backup og meta

Tular Di China Aircond Sebar COVID-19, Sahih Atau Tidak, Tapi Ini Risiko Makan Di Restoran

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli · Disemak pada 26/05/2020

    Tular Di China Aircond Sebar COVID-19, Sahih Atau Tidak, Tapi Ini Risiko Makan Di Restoran

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.

    Terbaru, penyaman udara telah dikaitkan dengan penyebaran virus korona baharu (COVID-19).

    Ini berikutan kes 10 individu di sebuah restoran di China telah disahkan positif COVID-19 pada Januari yang lepas.

    Kini apabila kerajaan mula membenarkan operasi sektor awam yang lain, pakar terlibat telah menyarankan struktur dan susunan meja di restoran diubah bertepatan dengan protokol semasa.

    Sistem pengudaraan juga perlu ditambah baik bagi mengelakkan perkara ini berlaku.

    Angka jangkitan dunia terus meningkat melebihi 4 juta. Kadar kematian pula sudah menghampiri 300,000.

    Di Malaysia, catatan statistik kes positif COVID-19 adalah seperti berikut:

    [covid_19]

    Persoalannya di sini, adakah penyaman udara sebar COVID-19? 

    Walaupun kajian itu mengutarakan alatan tersebut sebagai salah satu punca, banyak faktor lain boleh mempengaruhi tahap kebolehjangkitan COVID-19.

    Teruskan membaca untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut.

    Senario jangkitan COVID-19 melalui penyaman udara di sebuah restoran di Guangzhou

    Pada 24 Januari 2020, keluarga A yang baru sahaja tiba di Guangzhou dari Wuhan sedang menjamu selera di sebuah restoran di bandar tersebut.

    Jarak di antara meja pelanggan adalah lebih kurang 1 meter dan kebetulan pula keluarga B dan C duduk berdekatan dengan mereka.

    Mereka duduk di restoran tersebut di antara 50 hingga 70 minit.

    Bangunan yang menempatkan restoran tersebut berketinggian 5 tingkat, tidak mempunyai tingkap dan dilengkapi dengan penyaman udara.

    Apa yang mereka tidak tahu adalah virus korona baharu sedang menyelinap masuk ke dalam sistem pernafasan mereka melalui salah seorang daripada keluarga A.

    Artikel berkaitan:

    Adakah Saya Dijangkiti COVID-19? Kenali Simptom Awal Jika Terkena Virus Korona

    Pada hari yang sama, individu tersebut (A1) mengalami simptom batuk dan demam. Pada 5 Februari 9 ahli keluarga yang lain telah disahkan positif:

    • 4 daripada keluarga A
    • 3 daripada keluarga B
    • 2 daripada keluarga C

    73 pelanggan lain telah dianggap sebagai kontak rapat dan dikuarantinkan.

    “Penyaman udara sebar COVID-19″ bukanlah satu hipotesis yang tidak berasas

    Kajian terhadap 10 pesakit yang disahkan positif daripada 3 buah keluarga (Keluarga A, B dan C) telah menunjukkan potensi sistem pengudaraan yang tidak baik terhadap risiko jangkitan COVID-19.

    Oleh sebab penyaman udara merupakan salah satu daripada punca yang digembar-gemburkan, swab sampel pada alatan itu telah diambil.

    Kesemuanya menunjukkan keputusan negatif.

    Konklusi yang dibuat adalah penyebaran COVID-19 berlaku melalui titisan udara (droplet transmission).

    Walau bagaimanapun, apa yang anda perlu tahu adalah jarak di antara keluarga A dan keluarga C adalah lebih daripada 1 meter.

    Oleh sebab itulah mekanisme jangkitan di restoran tersebut tidak boleh diterangkan hanya dengan penyebaran melalui titisan udara.

    penyaman udara

    Seperti yang pembaca sedia maklum, titisan tersebut khusus bagi partikel yang berukuran melebihi 5 μm dan hanya mampu tersebar pada jarak kurang daripada 1 meter.

    Jika dilihat pada situasi tersebut, apa yang boleh disimpulkan adalah pengudaraan daripada alat penyaman udara boleh membantu penyebaran COVID-19.

    Potensi virus korona baharu untuk tersebar melalui udara (bukan titisan) tidak boleh dipandang enteng.

    Malahan, saudaranya sendiri, virus sindrom pernafasan akut teruk (SARS) dan sindrom pernafasan timur tengah (MERS) mempunyai potensi untuk tersebar melalui udara.

    Jadi, apakah yang berlaku sebenarnya?

    Apa kata pakar? Adakah COVID-19 boleh tersebar melalui penyaman udara? 

    Menurut Dr Amesh Adalja, Pakar Perubatan Penyakit Berjangkit dari Universiti Johns Hopkins, walaupun kajian tersebut agak menarik, namun ia tidak menggambarkan sepenuhnya keadaan sebenar. 

    Sebagai contoh, keluarga C mungkin berjangkit apabila mereka pergi ke pasar raya, farmasi, klinik dan sebagainya setelah mereka keluar dari restoran tersebut.

    Ada juga kemungkinan bahawa keluarga tersebut sudah pun dijangkiti apabila tiba di restoran itu.

    8 orang staf restoran telah disahkan negatif, begitu juga dengan 73 pelanggan yang lain. 

    Sekiranya COVID-19 tersebar melalui udara, lebih ramai lagi yang akan dijangkiti olehnya.

    Setakat ini, kajian epidemiologi telah menyokong fakta bahawa titisan udara merupakan mekanisme utama bagi penyebaran virus COVID-19.

    penyaman udara

    Anda mungkin berminat:

    Walau bagaimanapun, Dr Adalja tidak menolak kemungkinan terdapat kes yang berjangkit walaupun mereka duduk lebih daripada 2 meter di antara satu sama lain.

    Ia tidak bermakna itu merupakan mekanisme jangkitan utama bagi virus COVID-19.

    Jika pemilik restoran ingin kembali beroperasi, adalah lebih baik jika mereka mempertimbangkan faktor aliran udara di restoran masing-masing.

    Susunan meja perlu diubah dan cara menempah makanan perlu juga difikirkan. 

    Kalau restoran seperti KFC dan McDonald’s, jarak di antara pelanggan yang sedang beratur perlu dipertimbangkan.

    Sabun pencuci tangan perlu disediakan dan jika perlu, hand sanitiser diletakkan di sudut yang mudah diakses oleh semua pelanggan.

    Penjarakan sosial masih lagi menjadi keutamaan dalam melawan virus korona baharu.

    Konklusi

    covid

    Setakat ini, tiada bukti kukuh yang menunjukkan kebolehjangkitan COVID-19 melalui penyaman udara.

    Walau bagaimanapun, jika anda merupakan pemilik restoran, pastikan aliran udara baik bagi mengelakkan sebarang komplikasi atau peningkatan pada risiko jangkitan.

    [mc4wp_form id=’115319″]

    #HelloHealthGroup, #HelloDoktor, #HelloHealthCoronaVirus

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli · Disemak pada 26/05/2020

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan