Ini Ringkasan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) Yang Diumumkan Perdana Menteri

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 30/03/2020
Share now

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.

Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan satu pakej rangsangan ekonomi bagi membantu rakyat yang terjejas menghadapi situasi semasa akibat COVID-19.

Berikut merupakan ringkasan intipati pakej bantuan Covid yang akan bermula pada 1 April 2020.

Jumlah keseluruhan pakej rangsangan ekonomi bantuan Covid: RM250 bilion

Pecahan pakej bantuan Covid:

  1. RM128 bilion untuk kebajikan rakyat
  2. RM100 bilion untuk menyokong perniagaan termasuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS)
  3. RM20 bilion telah diumumkan dalam pakej rangsangan sebelum ini

Kebajikan rakyat

pakej rangsangan ekonomi

  1. RM500 juta untuk Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
  2. Peruntukan tambahan sebanyak RM1 bilion bagi pembelian peralatan dan perkhidmatan untuk memerangi COVID-19.
  3. Pihak industri insurans dan takaful akan wujudkan dana khas berjumlah RM8 juta untuk menanggung kos ujian penyaringan yang bernilai sehingga RM300 bagi setiap pemegang polisi dan sijil takaful perubatan yang diarahkan oleh KKM untuk menjalani ujian di hospital swasta atau makmal swasta.
  4. Penangguhan pembayaran premium atau sumbangan untuk tiga bulan bagi pencarum yang sumber pendapatan mereka terjejas akibat wabak.
  5. Elaun khas kepada doktor, jururawat dan kakitangan perubatan lain sebanyak RM600.
  6. Elaun khas sebanyak RM200 sebulan kepada anggota tentera, polis, kastam, imigresen, anggota Angkatan Pertahanan Awam serta anggota RELA yang terlibat secara langsung dalam melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan.
  7. Bantuan Prihatin Nasional, iaitu pemberian tunai secara one-off, dan buat pertama kalinya akan disalurkan juga kepada kumpulan M40. Berikut adalah jumlah bayaran yang akan dibuat:
    1. RM1,600 kepada isi rumah yang berpendapatan bulanan RM4,000 dan ke bawah. Bayaran RM1,000 akan dibayar pada bulan April 2020 dan RM600 pada bulan Mei 2020.
    2. RM1,000 kepada isi rumah yang berpendapatan lebih RM4,000 hingga RM8,000 yang akan dibayar pada bulan April 2020 sebanyak RM500 dan baki RM500 pada bulan Mei.
    3. RM800 kepada 3 juta individu bujang berusia 21 tahun ke atas dan berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah. Bayaran RM500 akan dibayar pada bulan April 2020 dan baki RM300 pada bulan Mei 2020.
    4. RM500 kepada individu bujang berusia 21 tahun ke atas yang berpendapatan bulanan lebih RM2,000 hingga RM4,000. Bayaran sebanyak RM250 akan dibuat pada bulan April 2020 dan baki RM250 pada bulan Mei.
  8. Baki pemberian tunai Bantuan Sara Hidup (BSH) yang sedang dilaksanakan akan dibayar pada bulan Julai 2020.
  9. Bantuan kepada pelajar institut pengajian tinggi secara one-off sebanyak RM200 seorang yang akan dibayar pada bulan Mei 2020.
  10. Kerajaan akan bekerjasama dengan NGO dan usahawan sosial yang berkaitan untuk menyalurkan bantuan makanan, barangan penjagaan kesihatan dan tempat perlindungan untuk golongan yang mudah terjejas (seperti warga emas, OKU, gelandangan, orang asal) dengan peruntukan sebanyak RM25 juta.
  11. Penangguhan bayaran balik PTPTN kepada semua peminjam selama 6 bulan.
  12. Penangguhan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran atau PTPK mulai 1 April 2020 hingga 30 September 2020.
  13. Pesakit COVID-19 boleh menuntut bayaran penggantian pendapatan sebanyak RM50 sehari untuk tempoh maksimum 14 hari daripada skim mySalam. Manfaat ini termasuklah golongan B40 yang dikuarantin sebagai pesakit di bawah siasatan (PUI).
  14. Kebenaran pengeluaran pra-persaraan dari akaun B Skim Persaraan Swasta sehingga jumlah RM1,500 bagi setiap ahli tanpa sebarang penalti cukai dalam tempoh bulan April hingga Disember 2020.
  15. Pengecualian pembayaran sewa bagi PPR sebanyak 6 bulan.
  16. Bagi unit sewa untuk milik, penangguhan pembayaran bulanan selama enam bulan bagi pembayaran balik pembiayaan bermula bulan April hingga September 2020.
  17. Dewan Bandaraya Kuala Lumpur akan memberi pengecualian sewa selama 6 bulan bagi Perumahan Awam.
  18. Pengecualian sewaan selama enam bulan untuk semua premis milik Kerajaan Persekutuan seperti kantin sekolah, taska, kafeteria, kedai serbaneka dan lain-lain. Ini termasuk semua premis milik agensi dan badan berkanun Kerajaan Persekutuan.
  19. Kerajaan bersama Tenaga Nasional Berhad akan memberikan diskaun berperingkat antara 15% hingga 50% mengikut penggunaan kadar elektrik dengan had maksimum 600 kilowatt sebulan mulai 1 April 2020. Diskaun 50% akan diberikan kepada penggunaan elektrik bawah 200 kilowatt, 25% bagi penggunaan antara 201 hingga 300 kilowatt dan 15% bagi penggunaan 301 hingga 600 kilowatt.
  20. Internet percuma kepada semua pelanggan bermula 1 April 2020 sehingga tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Keselamatan tamat.
  21. Bantuan tunai sebanyak RM500 secara one-off kepada lebih 1.5 juta penjawat awam gred 56 dan ke bawah termasuk mereka yang bekerja secara kontrak.
  22. Bantuan sebanyak RM500 secara one-off kepada lebih 850,000 pesara Kerajaan

Inisiatif bantuan covid, sokongan terhadap perniagaan

pakej rangsangan ekonomi

  1. Peruntukan sebanyak RM1 bilion kepada Dana Jaminan Makanan agar bekalan makanan kekal terjamin.
  2. RM100 juta bagi menyediakan kemudahan infrastruktur tempat penyimpanan dan pengagihan makanan serta program integrasi tanaman.
  3. Penyediaan dana khas antara RM100,000 hingga RM200,000 kepada setiap Pertubuhan Peladang Kawasan dan Pertubuhan Nelayan Kawasan yang berdaya maju untuk membangunkan projek agromakanan jangka pendek yang boleh mengeluarkan hasil dalam tempoh 3 hingga 6 bulan.
  4. Memperkenalkan Program Subsidi Upah untuk membantu majikan mengekalkan pekerja. Kerajaan akan menyediakan upah sebanyak RM600 sebulan bagi setiap pekerja untuk tempoh tiga bulan. Program ini dikhususkan kepada pekerja yang berpendapatan di bawah RM4,000 dan majikan yang mengalami penurunan pendapatan lebih 50% sejak 1 Januari 2020.
  5. Bantuan secara one-off sebanyak RM500 kepada 120,000 pemandu e-hailing.
  6. Kerajaan bersetuju untuk membayar gaji pekerja yang terlibat dengan kontrak perkhidmatan seperti perkhidmatan pembersihan dan bekalan makanan bermasak di sekolah, IPTA, institusi latihan awam serta agensi-agensi lain kerajaan termasuk badan berkanun.
  7. Kerajaan juga bersetuju untuk memanjangkan tempoh kontrak perkhidmatan pekerja kontrak perkhidmatan yang berkenaan selama sebulan sebagai trade-off dengan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.
  8. Lima inisiatif utama bagi membantu PKS termasuklah usahawan mikro:
    1. Pertama: Menambah dana dalam tabung Bantuan Kemudahan Khas atau Special Relief Facility untuk PKS sebanyak RM3 bilion. Selain itu, kadar faedah bagi keseluruhan dana ini akan dikurangkan daripada 3.75% kepada 3.5%.
    2. Kedua: Meningkatkan saiz dana sebanyak RM1 bilion kepada RM6.8 bilion di bawah Kemudahan Semua Sektor Ekonomi bagi meningkatkan lagi akses pembiayaan kepada PKS.
    3. Ketiga: Menyediakan dana tambahan sebanyak RM500 juta di bawah Skim Kredit Mikro yang menjadikan jumlah keseluruhan RM700 juta bagi pembiayaan mudah. Skim ini akan dikendalikan oleh Bank Simpanan Nasional dengan menawarkan kadar faedah 2% sahaja tanpa cagaran. Syarat kelayakan pinjaman juga dilonggarkan dengan minimum enam bulan operasi berbanding setahun operasi. Amaun pembiayaan juga ditingkatkan daripada maksimum RM50,000 kepada RM75,000 bagi setiap usahawan. Inisiatif ini adalah terbuka kepada semua usahawan mikro dalam semua sektor perniagaan termasuk pengusaha taska, operator bas dan teksi, industri kreatif dan peniaga atas talian.
    4. Keempat: PKS yang mempunyai rekod perniagaan kurang daripada 4 tahun juga boleh memanfaatkan skim BizMula-i dan BizWanita-i Syarikat Jaminan Kredit Malaysia Berhad (CGC) untuk pembiayaan sehingga RM300,000.
    5. Kelima: Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP) akan menyediakan kemudahan jaminan bernilai RM5 bilion selain meningkatkan kadar jaminan daripada 70% kepada 80% bagi syarikat PKS yang menghadapi masalah mendapatkan pinjaman.
  9. Untuk pemilik syarikat yang mengalami masalah aliran tunai:
    1. Pertama: KWSP akan memperkenalkan program Khidmat Rundingan Majikan pada 15 April 2020. Perkhidmatan ini merangkumi pilihan penangguhan bayaran, penstrukturan dan penjadualan semula sumbangan majikan. 
    2. Kedua: Mengecualikan pembayaran levi Tabung Pembangunan Sumber Manusia (HRDF) bagi semua sektor untuk tempoh enam bulan mulai bulan April 2020.
    3. Ketiga: Dengan rasa peduli terhadap masalah yang dihadapi oleh kira-kira 750 ribu PKS, Kerajaan juga membenarkan penangguhan pembayaran ansuran cukai pendapatan kepada semua PKS untuk tempoh tiga bulan mulai 1 April 2020. Ini adalah tambahan kepada langkah yang diumumkan terdahulu di mana Kerajaan telah memberi penangguhan bayaran ansuran cukai kepada perniagaan yang terjejas dalam sektor pelancongan selama enam bulan bermula 1 April 2020. Bagi sektor lain yang turut terkesan, mereka dibenarkan untuk meminda jumlah cukai pendapatan yang dikenakan pada bulan ketiga, keenam dan kesembilan ansuran dalam tempoh asas perniagaan.
  10. Untuk pihak bank, Kerajaan bersetuju supaya pendapatan pihak bank dari faedah atau keuntungan ke atas pinjaman atau pembiayaan yang terlibat dengan penangguhan bayaran balik pinjaman atau pembiayaan ini, hanya dikenakan cukai apabila pendapatan tersebut diterima selepas tempoh moratorium.
  11. Langkah moratorium akan dipanjangkan dan dilaksanakan bagi pinjaman dengan TEKUN, MARA dan koperasi serta mana-mana agensi kerajaan yang memberi pinjaman kepada PKS mulai 1 April 2020.
  12. Satu program kewangan sosial akan diperkenalkan dengan kerjasama antara institusi perbankan Islam, Majlis Agama Islam Negeri dan rakan-rakan pelaksana utama bagi membantu usahawan B40 dan rakyat yang hilang punca rezeki. Sumbangan kewangan sosial akan disalurkan dalam bentuk modal permulaan bagi usahawan mikro menggunakan dana zakat dan dipadan dengan pembiayaan mikro pada kadar yang berpatutan.
  13. Kerajaan juga akan menyediakan kemudahan skim jaminan berjumlah RM50 bilion dengan jaminan sehingga 80% daripada jumlah pinjaman bagi tujuan membiayai keperluan modal kerja. Skim ini akan diuruskan dan tertakluk kepada penilaian kredit oleh Danajamin. Kemudahan ini disasarkan kepada perniagaan yang berdaya maju dalam semua sektor yang menghadapi kesukaran akibat wabak COVID-19.

Semoga bantuan Covid yang diberikan kerajaan ini dapat digunakan dengan berhemah dan memberi manfaat kepada rakyat.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Baca juga:

    Rujukan
    1. Kenyataan Media YAB Perdana Menteri Malaysia pada hari Jumaat, 27 Mac 2020.

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Pakai Baju Raya Cantik Nak Solat Raya & Buat Rumah Terbuka, Boleh Ke Di Musim COVID-19 Ini?

    Bolehkah saya menghadiri sembahyang raya di masjid sempena Aidilfitiri pada tahun ini? Bagaimana prosedur untuk lakukan solat sunat hari raya tersebut?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Perayaan 20/05/2020

    Makan Vitamin D Untuk Cegah Jangkitan COVID-19, Berkesan Ke?

    Ada yang mengatakan jika makan vitamin D dapat membantu tubuh melawan jangkitan COVID-19. Namun adakah ia benar-benar berkesan atau sebaliknya?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Coronavirus, COVID-19 18/05/2020

    Simptom Baru COVID-19 Mirip Penyakit Kawasaki? Kali Ini Melibatkan Kanak-kanak

    Baru-baru ini, 85 kes kanak-kanak positif COVID-19 di Amerika Syarikat menunjukkan simptom yang sama dengan penyakit kawasaki. Kebetulan?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Coronavirus, COVID-19 18/05/2020

    TERBAHARU! Virus COVID-19 Dikesan Dalam Air Mani Manusia! Ada Potensi Merebak Melalui Hubungan Seks

    Terbaharu, air mani 6 pesakit dan juga bekas pesakit COVID-19 disahkan mengandungi virus tersebut. Ia dilaporkan berlaku di sebuah hospital di China!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Coronavirus, COVID-19 15/05/2020