backup og meta

Cara Merawat Diabetes Gestasi untuk Wanita Hamil

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 19/12/2019

    Cara Merawat Diabetes Gestasi untuk Wanita Hamil

    Diabetis gestasi adalah penyakit biasa pada wanita hamil. Tidak seperti bentuk diabetes yang lain, diabetes gestasi akan hilang sejurus selepas kelahiran. Walau bagaimanapun, jika pesakit tidak mempunyai rawatan yang betul, kesihatan ibu dan bayi akan terjejas teruk.

    Diabetes gestasi, juga dikenali sebagai diabetes jenis 3 hanya berlaku semasa kehamilan.

    Diabetes boleh menjejaskan kesihatan ibu dan janin jika tidak dikesan dan dikawal. Wanita hamil mempunyai lebih banyak risiko pre-eklampsia, jangkitan, pendarahan selepas bersalin, keguguran. Merawat diabetes gestasi sangat diperlukan untuk memastikan janin sihat dan mengelakkan komplikasi semasa kelahiran. Berikut adalah beberapa cara yang bleh dipilih oleh ibu.

    Pemantauan gula dalam darah secara tetap

    Bagi wanita hamil yang mengidap diabetes gestasi, doktor akan memeriksa gula dalam darah 4-5 kali sehari, biasanya pada waktu pagi dan selepas makan. Juga, doktor akan terus mengambil darah dari jari menggunakan jarum kecil. Biasanya, indeks glisemik perut kosong ialah <5,8 mmol / l, 1 jam selepas makan glukosa darah adalah 7,8 mmol / l dan 2 jam selepas makan <7,2 mmol / l. Sekiranya ibu mempunyai paras gula dalam darah yang lebih tinggi daripada indikator-indikator ini, mereka mungkin mempunyai diabetes gestasi. Pemeriksaan gula dalam darah akan membantu ibu hamil mengetahui indeks gula mereka dan dapatkan pelan rawatan yang sesuai.

    Diet saintifik

    Diet yang penuh nutrisi adalah salah satu cara terbaik untuk mengawal gula darah. Wanita hamil perlu mengehadkan makanan yang mempunyai kadar gula dan karbohidrat yang tinggi. Sebaliknya, ibu perlu makan pelbagai jenis makanan seperti kanji, zat besi, vitamin, dan makanan rendah lemak. Makan tiga hidangan kecil dan satu hingga tiga makanan ringan setiap hari. Wanita hamil juga harus makan banyak makanan kaya serat seperti buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin, beras bijirin penuh, roti. Ibu hamil obes yang didiagnosis dengan diabetes gestasi harus bermula dengan diet 30 kcal/kg hari.

    Rawatan dengan insulin

    Insulin adalah hormon yang digunakan untuk merawat diabetes dengan mengawal gula dalam darah. Jika diet dan senaman tidak cukup untuk mengimbangi gula dalam darah, wanita hamil akan disuntikkan insulin supaya jumlah glukosa dalam darah kembali ke tahap yang selamat. Kira-kira 15% wanita mengandung yang menghidap kencing manis memerlukan insulin untuk mencapai tahap glukosa darah secara berterusan. Bagi sesetengah wanita, jenis ubat-ubatan seperti glyburide juga merupakan pilihan.

    Senaman dan aktiviti fizikal

    Senaman akan membantu menurunkan tahap gula dalam darah dengan mengangkut gula ke sel dan menggunakannya untuk tenaga. Mengamalkan senaman juga meningkatkan kepekaan terhadap insulin, yang bermaksud bahawa tubuh memerlukan kurang insulin untuk mengangkut gula ke sel-sel. Di samping itu, senaman juga membantu mengehadkan ketidakselesaan semasa kehamilan seperti sakit belakang, kekejangan, dan lain-lain. Ibu harus memilih senaman lembut seperti berjalan kaki, aerobik, berbasikal, berenang, dan lain-lain.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 19/12/2019

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan