Bermula Di China, Ini Kronologi Virus Korona Yang Makin PARAH!

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Virus korona adalah kebimbangan masyarakat dunia pada ketika ini. Yang paling merisaukan tentulah apa korona virus simptom – simptom yang perlu diperhatikan?

Pada penghujung tahun 2019 lalu, seluruh dunia telah dikejutkan dengan berita penyebaran virus korona di sekitar China dan beberapa buah negara jiran yang lain di sekitarnya. 

Persoalannya, virus korona itu apa? Dan bagaimanakah ia boleh mula merebak?

Virus korona adalah sejenis virus yang menyerang sistem pernafasan

Virus korona adalah sejenis virus yang menyerang sistem pernafasan haiwan mamalia, termasuklah manusia. Virus ini akan mengakibatkan masalah kesihatan seperti demam, selesema atau sesak nafas.

Buat pengetahuan anda, terdapat beberapa jenis virus korona. Ini termasuklah:

  • 229E (alpha coronavirus)
  • NL63 (alpha coronavirus)
  • OC43 (beta coronavirus)
  • HKU1 (beta coronavirus)

Akan tetapi, dalam kes baru-baru ini, kita dikejutkan dengan 2 jenis virus korona baharu iaitu dan SARS-CoV dan MERS-CoV, yang dikatakan menjadi dalang kepada 2 jenis penyakit berkaitan sistem pernafasan yang teruk, seperti Sindrom Pernafasan Akut Teruk atau Severe Acute Respiratory Syndrome (SARS) dan Sindrom Pernafasan Timur Tengah atau Middle East Respiratory Syndrome (MERS).

Di China, virus ini dikatakan telah menyerang ramai individu yang tinggal di sekitar kawasan kota Wuhan, China Selatan. Berikut merupakan kronologi virus korona yang anda perlu tahu!

Kronologi virus korona yang melanda di seluruh negara

31 Disember 2019

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah diberitahu oleh pihak atasan negara China bahawa sejenis wabak yang menyebabkan penyakit radang paru-paru telah tersebar di negara tersebut. 

Setelah disiasat, wabak ini dikatakan bermula dari sebuah pasar ikan yang terletak di bandar Wuhan, China Tengah.

1 Januari 2020

Pasar ikan yang dipercayai menyebarkan virus ini telah ditutup. Ketika kejadian, tiada jangkitan antara individu telah dicatatkan. Saintis mempercayai, virus ini tidak boleh disebarkan dari individu ke individu.

Namun, kajian lanjutan masih lagi dijalankan.

7 Januari 2020

Pihak berkuasa China telah mengesahkan wabak jangkitan yang melanda negara mereka kini adalah disebabkan oleh virus korona baharu iaitu nCov.

Mereka turut menemui sejenis virus yang baharu dalam kategori virus korona. Virus baharu ini dinamakan sebagai 2019-nCoV buat sementara waktu.

9 Januari 2020

Autoriti China telah memberitahu pihak media bahawa punca kepada penyakit radang paru-paru yang berlaku di negara itu adalah disebabkan oleh virus korona baharu ini.

Mereka turut mendedahkan virus korona ini adalah sedikit berbeza karakteristiknya berbanding virus korona yang pernah ditemui sebelum ini.

11 Januari 2020

Kematian pertama akibat virus ini telah disahkan pihak berkuasa China. Mereka menyatakan jumlah pesakit yang terkena wabak ini adalah seramai 41 orang.

12 Januari 2020

Kerajaan China telah berkongsi genetik virus korona untuk usaha negara-negara lain mencipta kit diagnostik spesifik bagi mengesan virus ini.

13 Januari 2020

Tanggal 13 Januari lalu, dikatakan virus ini telah tersebar ke luar negara China.

Pihak berkuasa Thailand melaporkan seorang wanita China dari Wuhan telah masuk ke negara itu pada 8 Januari dan dimasukkan ke hospital akibat simptom wabak tersebut. 

Setelah disiasat, didapati wanita itu pernah mengalami demam, sakit tekak dan pening kepala sejak 5 Januari lagi!

16 Januari 2020

Jepun mengesahkan virus korona baharu telah ditemui di sana. Seorang lelaki Jepun didapati positif virus korona selepas melawat kota Wuhan di China dan dimasukkan ke hospital sejak 10 Januari lalu. 

Pada hari yang sama, pihak atasan negara China telah mengesahkan seorang warga emas berusia 61 tahun meninggal dunia akibat masalah pernafasan yang didalangi oleh virus korona. 

17 Januari 2020

Seorang lagi warga emas yang berusia 69 tahun maut dipercayai kerana jangkitan virusini. Kematian mendiang menjadikan kes kematian akibat wabak ini bertambah menjadi 3 orang.

Pada hari yang sama juga, Pusat Kawalan Penyakit Berjangkit (CDC) telah mengumumkan bahawa Amerika Syarikat akan menjalankan ujian saringan terhadap pelancong yang tiba dari Wuhan di 3 lapangan terbang utama iaitu New York’s JFK, San Francisco dan Los Angeles.

20 Januari 2020

Lebih 200 kes mengenai jangkitan virus korona ini telah dicatatkan dan kawasan yang paling teruk terjejas adalah kawasan utara Beijing, timur Shanghai dan selatan Shenzhen, China.

Apa yang membimbangkan, virus ini telah mula tersebar ke negara jiran seperti Thailand, Jepun dan beberapa buah negara lain termasuklah Amerika Syarikat!

Di Amerika, seorang lelaki telah dimasukkan ke hospital akibat mempunyai simptom wabak ini selepas pulang melancong dari Wuhan, China ketika wabak ini mula berlaku.

Sehingga tarikh 20 Januari sahaja, kira-kira 291 kes telah dicatatkan, menurut laporan CNN.

Jadi, kita perlu lebih berjaga-jaga dengan mengetahui langkah berjaga-jaga dan cara mencegah jangkitan virus ini, sekiranya ia tular ke Malaysia.

virus korona adalah

Korona virus simptom yang perlu diperhatikan

Seperti yang telah diterangkan, virus korona adalah sejenis virus yang akan menyerang sistem respiratori haiwan mamalia, termasuklah manusia. 

Bagaimana untuk tahu jika ia mungkin dijangkiti oleh anda? Perhatikan korona virus simptom berikut:

  • Demam
  • Selesema
  • Hidung tersumbat
  • Bersin
  • Batuk
  • Sakit tekak
  • Sesak nafas
  • Kepenatan
  • Asma bertambah buruk

Sekiranya anda mengalami korona virus simptom simptom ini, ia mungkin tanda anda dijangkiti penyakit demam biasa sahaja.

Namun, ia juga mungkin tanda anda telah diserang wabak virus korona baharu ini. Jadi, sila berjaga-jaga, terutamanya jika anda baru sahaja pulang dari melancong dari luar negara.

Konklusi

Tiada sebarang khabar berita bahawa negara kita, Malaysia telah atau akan diserang dengan wabak ini.

Namun, sebaiknya kita lebih berhati-hati dan membaca lebih banyak mengenai virus korona ini agar kita lebih bersedia seandainya wabak ini menyerang kita satu hari nanti.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

#HelloHealthGroup, #hellodoktor, #HelloHealthCoronavirus

Anda mungkin berminat untuk baca artikel ini:

Tarikh Reviu: Januari 23, 2020 | Kali terakhir kemaskini: Februari 17, 2020

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut