sayuran dalam hidangan mereka kerana kekurangan masa untuk memasaknya.
Bagaimanapun, sayur beku atau segar boleh dijadikan hidangan sampingan yang mudah untuk disediakan, melalui penggunaan ketuhar gelombang mikro.
Lobak kukus, kacang hijau, atau pak coy dengan ditambah sedikit air sebelum diletakkan dalam ketuhar gelombang mikro akan menghasilkan hidangan sampingan yang senang disediakan.
Kunci kepada mengelakkan anda daripada kurang cenderung atau teragak-agak untuk menyediakan hidangan sayur-sayuran adalah untuk merancang masakan anda lebih awal.
Contohnya, memotong siap-siap bunga kubis, brokoli, atau cili belanga dalam kuantiti yang mencukupi dan menyimpannya dalam peti sejuk. Ini memudahkan anda untuk memasaknya apabila sudah tiba masanya.
Sayur yang mempunyai warna menonjol seperti warna merah, hijau tua dan oren adalah sangat bagus untuk anda kerana ianya diperkayai dengan vitamin dan mineral yang banyak.
Anda boleh mencuba tomato ceri, kentang, lobak atau kacang. Tambahan lagi, hidangan yang mempunyai pelbagai warna akan menyemarakkan lagi selera anda.
Sayur beku adalah sangat menyenangkan dan mengandungi nutrisi yang sama banyak dengan sayur segar.
Walaubagaimanapun, anda perlu memakannya dalam masa yang cepat setelah dimasak untuk mengelakkan kehilangan vitamin dan mineral.
Menambah sayur beku seperti kacang, sawi, atau jagung ke dalam hidangan kegemaran anda akan meningkatkan lagi perisa hidangan tersebut di samping membantu penghadaman.
Apa yang perlu anda buat jika anda ingin ambil nutrien sayur-sayuran anda namun kesuntukan masa untuk ke pasar?
Jangan risau, anda boleh menyimpan bekalan yang lebih banyak dan lebih lama dengan membeli sayur di dalam tin!
Salad adalah sangat sedap, tetapi bagaimana untuk menjadikannya lebih seronok untuk dimakan?
Tambah beberapa potongan avokado, cili belanga merah dan kubis merah untuk menjadikan hidangan salad anda kelihatan lebih lazat.
Sekiranya anda tidak suka sayur-sayuran mentah, anda boleh mencuba untuk menikmatinya dalam sup atau bubur kegemaran anda.
Apabila makan di luar, sila pesan hidangan salad dan bukannya makanan yang telah digoreng sebagai pembuka selera anda.
Memakan sayur yang tumbuh pada musim tersebut mungkin tidak menjanjikan perisa yang lebih sedap, namun ianya adalah pilihan yang lebih murah berbanding memilih nutrien sayur-sayuran yang belum tiba musimnya.
Pelbagaikan khasiat sayur-sayuran anda dan cuba untuk menghasilkan hidangan yang baru bagi merangsang kreativiti anda di samping meningkatkan selera anda.
Jika anda tidak berapa mahir mencipta menu baru, anda boleh mendapatkan buku masakan daripada penulis dan chef terkenal yang anda minati.
Menyediakan hidangan yang kaya dengan sayur bukanlah sesukar yang disangka jika resipinya ada di tangan anda.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen