Emosi Berubah Disebabkan Diabetes

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Seperti penyakit kronik yang lain, diabetes boleh menjejaskan kesihatan mental dan fizikal. Seseorang individu yang menghidapi diabetes akan mengalami perubahan emosi. Perubahan tersebut termasuk kemurungan, kebimbangan, stres atau isu mood lain yang disebabkan oleh perubahan fizikal.

Diabetes dan Perubahan Emosi

Bagi individu yang didiagnosis dengan diabetes jenis 1 dan 2, mereka akan mengalami perubahan emosi. Perubahan emosi yang tidak dapat dikawal boleh menjejaskan proses rawatan diabetes. Sesuatu kajian telah menunjukkan perubahan perasaan yang signifikan adalah disebabkan oleh kadar gula dalam darah yang tinggi. Ketidakstabilan tahap gula dalam darah akan menjejaskan emosi pesakit diabetes.

Diabetes dan Kemurungan

Salah satu perubahan emosi yang biasanya ada pada pesakit diabetes adalah kemurungan. Walau bagaimanapun, penyelidik masih mengkaji sama ada kemurungan boleh mencetuskan diabetes di sebaliknya. Dalam kajian baru-baru ini, terdapat saintis menyatakan bahawa seseorang individu yang menghidapi diabetes jenis 1 dan mempunyai kadar gula dalam darah yang tinggi akan menghasilkan hormon yang menyebabkan kemurungan. Pesakit diabetes jenis 1 adalah tidak dapat menghasilkan insulin sendiri dan pesakit diabetes jenis 2 yang kekurangan insulin perlu menjalani rawatan. Dalam proses rawatan insulin ini, mereka akan berasa kecewa, sedih, dan letih.

Diabetes dan Salahkan Diri Sendiri

Perubahan emosi yang juga berkaitan dengan diabetes terutamanya jenis 2 adalah menyalahkan diri sendiri. Pesakit diabetes biasanya adalah gemuk dan mempunyai gaya hidup yang tidak aktif. Apabila didiagnosis dengan diabetes, mereka akan membayangkan gaya hidup sebelum ini dan menyalahkan diri. Walau bagaimanapun, kegemukan bukan sekadarnya faktor yang menyebabkan diabetes. Diabetes jenis 1 ialah penyakit autoimun yang bukan disebabkan oleh diet dan kekurangan senaman. Manakala pesakit diabetes jenis 2 adalah berkait rapat dengan diet yang tidak sihat. Genetik juga merupakan salah satu faktor yang menyebabkan diabetes.

Diabetes dan Masalah Lain

Diabetes boleh membawa komplikasi kepada hubungan dengan orang lain. Pesakit diabetes yang sentiasa mempunyai perasaan murung adalah cenderung untuk mengelakkan diri daripada aktiviti sosial. Mereka juga mengelakkan untuk berkongsi fikiran dengan orang lain. Hal ini kerana diabetes mencetuskan perasaan bimbang kepada pesakit untuk memberitahu orang lain tentang penyakit mereka. Komplikasi penyakit diabetes seperti masalah penglihatan, penyakit jantung, atau pemotongan anggota badan juga boleh mencetuskan perasaan bimbang dan tertekan kepada pesakit.

Jika anda mempunyai perubahan emosi, anda harus berjumpa dengan ahli profesional. Terdapat kajian telah membuktikan bahawa preskripsi profesional yang memberi rawatan perubatan dapat membantu pesakit diabetes yang mengalami perubahan mood.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut