Dr. Wong Zhiqin Gastroenterologi

Dr. Wong Zhiqin adalah pensyarah senior di Jabatan Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) serta pakar perunding Gastroenterologi dan Hepatologi di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Kuala Lumpur, Malaysia. Beliau mempunyai minat yang sangat mendalam dalam diagnostik dan endoskopi terapeutik seperti EUS dan ERCP, penyakit pancreato-biliary, penyakit refluks Gastroesophageal, penyakit peptic ulcer, infeksi Helicobacter pylori, penyakit inflamasi usus, kanser kolon dan screening, viral hepatitis B & C, hepatocellular carcinoma dan fatty liver.

Beliau telah dianugerahkan Asian Young Endoscopist Award oleh Korean Society of Gastrointestinal Endoscopy pada tahun 2015. Beliau juga adalah penerima The Chinese University of Hong Kong (CUHK) – University of Melbourne Academy for Young Leaders (Gastroenterology and Hepatology) pada 2017 dan juga merupakan felo Royal College of Physician, Edinburgh sejak 2017. Beliau telah banyak menulis kajian dalam jurnal yang telah dibentangkan di dalam serta luar negara. Beliau adalah ahli American College of Gastroenterology and the Malaysian Society of Gastroenterology and Hepatology. Beliau juga telah berdaftar sebagai Internal Medicine Physician, Gastroenterologist & Hepatologist di dalam National Specialist Register.

enEnglish

Informasi Lanjut mengenai Penulis
Sila tunggu sebentar...