backup og meta

Hikmah Di Sebalik PKP, Kajian Buktikan Orang Malaysia Pilih Amal Gaya Hidup Sihat

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 12/08/2020

    Hikmah Di Sebalik PKP, Kajian Buktikan Orang Malaysia Pilih Amal Gaya Hidup Sihat

    Rentetan pandemik COVID-19, budaya kesihatan rakyat Malaysia nyata telah banyak berubah. Kini, rakyat Malaysia lebih bijak dalam menggunakan teknologi kesihatan lebih-lebih lagi telekesihatan.

    Malahan, masyarakat kita juga lebih mengutamakan kesihatan peribadi jika dibandingkan dengan sebelum Malaysia dilanda wabak COVID-19.

    Menurut Kaji Selidik Kesihatan Malaysia (Malaysian Health Survey), 3.7 daripada rakyat Malaysia mengkategorikan diri mereka sebagai sihat.

    Namun, Malaysia merupakan negara yang mempunyai individu obes paling ramai di Asia.

    Walau bagaimanapun, selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), tabiat rakyat Malaysia telah berubah. Ramai yang sudah mula mengamalkan gaya hidup sihat.

    85 peratus sudah mula bersenam ketika masa senggang. 49 peratus lagi lebih berhati-hati dalam pemilihan makanan.

    Selain itu, COVID-19 telah menyaksikan Malaysia mula beralih kepada penggunaan telehealth ataupun telekesihatan, iaitu satu teknologi perubatan atas talian.

    Apa itu telekesihatan?

    Telekesihatan ialah penggunaan teknologi komunikasi seperti komputer dan telefon pintar untuk tujuan perubatan. Melalui cara ini, individu boleh mengakses servis perubatan secara atas talian.

    Pengguna boleh dapatkan khidmat nasihat dan sesi konsultasi doktor di hujung jari. Tambahan lagi, pengguna tidak perlu meninggalkan keselesaan di rumah untuk menghadiri janji temu di hospital.

    Anda mungkin juga berminat:

    Lebih ramai menggunakan teknologi khidmat perundingan doktor dalam talian

    kesihatan rakyat Malaysia
    Dari kanan: Lyn Mak, hos radio; Dr. Feisul Idzwan Mustapha, Pakar Perubatan Kesihatan Awam dan Timbalan Pengarah (Penyakit Tidak Berjangkit) di Kementerian Kesihatan Malaysia; Eric Wong, Ketua Pelanggan dan Pemasaran Prudential Assurance Malaysia Berhad; serta Maggy Wang, bekas pengacara radio FlyFM dan pengasas Motion Lab.

    Selepas tercetusnya wabak COVID-19, kini lebih ramai rakyat Malaysia memilih untuk menggunakan teknologi kesihatan dalam talian. Ini berbeza dengan sebelum PKP dilaksanakan.

    Dalam kaji selidik yang sama dijalankan sebelum PKP, mereka mendapati 75% daripada rakyat Malaysia tidak pernah menggunakan khidmat perundingan doktor dalam talian (Online Doctor Consultation – ODC).

    Tambah lagi, ramai yang rasa lebih yakin jika berjumpa doktor secara bersemuka (69%) manakala sebanyak 22 peratus lagi tidak tahu wujudnya sistem konsultasi secara dalam talian.

    Menurut kajian oleh Frost & Sullivan, sektor telekesihatan dijangka akan berkembang sebanyak 7 kali ganda dalam jangka masa 5 tahun akan datang.

    Menurut pekerja kesihatan, orang awam yang melawat hospital diperhatikan semakin berkurang sejak Malaysia dilanda COVID-19.

    Seiiring dengan usaha kerajaan juga, perkhidmatan telekesihatan dilihat semakin mendapat sambutan orang ramai.

    Tambah lagi, perkhidmatan telekesihatan lebih mudah dan menjimatkan masa. Mereka tidak lagi perlu ke hospital untuk temujanji atau sesi konsultasi untuk keadaan kesihatan yang bukan kecemasan.

    Elak daripada mengunjungi klinik atau hospital

    Menurut Dr. Feisul Idzwan Mustapha, Pakar Perubatan Kesihatan Awam dan Timbalan Pengarah (Penyakit Tidak Berjangkit) di Kementerian Kesihatan Malaysia,

    “Walaupun kes COVID-19 di Malaysia semakin berkurang, namun sebilangan besar rakyat Malaysia masih akan terus mengelakkan diri daripada mengunjungi klinik ataupun hospital,’ katanya.

    Oleh sebab itu, beliau menjangkakan lebih ramai masyarakat akan beralih kepada penggunaan telekesihatan untuk mendapatkan nasihat perubatan.

    Tambahan lagi, disebabkan permintaan yang kian meningkat, sektor swasta dan juga kerajaan masing-masing sedang berlumba-lumba untuk menyediakan perkhidmatan telekesihatan yang terbaik untuk pengguna.

    Menurut Eric Wong, Ketua Pelanggan dan Pemasaran Prudential Assurance Malaysia Berhad pula, beliau dapat memerhatikan peningkatan yang ketara dalam penggunaan perkhidmatan telekesihatan.

    Aplikasi Pulse yang dibangunkan oleh Prudential mencatatkan penggunaan sebanyak dua kali ganda semasa Malaysia di bawah PKP.

    Menurutnya lagi, perkhidmatan konsultasi doktor dalam talian dan aplikasi seumpamanya turut mencatatkan penambahan yang ketara.

    Kebaikan penggunaan telekesihatan

    Kesihatan rakyat Malaysia

    Rakyat Malaysia sudah semakin cakna dalam menggunakan teknologi kesihatan dalam kehidupan seharian.

    Antara kebaikan penggunaan telekesihatan termasuklah dapat mengurangkan tekanan terhadap sistem kesihatan dan juga mengurangkan pesakit di hospital.

    Dengan mengaplikasikan penggunaan telekesihatan, penjarakan sosial dapat dilakukan dengan lebih efektif.

    Selain itu, pesakit masih boleh berjumpa doktor untuk sesi konsultasi walaupun mereka terpaksa berada di rumah disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tempoh hari.

    Tambah lagi, penggunaan telekesihatan bukan sahaja terhad untuk sesi konsultasi. Malah, ia juga boleh digunakan untuk:

    1. Menyaring individu yang mempunyai simptom COVID-19.
    2. Mengenal pasti individu yang memerlukan konsultasi tambahan.
    3. Memantau pesakit yang mempunyai penyakit kronik.
    4. Melakukan terapi secara atas talian (online).
    5. Memantau pesakit yang sukar untuk mendapatkan khidmat kesihatan.
    6. Mengikuti perkembangan pesakit selepas dihospitalkan.

    Rakyat Malaysia lebih pentingkan kesihatan

    telekesihatan

    Rakyat Malaysia mungkin nampak sihat, namun itu semua pada luaran sahaja.

    Namun, disebabkan pandemik yang melanda, nampak perubahan yang ketara pada rakyat Malaysia dari segi penggunaan teknologi, persediaan dari segi kewangan dan juga kesihatan diri.

    Kesediaan rakyat Malaysia untuk menerima telekesihatan juga merupakan satu perkara yang positif. Menurut kajian yang sama, Dr. Feisul juga dapat perhatikan perubahan dalam pemikiran rakyat Malaysia.

    85.5 peratus responden mengaku mula mengamalkan gaya hidup yang sihat. 88 peratus pula bersetuju amalan gaya hidup sihat amat membantu mereka semasa PKP.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Gabriel Tang Pei Yung

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 12/08/2020

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan