Wahai Lelaki, Jangan Bercukur Di Bulan November

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Update Date Disember 3, 2019

Di awal bulan November, anda mungkin akan lihat kebanyakan individu lelaki kelihatan seperti bayi, comel tanpa misai atau jambang. Tetapi, di akhir bulan? Pernah tengok beruang grizzly. Ada lah iras-iras sedikit. Jadi mengapa kebanyakan lelaki mempraktikkan budaya menyimpan segala jenis rambut pada tubuh badan sepanjang bulan November? Ikuti artikel ini untuk tahu berkenaan dengan kempen Movember dan NoShavember.

Movember atau NoShavember?

Jika dilihat pada objektif dua gerakan ini, ia serupa. Namun, kedua-duanya mempraktikkan perkara yang berbeza. 

Movember adalah merupakan program kesedaran yang dianjurkan oleh pertubuhan tidak berasaskan keuntungan (non-profit organization) di Melbourne, Australia pada tahun 2003. Ia bertujuan untuk memberikan kesedaran kepada masyarakat umum berkenaan dengan kanser prostat dan kanser testis. Mereka yang menyokong gerakan ini akan membela misai masing-masing sehingga ke akhir bulan bagi menunjukkan sokongan terhadap mereka yang sedang bergelut dengan kanser tersebut. Kini, kempen ini telah dilancarkan di 21 buah negara. Kempen Movember yang dianjurkan di Amerika Syarikat turut merangkumi kesihatan mental lelaki dan tahap kesihatan lelaki secara menyeluruh.

Noshavember pula dianjurkan pada tahun 2009 di laman web Facebook. Berbanding dengan kempen Movember, mereka yang menyertai kempen ini tidak mencukur mana-mana rambut di atas badan bagi memberi kesedaran terhadap kanser. Ini berikutan pesakit kanser kebiasaannya akan mengalami keguguran rambut akibat kesan sampingan rawatan kemoterapi. Pertubuhan tidak berasaskan keuntungan yang menganjurkan kempen ini juga menggalakkan orang ramai untuk mendermakan wang yang sepatutnya digunakan untuk berhias, memotong atau berdandan rambut kepada pertubuhan yang menjalankan kajian terhadap kanser.

Bagaimana cara untuk menyertai kempen ini?

Senang sahaja. Anda perlu bercukur secukupnya sehari sebelum permulaan 1 November. Kemudian, anda perlu “dermakan” wajah anda sehingga 30 November dengan cara tidak bercukur atau menyimpan misai. Setiap lelaki yang menyertai kempen ini bertindak sebagai papan tanda bergerak. Apabila rakan anda bertanyakan mengapa anda tidak bercukur, anda boleh menerangkan perihal kempen ini. Namun, adakah setakat itu sahaja sumbangan anda terhadap kempen ini?

Jawapannya, tidak. Anda boleh mengumpul dan menyumbangkan wang juga. Apa-apa kos yang sering digunakan untuk memotong rambut, pergi ke salon kecantikan dan sebagainya, boleh disumbangkan kepada pertubuhan kanser. Bergantung kepada pilihan individu, kebiasaannya seorang boleh mendermakan, sekurang-kurangnya RM10 (harga gunting rambut atau pisau pencukur) bagi membantu meringankan beban mereka yang mengalami kanser. 

Jika tiada misai?

Tidak semua individu boleh menyimpan misai ataupun jambang. Walau anda seorang wanita sekalipun, anda boleh menyertai kempen ini. Mulakan gaya pemakanan seimbang, galakkan suami dan anak-anak anda untuk keluar bersenam dan pastikan mereka mendapatkan tidur yang cukup. Movember dan Noshavember bukanlah berkaitan dengan rambut semata-mata. Kesihatan lelaki secara umum juga perlu dijaga kerana ia boleh menjadi faktor risiko kepada kanser. Ada juga wanita yang berhenti mencukur bulu kaki, tidak pergi ke salon untuk mendandan rambut dan menyumbangkan sejumlah wang kepada Persatuan Kanser Amerika.

Di penghujung bulan November, anda boleh buat apa yang anda suka. Cukur misai tersebut atau simpan, terpulang kepada anda.

Konklusi

Jika anda ingin menyertai kempen ini, mulakannya dari sekarang. Walaupun sudah seminggu bulan November bermula, tujuan kempen tersebut diadakan adalah untuk memberi kesedaran berkenaan dengan kanser. Amalkan gaya hidup sihat dan berikanlah sumbangan kepada Pusat Kanser Nasional. Inilah masa untuk kita memberikan sokongan padu kepada mereka yang sedang bergelut dengan penyakit kanser.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Takut Pergi Salun Masa PKP? Relaks, Ini 5 Cara Betul Rapikan Rambut DIY Di Rumah!

    Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan bahawa kedai gunting rambut boleh mula beroperasi pada pkp fasa 3 ini. Namun, adakah ia selamat untuk pergi?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Coronavirus, COVID-19 April 16, 2020

    AWAS, Ini 5 Penyakit Kronik Berisiko Tinggi Terjadi Akibat Psoriasis Yang Tidak Dirawat!

    Terdapat banyak kesan penyakit psoriasis. Selain mengakibatkan keradangan pada tubuh badan, ia juga berisiko menyebabkan 5 penyakit kronik ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid

    Zzzz… 7 Manfaat Tidur Malam Yang Wajib Anda Tahu! Yang Terakhir ‘Confirm’ Anda Suka

    Selalunya kita memandang remeh tentang kepentingan tidur. Tetapi sebenarnya ada 7 manfaat tidur malam yang perlu anda ketahui.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa

    Hah! Uban Tumbuh Lebih Cepat Dan Banyak Jika Stres?

    Ada yang pernah mengatakan, rambut beruban tumbuh disebabkan oleh seseorang itu banyak berfikir. Bagaimana jika kami katakan ia disebabkan oleh stres?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz