Virus Korona Tidak Mengenal Sesiapa, Ini 5 Orang Ternama Yang Dijangkiti COVID-19

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 08/04/2020

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.

Baru-baru ini, bintang terkemuka Hollywood, Tom Hanks telah disahkan positif virus korona baharu yang semakin agresif menular di seluruh dunia. Ia merupakan wabak pandemik pertama yang disebabkan oleh virus yang berasal daripada keluarga coronaviridae

Secara logiknya, semua manusia mempunyai risiko yang sama untuk mendapat sesuatu jangkitan.

Artikel berkaitan:

Namun, faktor seperti tahap pendidikan, tahap kesedaran, status kewangan dan kebolehan mendapatkan akses perubatan mengubah kadar peratusan risiko bagi setiap individu.

Mereka yang kaya kebiasaannya dikaitkan dengan tahap kesihatan yang baik.

Mereka yang papa pula mudah untuk mendapat jangkitan berikutan masalah malnutrisi dan tahap kebersihan persekitaran yang kebiasaannya kotor.

Walau bagaimanapun, sedar ataupun tidak, mereka yang kaya tidak terlepas daripada dijangkiti oleh virus korona baharu atau COVID-19.

Artikel ini akan menyenaraikan beberapa orang ternama yang telah disahkan positif Covid-19. Sebelum itu, ikuti bilangan semasa kes COVID-19 di Malaysia sehingga hari ini melalui statistik berikut.

Perkembangan Terkini COVID-19
Negara: Malaysia
Statistik Kes

7,877

Disahkan

6,470

Sembuh

115

Kes Kematian
Peta sebaran

1. Tom Hanks, positif virus korona ketika penggambaran

positif virus korona

Jika anda pernah menonton filem berjudul Forest Gump, The Da Vinci Code dan Angels and Demons, pasti anda mengenali bintang terkemuka Tom Hanks. Selebriti ini telah disahkan positif virus korona ketika menjalani penggambaran di Australia.

Semasa berada di sana, beliau mengalami simptom kelesuan, sejuk menggigil, sakit badan dan demam. Oleh sebab dunia sedang kecoh dengan wabak virus korona, Hanks pun segera menjalani pemeriksaan kesihatan dan beliau telah disahkan positif virus korona. Berikut merupakan antara simptom-simptom jika anda dijangkiti virus COVID-19.

simptom jangkitan COVID-19

Pelakon ini sedang dirawat di Hospital Queensland dan proses isolasi akan dijalankan sehingga beliau disahkan sembuh bagi mengelakkan penularan wabak. Chet Hanks, anak lelaki Hanks telah dimaklumkan berkenaan dengan perkara tersebut namun beliau tidak risau.

Setakat ini, Hanks hanya mengalami simptom ringan dan tiada tanda-tanda yang keadaan beliau akan menjadi semakin teruk kelak, Namun, pemantauan akan terus dibuat memandangkan virus korona sering menyebabkan kesan yang sukar untuk dijangka.

2. Rita Wilson, terpisah daripada suami setelah diisolasi

wabak pandemik

Pelakon filem The Runaway Bride dan The Good Wife ini turut disahkan positif virus korona ketika menjalani penggambaran filem bersama suaminya, Tom Hanks di Australia.

Mereka berdua sedang menjalani prosedur isolasi bagi mengelakkan penularan wabak.

Kejadian berlaku ketika mereka sedang melakukan penggambaran berkaitan dengan sejarah penyanyi bintang terkenal, Elvis Presley.

Pengesahan kes positif virus korona telah memaksa syarikat penyiaran Australia’s Nine Network untuk mengaktifkan pelan tindakan krisis.

Ini berikutan, sebelum disahkan positif, Rita merupakan tetamu undangan bagi siaran sembang pagi.

Mereka yang mempunyai jangkitan wabak pandemik virus korona boleh menyebarkan jangkitan tersebut tanpa menunjukkan sebarang simptom.

Mereka yang mempunyai kontak rapat dengan Rita akan dikuarantinkan selama 14 hari. 

Artikel berkaitan:

Perkara yang lebih merumitkan adalah Rita pernah membuat persembahan nyanyian di Rumah Opera yang terletak di Sydney.

Persembahan tersebut berlangsung pada hari Sabtu sebelum beliau hadir untuk siaran sembang pagi isnin. 

Seramai 200 penonton hadir menyaksikan persembahan tersebut termasuklah suami beliau.

Rumah Opera telah melalui proses pembasmian kuman dan kini pihak berkuasa Australia sedang berusaha untuk menjejaki kesemua 200 tetamu bagi tindakan susulan.

3. Isteri Perdana Menteri Kanada, Sophie Grégoire Trudeau

positif virus korona

Pejabat Trudeau telah mengesahkan isteri Perdana Menteri Kanada, Sophie Grégoire Trudeau positif virus korona baharu setelah pulang dari London. 

Justin Trudeau tidak menunjukkan sebarang simptom namun beliau dikuarantinkan selama 14 hari sebagai langkah berjaga-jaga.

Isteri Justin telah menghadiri majlis amal yang diadakan di Arena Wembley. Beliau berkongsi pentas dengan beberapa individu ternama seperti Perdana Menteri Australia, Julia Gillard dan penyanyi terkemuka, Leona Lewis.

Acara tersebut turut dihadiri oleh 12,000 penonton termasuklah pelakon terkemuka, Idris Elba, chef selebriti, Jamie Oliver dan pemandu Formula 1, Lewis hamilton.

Pekerja kesihatan akan menghubungi individu yang mempunyai kontak rapat dengan Sophie untuk tujuan kuarantin. Selain daripada kuarantin, ini juga merupakan cara untuk anda elakkan diri daripada dijangkiti dan menjangkiti individu lain.

Cara Yang Betul Untuk Elak Jangkitan Bakteria & Virus

Wabak Novel Virus Korona (2019nCoV) boleh berjangkit antara manusia? Oh, tidak! Pastikan kalian pakai topeng muka dengan betul, ya!Ketahui mengenai koronavirus di: http://bit.ly/31dLjPj#ncov2019 #koronavirus #HelloHealthGroup #hellodoktor #HelloHealthCoronavirus

Posted by Hello Doktor on Friday, January 31, 2020

Pada hari Rabu (11 Mac 2020), pihak kerajaan Kanada telah mengumumkan dana yang berjumlah 728 juta USD bagi membantu memperkukuhkan tahap kesihatan dalam kalangan penduduk Kanada.

Wang itu akan diperuntukkan kepada kajian sokongan berkaitan termasuklah dana peruntukan untuk mencipta vaksin.

4. Jurulatih Arsenal, Mikel Arteta disahkan positif virus korona 

Laman sesawang rasmi Arsenal telah mengesahkan penutupan pusat latihan Colney setelah jurulatih utama pasukan tersebut disahkan positif virus korona. 

Mereka yang mempunyai kontak rapat dengan Mikel akan melalui proses kuarantin selari dengan polisi kesihatan kerajaan.

Pusat latihan tersebut akan melalui proses pembasmian kuman namun tapak kelab yang lain akan terus beroperasi seperti biasa. 

Sama ada latihan akan diteruskan bergantung kepada nasihat kesihatan yang akan diberikan oleh individu bertauliah. 

Proses pengesanan individu kontak rapat sedang giat dilakukan dan Mikel kini masih berada dalam isolasi. Setakat ini, beliau hanya mengalami simptom ringan. 

5. Daniele Rugani, pemain bola sepak pertama di Itali yang positif Covid-19

positif virus korona

Pemain bola sepak kelab Juventus, Daniele Rugani telah disahkan positif virus korona pada 11 Mac 2020. 

Setakat ini, menurut kelab tersebut, Daniele tidak menunjukkan sebarang simptom, namun, beliau masih lagi diisolasikan bagi mengelakkan penularan wabak pandemik virus korona baharu

Artikel berkaitan:

8 Soalan Bermain Di Fikiran Tentang COVID-19 Yang Anda WAJIB Tahu – Jangan Panik!

Perlawanan yang dijadualkan menentang kelab Lyon telah dibatalkan oleh the Union of European Football Association (UEFA) selepas berita tersebut menjadi hangat.

Susulan peristiwa tersebut, pada 12 Mac 2020, pemain bola sepak Sampdoria, Manolo Gabbiadini turut disahkan positif.

Sejak daripada peristiwa tersebut, Daniele dihujani dengan mesej daripada peminat. Beliau meyakinkan bahawa keadaannya masih baik dan setakat ini tiada komplikasi yang dialaminya.

Konklusi

Kebanyakan kes positif virus korona melibatkan kawasan yang menjalankan aktiviti perhimpunan atau mempunyai jumlah individu yang ramai berkumpul pada suatu masa.

Ini jelas menunjukkan bahayanya aktiviti yang bersifat sebegitu sewaktu penularan wabak pandemik virus korona baharu.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengisytiharkan jangkitan ini sebagai jangkitan pandemik. Oleh itu, pastikan anda terus mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan jangkitan.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

#HelloHealthGroup, #HelloDoktor, #HelloHealthCoronaVirus

Baca Juga:

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Risau Kes COVID-19 Meningkat? Ini 6 Tip Berkesan Lindungi Keluarga Sepanjang Sambutan Hari Raya

    Sambutan hari raya sepanjang wabak pandemik virus korona baharu (COVID-19) sedang melanda sememangnya hambar. Ikut 6 langkah ini untuk lindungi keluarga...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli

    Raya Tetap Raya, TAPI Ini 11 Perkara Boleh & Tidak Untuk BERAYA Masa PKPB, Sila Patuhi!

    Bagaimana dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri anda tahun 2020? Ini panduan untuk anda beraya dalam tempoh PKPB ini. Sila patuhi ye.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa

    Pakai Baju Raya Cantik Nak Solat Raya & Buat Rumah Terbuka, Boleh Ke Di Musim COVID-19 Ini?

    Bolehkah saya menghadiri sembahyang raya di masjid sempena Aidilfitiri pada tahun ini? Bagaimana prosedur untuk lakukan solat sunat hari raya tersebut?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Perayaan 20/05/2020

    Makan Vitamin D Untuk Cegah Jangkitan COVID-19, Berkesan Ke?

    Ada yang mengatakan jika makan vitamin D dapat membantu tubuh melawan jangkitan COVID-19. Namun adakah ia benar-benar berkesan atau sebaliknya?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Coronavirus, COVID-19 18/05/2020

    Artikel lain untuk anda

    ibu-hamil-positif-covid-19-kesannya-yang-perlu-diketahui

    Ibu Hamil Positif COVID-19 Balik Kampung, Apa Langkah Kena Buat Jika Mak Buyung Dijangkiti?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 01/06/2020
    sakit kerongkong

    Sakit Tekak Biasa Atau Disebabkan COVID-19? Ini Cara Kenal Pasti Simptom Jangkitan Coronavirus

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 01/06/2020
    kes terkini

    Sifar Kes Baharu 7 Hari Berturut-Turut, Ini Kejayaan New Zealand Basmi Wabak COVID-19

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 29/05/2020
    stres bunuh diri

    Terkenal Dengan Kes Bunuh Diri, Jepun Kini Catat Penurunan 20% Kesan Perintah Berkurung

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 29/05/2020