Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.
Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung · Dokter Umum · Hello Health Group
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.
Perintah Kawalan Pergerakan yang telah dilaksanakan baru-baru ini tidak menghalang anda untuk terus menikmati perkhidmatan penghantaran ke rumah seperti yang ditawarkan oleh Foodpanda Malaysia dan Grab Malaysia.
Artikel berkaitan:
Bagi mereka yang tinggal di kawasan bandar khususnya, anda boleh kekal berada di rumah sepanjang tempoh 14 hari ini jika risau untuk keluar rumah.
Caranya adalah dengan mendapatkan bekalan makanan melalui servis penghantaran makanan seperti Foodpanda dan Grab.
Sementara itu, kadar kes COVID-19 terus meningkat dari semasa ke semasa. Berikut adalah statistiknya:
[covid_19]
Baru-baru ini, Foodpanda Malaysia dan Grab Malaysia mengumumkan mereka akan terus menyediakan perhidmatan penghantaran seperti biasa dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.
Artikel berkaitan:
Namun, ada sesetengah daripada pengguna yang mempersoalkan beberapa perkara seperti tahap kebersihan rider dan juga kesangsian mereka terhadap risiko jangkitan COVID-19 yang mungkin boleh diperoleh daripada rider.
Berikut adalah info yang lebih tepat berkenaan bagaimana anda boleh BERTINDAK daripada dijangkiti virus COVID-19.
Pihak Foodpanda Malaysia menegaskan mereka sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga bagi melindungi rider daripada jangkitan COVID-19.
Antara langkah yang diambil oleh Foodpanda Malaysia ialah:
Bagi memastikan agar kedua-dua rider dan juga pelanggan sentiasa selamat dan kurang melakukan sebarang interaksi fizikal, Foodpanda Malaysia juga memperkenalkan kaedah penghantaran secara “contactless”.
Kedua-dua rider dan pengguna boleh memilih untuk melakukan kaedah ini. Berikut merupakan cara kaedah penghantaran “contactless” yang diaplikasikan oleh Foodpanda Malaysia sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan:
Bagi Grab Malaysia, semua servis penghantaran yang dikendalikan akan terus berjalan seperti biasa. Ini termasuklah perkhidmatan GrabFood, GrabMart, GrabCar dan GrabExpress.
Usaha ini adalah bagi menyokong kesemua pemandu, rakan penghantaran, rakan dagangan, penumpang dan juga staf ketika melalui waktu-waktu yang sukar seperti ketika ini.
Bagi pengguna yang berasa risau untuk bersesak-sesak ketika menggunakan perhidmatan pengangkutan awam, anda masih boleh memilih untuk menggunakan GrabCar untuk ke mana-mana destinasi. Tetapi pastikan anda sentiasa mengetahui cara yang terbaik untuk mengelakkan daripada dijangkiti seperti yang dijelaskan melalui video ini.
https://www.facebook.com/HelloDoktorMY/videos/2789383271108165/
Grab Malaysia juga menyatakan mereka akan terus memberikan update terhadap perkembangan semasa berkenaan servis mereka kepada semua pelanggan mereka.
[mc4wp_form id=’115319″]
#HelloHealthGroup, #HelloDoktor, #HelloHealthCoronaVirus
Baca juga:
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen