backup og meta

Individu Obes Berisiko Mati Jika Positif COVID-19, WASPADA!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli · Disemak pada 10/06/2020

    Individu Obes Berisiko Mati Jika Positif COVID-19, WASPADA!

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.

    Obesiti merupakan lohong hitam kepada penyakit kronik.

    Memang tidak dinafikan, mereka yang mempunyai masalah berat badan berlebihan berisiko untuk mendapat pelbagai jenis penyakit.

    Terbaru, kajian menunjukkan mereka yang mempunyai masalah obesiti, kencing manis dan hipertensi mempunyai risiko jangkitan virus korona baharu (COVID-19) teruk.

    Ini bermakna, mereka mempunyai risiko yang tinggi untuk mati jika disahkan positif COVID-19.

    Perkara ini serius memandangkan obesiti merupakan masalah epidemik yang telah wujud sekian lamanya.

    Di Amerika, 42.4% populasi mempunyai masalah berat badan berlebihan.

    Malaysia, yang juga mempunyai kes obesiti tertinggi di Asia Tenggara tidak terlepas daripada ancaman tersebut.

    [covid_19]

    Apa yang lebih merisaukan lagi, kes obesiti dalam kalangan kanak-kanak turut meningkat saban tahun.

    Jika mereka yang mempunyai masalah obesiti berisiko untuk mendapat jangkitan teruk, maka sektor kesihatan tidak akan menang tangan untuk menguruskan wabak pandemik yang kian serius setiap hari.

    Teori yang munasabah 

    obes

    Sudah berbulan lamanya kajian dijalankan bagi memahami corak jangkitan COVID-19 yang berlaku dalam populasi manusia.

    Antara faktor yang telah dikaji dan diterbitkan di laman jurnal adalah usia, jantina lelaki, penyakit pernafasan kronik seperti asma dan terbaru, obesiti.

    Artikel berkaitan:

  • Lelaki MUDAH Dijangkiti Virus Novel Korona?
  • Usia Muda BUKAN Jaminan Terlepas Dari COVID-19, Bahkan Boleh Dapat Simptom Lagi Teruk!

  • Jika dilihat pada skala jisim berat badan (BMI), masalah berat badan berlebihan dan obesiti merupakan dua kelas yang berbeza.

    Namun, kedua-duanya merupakan faktor risiko penting dalam memahami punca di sebalik peningkatan kes penyakit kronik di seluruh dunia.

    Kajian analisis rekod perubatan yang melibatkan 4,103 pesakit COVID-19 di bandar New York menunjukkan dua faktor penting yang mempengaruhi tahap keterukan simptom wabak.

    Faktor tersebut adalah usia melebihi 65 tahun dan masalah obesiti.

    obes

    Data dalam bentuk carta keputusan (decision tree) ini menunjukkan kaedah statistik mengikut ciri-ciri yang sama pada populasi pesakit.

    Setelah diteliti, jika kita singkirkan faktor usia, obesiti merupakan faktor kronik utama yang meningkatkan risiko kematian pesakit berikutan jangkitan virus korona baharu.

    Walaupun kajian ini hanyalah melibatkan analisis data, ia merupakan satu kesimpulan yang masuk akal.

    Ini kerana masalah berat badan berlebihan sering dikaitkan dengan keradangan.

    Ia menggalakkan proses radang berlaku dan apabila jangkitan memasuki badan manusia, tahap keradangan menjadi sangat tinggi.

    Perkara ini sering berlaku apabila seseorang itu berada dalam keadaan sepsis (tindak balas ekstrem badan terhadap jangkitan).

    Namun kita masih tidak mempunyai maklumat yang lengkap berkenaan dengan tahap keradangan yang boleh disebabkan oleh COVID-19.

    Individu obes berisiko tinggi masuk ke hospital

    obes

    Mereka yang dijangkiti oleh virus korona baharu kebiasaannya akan mengalami simptom ringan.

    Ini bermakna mereka hanya menunjukkan simptom demam, batuk dan selesema tanpa manifestasi lain yang boleh mengancam nyawa.

    Kes sebegini memerlukan isolasi bagi mengelakkan penularan dan jika mereka dimasukkan ke dalam hospital sekalipun, hanyalah untuk tujuan pantauan.

    Namun, secara amnya, isolasi di rumah sudah memadai sekiranya kawasan tempat tinggal sesuai untuk dijadikan lokasi isolasi.

    Mereka yang dimasukkan ke dalam hospital kebiasaannya mempunyai risiko kematian yang tinggi.

    Simptom teruk seperti sesak nafas, sakit dada dan pengsan memerlukan pantauan dan kelengkapan tambahan bagi memastikan mereka mempunyai peluang untuk hidup.

    Baca juga:

    Adakah Saya Dijangkiti COVID-19? Kenali Simptom Awal Jika Terkena Virus Korona

    Oleh itu, corak dan kadar kemasukan ke hospital penting untuk dikaji.

    Kita perlu tahu faktor risiko mengapa seseorang itu lebih cenderung untuk dimasukkan ke dalam hospital.

    Kebanyakan kajian COVID-19 menunjukkan dua faktor yang kuat; usia lanjut dan obesiti.

    Kajian di Universiti New York yang melibatkan 3,615 pesakit COVID-19 menunjukkan golongan obes mempunyai risiko dua kali ganda untuk dimasukkan ke dalam unit jagaan rapi (ICU).

    Aspek ini juga perlu diberi perhatian di Malaysia.

    Ia berikutan pesakit yang mempunyai masalah obesiti dan mengalami simptom COVID teruk kebiasaannya berusia 60 tahun dan ke bawah.

    Faktor ini perlu diberikan penekanan terutamanya ketika perintah berkurung sedang dijalankan.

    Kebanyakan individu tidak memenuhi kuota saranan aktiviti fizikal seminggu yang dibuat oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

    Cegah masalah berat badan berlebihan, berpada-padalah sewaktu PKP

    covid

    Sepanjang tempoh lanjutan perintah kawalan pergerakan (PKP), setiap individu perlu berwaspada dengan pelbagai perkara termasuklah kawalan berat badan.

    Mungkin ramai yang beranggapan bahawa jarak sosial merupakan kaedah pencegahan utama, namun faktor lain seperti obesiti tidak boleh diambil mudah.

    Selain saranan umum yang diberikan khusus ketika situasi wabak, senaman dan kawalan pengambilan kalori turut membantu memperkuatkan sistem pertahanan badan untuk melawan jangkitan.

    Anda boleh memperuntukkan ruang khas di rumah atau di dalam bilik untuk melakukan senaman statik, joging setempat dan sebagainya. 

    Oleh sebab kita tidak tahu bila situasi ini akan berakhir, lebih baik jika kita mula menerapkan amalan ini seawal mungkin.

    Pengambilan 3 nutrisi makro utama (karbohidrat, protein dan lemak) perlu dibuat sebaiknya.

    Tidak lupa juga kepada sumber makanan berserat yang masih rendah akan pengambilannya di Malaysia.

    Konklusi

    covid

    Selain faktor yang sering ditekankan sepanjang wabak sedang berlangsung seperti pkp, jarak sosial, cuci tangan dan topeng muka, kawalan berat badan perlu dititikberatkan juga.

    Perkara ini tidak boleh diambil mudah memandangkan ia bukan sahaja meningkatkan risiko kepada jangkitan COVID-19, malah penyakit kronik yang lain.

    [mc4wp_form id=’115319″]

    #HelloHealthGroup #HelloDoktor #HelloHealthCoronaVirus

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Gabriel Tang Pei Yung

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli · Disemak pada 10/06/2020

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan