backup og meta

Mengapa Tanda Coronavirus Tak Kelihatan, Tapi Ia Masih Boleh Tersebar Pada Orang Lain?

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 25/01/2021

    Mengapa Tanda Coronavirus Tak Kelihatan, Tapi Ia Masih Boleh Tersebar Pada Orang Lain?

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.

    Kini, sudah masuk 4 bulan virus COVID-19 menyerang seluruh dunia. Ramai tertanya-tanya tentang tanda2 coronavirus atau tanda coronavirus di Malaysia.

    Adakah terdapat sebarang tanda lain virus corona baharu (COVID-19) ini merebak kepada individu, untuk kita perhati sebagai langkah berjaga-jaga?

    [covid_19]

    Benarkah tanda2 coronavirus baharu ini tak dapat dilihat?

    Menurut Menteri Kesihatan Antarabangsa Tiongkok, Ma Xiaowei, anda masih boleh dijangkiti tanda2 coronavirus, namun tidak menunjukkan sebarang simptom!

    Individu yang dijangkiti mungkin akan menyebarkan virus berbahaya ini tanpa disedari.

    Artikel berkaitan: Tiada Simptom Tak Bermakna Anda Bebas COVID-19, Ini Tanda Anda Sebenarnya “Silent Spreader’

    tanda2 coronavirus

    Mengapa tanda2 coronavirus tidak kelihatan, tapi ia masih boleh tersebar?

    Ramai pengkaji masih berusaha memahami penularan wabak berbahaya ini, terutamanya pada aspek tanda atau gejalanya.

    Namun, usaha itu menemui jalan buntu ekoran jangkitan virus corona sangat mirip dengan pelbagai lagi kondisi sistem pernafasan yang lain.

    Menurut Pusat Kawalan Penyakit Berjangkit (CDC), antara tanda virus corona adalah demam, selesema, bersin, batuk dan sesak nafas

    Jika diperiksa secara mendalam, virus corona dapat dikesan.

    Perintah penjara sosial di Malaysia, adakah kita kendali tanda2 coronavirus dengan berkesan?

    Penguatkuasaan PKP tak akan menghapuskan jangkitan kes COVID-19 secara 100%.

    Tetapi ia sangat membantu dalam mengekang jangkitan ini daripada menular dengan lebih mudah atau lebih pantas.

    Virus corona memiliki tempoh inkubasi, kerana itu tiada tanda tanda coronavirus 

    Buat yang belum tahu, virus ini memiliki tempoh inkubasi, sama seperti kebanyakan virus yang lain.

    Apa itu tempoh inkubasi?

    Ia merupakan jarak masa seseorang individu yang terjangkiti virus dengan gejala pertama yang muncul.

    Menurut CDC, virus corona baharu ini memiliki tempoh inkubasi selama 2 hingga 14 hari.

    Artikel berkaitan:

    Sepanjang tempoh ini, mungkin tiada langsung tanda virus corona akan kelihatan. Disebabkan itu, individu yang dijangkiti tidak akan tahu bahawa dirinya sudah menjadi mangsa.

    Apa yang membimbangkan, virus korona baharu ini juga dikhuatiri boleh merebak semasa tempoh inkubasi.

    Jadi, sesuatu perlu dilakukan untuk memastikan penularan wabak ini dapat dikawal.

    Jadi, apa yang anda boleh lakukan?

    https://www.facebook.com/1634329383494261/videos/3475692265791979/

    Seperti yang diketahui, wabak berbahaya ini tidak ada sebarang jenis vaksinasi. Oleh itu, anda sendiri perlu melakukan langkah berjaga-jaga, seperti:

    [mc4wp_form id=’115319″]

    Konklusi

    Kesimpulannya, jangkitan virus corona tidak menunjukkan sebarang gejala. Ini kerana wabak berbahaya ini mempunyai tempoh inkubasi dan boleh merebak tanpa diduga.

    Jadi, rakyat Malaysia sila ambil langkah berjaga-jaga dan cuba untuk jauhi individu yang mungkin mempunyai tanda virus corona ini dan amalkan langkah-langkah yang telah kami sediakan.

    Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

    #HelloHealthGroup, #hellodoktor, #HelloHealthCoronavirus

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 25/01/2021

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan