backup og meta

Tiada Jalan Lain, COVID-19 Hanya Boleh Dihentikan Jika 50% Penduduk Dunia Buat 3 Perkara Ini!

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 08/11/2020

    Tiada Jalan Lain, COVID-19 Hanya Boleh Dihentikan Jika 50% Penduduk Dunia Buat 3 Perkara Ini!

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.

    Seperti mana yang kita semua sedia maklum, seantero dunia kini sedang berdepan dengan wabak pandemik bernama COVID-19.

    Negara kita juga tidak terkecuali dari penularan wabak berbahaya ini serta telah mencatatkan ribuan kes positif dan ratusan kematian.

    Umum mengetahui penularan virus korona baharu adalah sangat membimbangkan dan di Malaysia, ini adalah situasi semasa:

    [covid_19]

    Persoalannya, apakah ada cara untuk menghentikan penularan wabak yang telah meragut banyak nyawa tidak berdosa ini?

    Jawapannya, ya memang ada beberapa langkah yang sebenarnya mudah namun selalu kita lupa, leka dan alpa tentangnya!

    Virus korona baharu masih tiada vaksin

    Setiap penyakit memerlukan penawar. Malangnya, virus korona baharu adalah sejenis wabak baru yang masih belum mempunyai vaksin sehingga kini.

    Menurut Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), pihaknya masih lagi giat menjalankan kajian untuk mencari vaksin paling sesuai bagi mencegah pandemik ini.

    Anda mungkin berminat dengan artikel ini:

    Ada desas-desus yang mengatakan kita mungkin akan berjaya menemui vaksinasi COVID-19 selepas 1 atau 2 tahun dari sekarang yakni pada tahun 2021 atau 2022.

    Sementara itu, bagaimana kita harus melawan pandemik yang telah menghuru-harakan dunia ketika ini?

    Tidak lain tidak bukan, kita perlu mengamalkan satu cara hidup baharu yang dikenali sebagai ‘normal baharu’!

    coronavirus

    Normal baharu adalah senjata utama kita

    Jika kita lihat atau dengar dari berita terkini dunia, negara yang paling terjejas teruk akibat virus korona baharu ketika ini adalah Amerika Syarikat.

    Untuk pengetahuan anda, kes positif di sana telah melebihi 4 juta orang serta sudah mengakibatkan 100,000 lebih kematian.

    Ramai pihak yang menyalahkan pergerakan protes perkauman serta kelemahan dari segi penguatkuasaan undang-undang di sana.

    Hakikatnya, tiada siapa yang harus dipersalahkan melainkan diri sendiri kerana tidak mahu akur dengan kehidupan normal baharu yang wajar masyarakat seluruh dunia jalani bersama.

    Baca juga:

    Apakah yang dimaksudkan dengan cara hidup baharu ini?

    3 perkara yang boleh menghentikan COVID-19

    Menurut kajian terkini yang diterbitkan dalam jurnal Public Library of Science (PLOS), hanya ada 3 perkara sahaja yang mampu menghentikan penularan virus korona baharu ini dari meruncing iaitu:

    Kajian itu turut menambah, bagi menjadikan 3 perkara ini benar-benar berkesan, kira-kira 50% dari penduduk dunia perlu melakukannya secara bersama.

    Mengapa 3 perkara ini sangat penting?

    Pusat Pengendalian Dan Pencegahan Penyakit (CDC) mengatakan bahawa amalan mencuci tangan dengan kerap dan penjarakan sosial adalah sangat penting.

    Mencuci tangan dengan kerap menggunakan air dan sabun atau cecair pembasmi kuman sangat penting bagi membunuh kuman, bakteria atau virus.

    Kenapa ia perlu dilakukan dengan kerap? Ini kerana kita tanpa sedar akan cenderung menyentuh atau memegang muka kita dengan jari atau tangan.

    Ini kemudiannya meningkatkan risiko kita terkena jangkitan.

    covid-19

    Sementara itu, penjarakan sosial pula adalah kunci untuk meratakan lengkungan graf jangkitan.

    Jarak yang paling ideal untuk diamalkan adalah sekitar 1 meter atau lebih untuk kesan lebih baik.

    Menurut Mayo Clinic mengenai pemakaian topeng muka, secebis kain yang turut dikenali sebagai pelitup/ penutup muka ini adalah sangat penting untuk mengelak jangkitan melalui udara, air atau titisan.

    Jenis yang paling sesuai digunakan adalah jenis pembedahan dan bukannya kain seperti mana yang kebanyakan kita gunakan sekarang ini.

    “3 perkara ini adalah kunci utama untuk melawan pandemik seperti mana yang dipersetujui oleh ramai pakar kesihatan awam di seluruh dunia,’ jelas Dr. Matthew G. Heinz yang merupakan Pakar Perubatan dari Tucson, Amerika Syarikat.

    Situasi COVID-19 terkini di Malaysia

    Mulai 1 Ogos 2020, kerajaan negara kita telah mewajibkan pemakaian topeng muka ketika berada di luar rumah.

    Di samping itu, amalan mencuci tangan dengan kerap dan penjarakan sosial juga wajar diamalkan untuk kebaikan kita semua.

    virus korona

    Bagi pengusaha perniagaan pula, mereka dikehendaki untuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan.

    Kesemua ini akan dipantau oleh penguatkuasa dan kegagalan pematuhannya akan dikenakan denda penalti yang telah ditetapkan.

    Selebihnya, bertanggungjawablah pada diri sendiri dalam usaha menentang pandemik virus korona baharu ini.

    [mc4wp_form id=’115319″]

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 08/11/2020

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan